Saturday, January 22, 2011

menimba ilmu di yayasan restu

pertama kali...ucapan assalamualaikum yang indah ingin ku ungkapkan terlebih dahulu...
cume ingin juga berkongsi cerita.....

pada hari jumaat(hari ni ler) 21jan2011..hehe
pihak kelab kesenian islam mengadakan lwatan ke yayasan restu...
antara aktiviti yg ada:
-taklimat
-tayangan video (sepatutnya ada tp ada masalah teknikal yg x dapat dielakkan)
-lwtan ke galeri
- canting batik



melalui program ini juga kami semua dapat belajar tentang jenis-jenis penulisan khat, bagaimana AlQuran itu dimushafkan...sebenarnya ada beberapa peringkat perlu dilalui sebelum AlQuran itu dicetak dan dijual di pasaran...hal ini adalah untuk memastikan tiada peyelewengan atau tersalah cetakan ayat sama ada dari sudut huruf mahupun baris. Aku berasa kagum dengan mereka yang terlibat dalam proses penghasilan alquran itu coz aku rasa bukan semua orang ada kemampuan itu. Untuk pengetahuan, alQuran yg lengkap mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun lebih untuk siap. Mula-mula ditulis guna pensel dulu di atas kertas putih, kemudia disemak, apabila siap disemak lagi, tiada kesalahan baru tulis guna pen n semak, siap tulis guna pen, alQuran itu dihantar ke KDN (maaf x ingat nama penuhnya) untuk disemak semula lagi. Apabila kesalahan kurang dari 90 alQuran itu boleh dicetak. Jika tidak, AlQuran itu perlu dilupuskan kerana tidak lagi boleh diguna.
Dan sebenarnya ukiran ataupun corak yang berada di dalam Alquran itu melambangkan isi tersirat disebaliknya. Ini juga satu perkara lagi yang saya kagum kerana mereka yang menghasilkan seni ini sungguh kreatif kerana boleh menggabungkan unsur seni yg mungkin dilihat biasa pada mulanya. Tapi sebenarnya ia membawa maksud tertentu. Boleh dikatakan setiap seni bina dalam bangunan ini juga mempunyai maksudnya.


(B)

(C)
Dalam gambar (C) tu sebenarnya pun ada maksud binaan itu. menggunakan konsep buluh. Dimana buluh tu kita boleh guna untuk pelbagai guna. dari rebung hingga buluh itu tua. Anak tangga itu juga menggambarkan kisahnya. Dan paling menarik ada pancutan air yang melambangkan rahmat dan kasih Allah untuk hambaNya tak pernah putus.

Bercerita tentang seni, kami dibawa ke galeri. Dalam galeri itu memang banyak seni lukis, seni khat yang dipamerkan. Ada beberapa lukisan itu sungguh membawa simbolik yang mendalam maknanya. Saya amat tertarik dengan 2 lukisan ini.

(1) lukisan yang mengaitkan tentang hidup manusia hingga ajal menjemput
Dalam lukisan itu ada gambar seolah-olah matahari yang merujuk pada kelahiran manusia pada awalnya.
Kemudian bahagian itu diwarnakan dengan warna hijau melambangkan kita meniti usia kanak-kanak & remaja.
Makin lama ia menghampiri pada warna merah merujuk pada umur kita yang semakin dewasa.
Di tengah pula warna merah seakan-akan coklat+bentuk keranda yang menandakan kita telah meniti usia tua dan ajal hanya menunggu untuk menjemput kita.
di bawah bentuk keranda terbahagi kepada 2 dimana satu melambangkan ajal telah menjemput kita dan sebahagian lagi menandakan kita sedang berada dalam soal jawab dengan malaikat.

[*maaf tak boleh nak upload kan gmbar lukisan ini coz kami tidak dibenarkan untuk memaparkannya]

(2) memaparkan keadaan kiamat
dalam lukisan itu ada warna biru,hijau, putih, coklat. Dalam lukisan itu warna biru, hijau menggambarkan keadaan langit runtuh menyembah bumi, bumi merekah dan terbelah. Kebiasaanya, warna coklat merujuk kepada kematian. Dimana seperti yang kita tahu kematian itu suatu yang pasti.

Seni yang dipamerkan memang sangat kreatif dan mempunyai makna tersendiri. petang itu pulak baru canting batik. Semua nya excited termasuk aku. Haha, maklumla da lama tak mewarna. :P





**mushaf: AlQuran yang telah siap ditulis menjadi buku

Tuesday, January 18, 2011

Aku berfikir sejenak

Bismillahirrahmanirrahim.

Sekadar ingin berkongsi. Tadi ada usrah dan dalam usrah tu kami berbincang tentang khusyuk dalam ibadah. Dalam berbincang tu kadang-kadang ada terkeluar dari topik jugak. hehe

Tapi kadang fikir betul jugak benda ni.

Macam ni, agama kan perlu sentiasa dicari untuk memantapkan lagi pemahaman yang kita ada. Bagi mereka yang belajar dalam bidang agama sudah tentu tiada masalah untuk mereka mendapatkan ilmu agama tu. Betul x??? Sebab ia nya memang ada dalam kursus wajib mereka. Bagaimana pula dengan mereka yang bukan belajar dalam bidang agama??? Contohnya macam wa yang study dalam bidang sains kesihatan. Dalam kursus wajib, elektif ke, tak da pun subjek agama. Sooo., macam mana? Semestinya ilmu itu perlu dicari dengan sendiri. Tanpa ada yang menyuruh. Semua atas diri sendiri. Nak cari atau tak? Pilihan di tangan anda. Bagaimana pula dengan mereka yang membuat keputusan untuk tidak mencarinya???? Melalaikan segala suruhanNya?? Melakukan dengan bebas segala kemungkaran. Seolah-olah menganggap mereka hidup di dunia ini selama-lamanya...oleh itu, bersama kita renung-renungkan...

Sudah cukupkah amal kita?

Sudah bersediakah kita jika dijemput untuk bertemu denganNya dengan bekal yang tidak seberapa?

Mampukah kita menghadapi saat itu?

Kita nak mati dalam iman atau kekufuran pada Allah?

Kita nak syurga atau neraka?

Tak takut dengan azab seksaan Allah?

Kebanyakan umat akhir zaman ini telah jauh meninggalkan islam serta jauh dari Allah. Kita ni seperti buih-buih di lautan. Banyak. Tapi, mudah goyah imannya. Di sini saya ingin menyeru kepada semua untuk bersama-sama mencari dan mendalami ilmu agama. Setelah mendapatkan ilmu, jangan pula kita lupa untuk mengamalkannya. 

ILMU TANPA AMAL TIADA MANFAATNYA.

Itulah antara bekalan yang kita ada untuk dibawa untuk bertemu denganNya. Untuk mendapatkan nikmat syurga yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Disamping itu, para wanita juga, tutuplah aurat anda dengan sempurna. Tutup aurat. Bukan membalut auat anda. Dunia hanya sementara, yang kekal alam akhirat. Di sana lah kehidupan sebenar kita. Sesungguhnya diri ini juga sedang meniti perubahan ke arah yang lebih baik. Moga dipelihara iman kita semua dan dibuka pintu hati untuk menerima hidayahNya dan diberi kekuatan untuk istiqamah dalam mencari redhaNya.


~~~~~~~ <3 font="" nbsp="">


'sampaikanlah walau hanya sepotong ayat'

Monday, January 3, 2011

sem baru......!!!!!!!!!

dimulakan dgn assalamualaikum........
hello..., hye..., chak2 sem baru....hehe padahal sem baru aku ni almost 1 month da start...
xpela....terlambat plak update.....

my 1st week berjalan dgn lancar....coz xde kelas pun....
wahhhhh feel soooooo free sampai tak tau nak buat apa.....haha
just first day pergi ke B.Y.S ambil jadual dannnnnnnn....,
dalam jadual cuma ada kelas TITAS, pengurusan emosi and english.....
maka lecturer pn berasa jeles..jeng jeng jeng...."siapkan assignment ini dan hantar pada saya selasa depan"... hari pertama da dapat assignment...'bes'nye.. =.='

then.., my 2nd week pn ok....just quite busy with exco pemasaran untuk FIESTA TECHNOPRENEUR.....busy coz kena menjual kerepek, ambil tempahan donut J.Co....and..., kerepek lagi....ishhh3...tak ape tak ape.., sampai minggu ini aje...pastu da tak yah pikirkan lagi...ngee~~~ ^_^
minggu ni jugak2 kami classmates bercadang nak pergi bercuty...!!!!!!!!!!!
whooooooooaaaaaaa!!!!!! mcm bes aje bunyi nye.....tapi..., orang biasanya pergi bercuty lepas habis sem kn??? kami mcm agak pelik plak.., awal2 sem da nak pergi bercuty...hahahaha
tak sabar plak rasanya....bajet pun kami da siap-siap kira....erm..., bajet keseluruhan lebih kurang dalam 100hengget da boleh la kalau nak join....ok la tu kan????
kami cadang nak pergi johor and melaka!!

hope perancangan kami menjadi.......and moga kami selamat pergi & pulang dalam keadaan yang baik....moga kami juga sentiasa dalam lindungan Allah...insyaallah.....gambar-gambar percutian bakal di'upload' selepas pulang dari bercuti...itu pun kalau internet di KTSN tercinta ini laju...hehe...



-owa-