Showing posts with label dari hati. Show all posts
Showing posts with label dari hati. Show all posts

Friday, March 7, 2014

Sebuah "kesempatan"

Bismillahirrahmanirrahim.

Bila kita diberi kesempatan untuk,
Menjaga kedua ibu bapa kita.
Bersyukurlah.
Hargai saat-saat itu.
Boleh jadi itu lah saat-saat,
Yang akan kita rindu,
jika mereka sudah tiada.

Itulah saat untuk kita benar-benar,
Meluangkan masa bersama mereka.
Mungkin sebelum ini kita sibuk.
Sibuk dengan urusan masing-masing.

Menjaga orang tua.
Memang banyak karenahnya.
Mungkin terkadang kita bisa
Terasa hati dengan mereka.
Mungkin terkadang kita juga bisa
marah dengan karenahnya.

Tapi,
Ingatlah duhai anak,
Itulah saja salah satu cara
Untuk kita balas jasa mereka.
Yang sebenarnya
Tak terbalas banyak mana pun.
Kerna jasa mereka terlalu besar.
Ya, terlalu besar.
Perit jerih mereka ingin 
Menyara dan membesarkan kita.

Senangkan hati ibu ayahmu.
Gembirakan mereka selagi termampu.
Dengarilah cerita mereka walaupun mungkin 
Kau sudah mendengarnya berkali-kali.
Balaslah jasa mereka selagi termampu.

Jangan pernah merungut.
Jangan pernah mengungkit.
Kerna mereka satu-satunya,
Ibu dan ayahmu.

"Dan kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua orang tuanya..."
[Al-Ahqaf 46:15]

@ cahaya.yang.satu @


Sunday, May 12, 2013

Seketul Daging

Bismillahirrahmanirrahim.

Manusia.

Sikap, ragam dan karenahnya berbagai.
Kadang kala sukar untuk dibaca/diramal.

Pabila nafsu bertuhan di hati,
Pabila dunia yang kau agungkan,
Kau tinggalkan Allah,
Kau berani melakukan dosa,
Kau berani melakukan maksiat,
Kau berani melakukan kemungkaran.

Tinggalkan solat,
Menipu orang,
Pentingkan diri,
Memfitnah,
Suka menyalahkan orang lain,
Suka memburukkan orang lain.

Hidup jadi serabut,
Hidup rasa tak tenang,

Kerna apa?

Kerna ada yang lapar.

Apakah ia?

Itulah hati.

-----------------------
Peliharalah hati kamu sebaik mungkin. 

Benar. 
Sebagai permulaan ia memerlukan mujahadah yang tinggi. 
Mohonlah pertolongan dariNya moga diberi kekuatan untuk memeliharanya dan istiqamah melakukannya. 
Sesungguhnya Dialah jua sebaik-baik penolong. 

Berusaha selagi mampu.
Mencari makna sebuah kehidupan.


110513 | 11.53 pm
@ cahaya.yang.satu @

Sunday, February 26, 2012

Perkahwinan itu suatu amanah.

Bismillahirrahmanirrahim.


' bertunang ialah perjanjian untuk berkahwin '


Tapi, sebelum nak nikah, baiki dan tingkatkan iman dahulu. Penuhkan dulu hati dengan iman dan persediaan-persediaan penting sebelum melangkah ke alam rumah tangga. 

Suka untuk saya nukilkan kata-kata dari seorang sahabat:

" Kalau Subuh pun liat nak bangun, solat pun hujung waktu, mengaji pun jarang-jarang sekali, dakwah pun entah kemana lagi. Ada berani nak pimpin orang lain sedangkan diri sendiri tak terpimpin lagi? Muhasabah. ^_^ "

Kalau kita ni tak de la bagus sangat. Tak mengapa. Tak salah untuk kita nak memimpin. Tapi rasa-rasanya bagaimanakah rupa bentuk organisasi pimpinan kita nanti? Pincang? Atau bahagia? Mana yang kita inginkan? Rumah tangga laksana sebuah taman syurga yang dapat memberi ketenangan atau sebaliknya. 


Kalau tahu kita kurang dari sudut iman, perbaikilah. Jangan biarkan ia lapuk dan terus usang dan gersang tanpa disirami dengan baja iman yang baru. Cari ustaz atau orang yang lebih arif agar iman kita dapat disuburkan. Sentiasa berdamping atau mendekatkan diri dengan masjid/surau, solat berjemaah, menghadiri majlis ilmu. Dan yang paling penting AlQuran jangan ditinggalkan. Kalau kita inginkan sesuatu kita perlu berusaha bukan? 


Tanpa ilmu, kefahaman serta persediaan mengenai ilmu rumah tangga agak sukar bagi membentuk rumah tangga seperti sebuah taman syurga yang barakah. Bagaimana kita ingin menjadi nakhoda/pembantu nakhoda berkualiti jika asas agama dalam diri belum lagi mantap. Bila kurang ilmu dan kefahaman, itu yang ada dalam rumah tangga yang suami tak bagi nafkah kepada isteri, memukul atau mendera isteri/suami, anak-anak terabai tanpa kasih sayang dan agama. Kenapa ini berlaku? Kerana mereka tak benar-benar faham mengenai peranan dan tanggunggjawab masing-masing. Mereka tidak menganggap bahawa perkahwinan itu sebagai suatu amanah. Amanah itu perlu dipikul dan dilaksanakan sebaik yang mungkin kerana kelak kita akan dipersoalkan oleh Allah.


Oleh itu, mantap kan diri dengan ilmu + kefahaman mengenai Islam dan munakahat (perkahwinan). Agar kata-kata

  " rumahku, syurgaku

itu dapat diterjemahkan ke dalam layar kehidupan. Moga bersama kita meraih redhaNya.




" Perkahwinan itu bukan sekadar
kita hanya ingin memiliki dirinya.
Tetapi kita ingin membawa 
dia serta zuriat-zuriat 
ke syurga bersama. "



@cahaya.yang.satu@

Friday, December 30, 2011

Berfikir sejenak.

Bismillahirrahmanirrahim.

Sebenarnya dah lama nak tulis perkara ini. Tapi asyik tertangguh. Just want to share. :))

I just love perumpamaan yang seorang hamba Allah ini gunakan ketika menutup sebuah majlis.

"Bayangkan dakwah itu ibarat mendaki bukit. 
Makin kita daki, struktur muka buminya makin curam 
dan makin kita penat. 
Tapi percaya dan yakinlah bahawa di atas sana 
kita akan menikmati 1 permandangan yang sangat indah" 

Personally, its really touch me. Kata-kata itu sungguh bermakna. Makin kita nak mengajak orang ke arah yang lebih baik, ke jalan redhaNya. Makin banyak rintangan, halangan, ujian, onak duri perlu kita tempuh. Ia bukan 1 perkara yang mudah. Kadang, bila kita katakan sebegini, kita dikatakan kolot, tak up-to-date, sibuk jaga tepi kain dan pelbagai perspektif negatif dilemparkan oleh mereka yang masih ingin menghalalkan apa yang jelas haram atau yang masih enggan menerimanya.

Tapi, walau apa pun, wa doakan moga Allah sentiasa memelihara hati kita semua serta meningkatkan rasa cinta kita kepadaNya. Dan sentiasa mendoakan moga Allah melembutkan hati-hati mereka yang telah tersasar agar mudah untuk menerima petunjuk dan hidayah dariNya.



Yang keduanya tentang apa yang di'post' oleh seorang sahabat di FB:
SIMPLE EXAMPLE ON GREETING NON-MUSLIM "MERRY CHRISTMAS".


David: Morning. what a great day~
.Muslim: Morning. so, hows ur Christmas?
David: Great. will be enjoying very soon.
Muslim: Good.
David: No wish for me?
Muslim: Islam respects the non Muslim, but to greet other religion is not allowed.
David: But why?
Muslim: Seems like we can stop u to drink liquor, but we cant drink it.
David: But many of Muslim did wish for me.
Muslim: Can you confess our confession of faith?(syahadah)?
David: NO! can not! it will effect my faith.
Muslim: but y?just a word :) say it :)
David: now i am understand :)

No Merry Christ mas ya. for those who appreciate your religion :)
Utk penerangan lanjut,sila rujuk:: Kenapa tak boleh wish 'MERRY CHRISTMAS?
SEKIAN~

~OSCE~

Bismillahirrahmanirrahim.

Semalam, 

Tarikh:: 29.12.2012
Hari  :: Khamis (bersamaan 4 Safar 1433H).
Waktu:: 8.00 am


Its my first OSCE!!! 
My first practical exam
And I'm in first the group!!! 


Huh...Cuak giler! Bagus juga dalam group awal-awal. At least habis cepat.  -Settle-  Tak ada kena kuarantin lama-lama. (erk~ dah macam time MUET dulu plak...hehe) ~dont want to remember MUET anymore..haha~


Around 7.45am - arrive at BYS
8.00am           - small briefing about OSCE
8.30am           - And....MY TURN TO B IN!!! (actually 1 group but different station)


Alhamdulillah semua ok. Ada 6 station. Tapi, ade 2 station tak berapa nak ok. Huhu. T.T Malas nak tulis kat sini. Biarlah ia terbuku dalam hatiku ini. Hanya Dia dan aku yang tahu. 

Apa yang di'spot' tak keluar OSCE. Yang tak berapa nak expect and baca pun sekali lalu je plak yang keluar. Aisyyyyhhhh...







*KONKLUSI:: 
- Sentiasa bersedia betul-betul
- Tenangkan hati & mohon pertolonganNya ketika blank/blur
- Jangan biasakan spot2 soalan


@cahaya.yang.satu@

Tuesday, November 15, 2011

Betul la..Ianya suatu yg pasti...

Bismillahirrahmanirrahim.

Suatu yang pasti..
Apa yang pasti???


************************************


Ia adalah KEMATIAN.
Semestinya ia akan berlaku pada semua orang.
Betul tak? Tak percaya? Tunggu ea...

Kau pangkat tinggi?
Kaya?
Hensem/Kacak/Macho?
Cantik/Menawan/Jelita?


Persoalan disini...

Ada Allah kesah kau seperti yang diatas ataupun tak???

Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras kamu dan harta kamu tetapi melihat kepada hati-hati kamu dan amalan-amalan kamu.” 
(HR Muslim)

Mungkin ada yang tergolong dalam golongan yang sebaliknya dari yang disebut diatas. Jangan risau. Yang penting  
IMAN, AMAL & TAKWA yang ada dalam jiwa anda.

Suatu yang bonus jika anda mempunyai seperti yang di atas. Tapi gunakanlah nikmat yang Allah bagi tu dengan sebaiknya. Jangan pula timbul perasaan riak,takbur atau ujub dalam diri. Nauzubillah. Sebab bila masuk dalam kubur nanti, semua orang akan hanya berselimutkan kain kafan jugak. Bersama-sama kita tambah amal dan tingkatkan iman dari hari ke hari.

Apabila berlaku kematian, mungkin di sekitar kawasan rumah, kawan, saudara-mara. Pergilah ziarah. Moga ia dapat lagi mendekatkan kita denganNya. Bahawa tak ada yang kekal. Kembali bermuhasabah diri. Jangan alpa & lalai dengan kehidupan duniawi. Jangan kita tertipu dengan bisikan nafsu yang boleh membawa kepada kemungkaranNya & bisikan syaitan yang menyesatkan dan membawa kita jauh dari mengingati Allah.


Nabi SAW bersabda :-
أكثروا ذكر هاذم اللذات الموت

Ertinya : "Perbanyakkanlah ingatan kepada pemutus segala nikmat (dunia) iaitu MAUT" 
(At-Tirmidzi, 4/553 ; Ibn Hibban, 7/259 ; Imam Tirmidzi : Hadith Hasan Ghorib)






p/s:: moga kita semua berada dalam lindungan rahmat dan redhaNya. 

Ya Allah, moga Kau teguhkan iman kami dalam mendepani 
setiap mehnah dunia yang fana ini. 

Kurniakan petunjuk hidayahMu buat diriku, 
keluargaku serta seluruh umat Islam yang telah tersasar jauh 
dari landasan syariatMu.
Istiqamahkan kami di jalan takwa kepadaMu.

Moga Engkau mengampuni dosa-dosa 
serta mencucuri rahmat atas roh-roh mereka yang telah kembali kepadaMu.

<3

Wednesday, October 5, 2011

stress

Bismillahirrahmanirrahim.








feel better with these sentences??? huhu

Bukan lah suatu kehidupan yang normal jika tak pernah rasa stress.
Yang membezakan adalah cara kita menanganinya.



-MANAGE UR STRESS WISELY-

=)



** ya Allah aku yakin bahawa Engkau
sentiasa bersamaku. 
Bukakanlah jalan dan permudahkan aku 
dalam segala urusan.

Sunday, September 4, 2011

Buat dirinya yang sentiasa dalam peliharaan Allah...

Bismillahirrahmanirrahiim.

Alhamdulillah. Allah masih memberi nikmat iman dan islam dalam diri kita sehingga harini yang jarang-jarang kita zahirkan kesyukurannya. ^_^
Buat dirinya yang tidak kuketahui siapa. moga Allah sampaikan nukilan ini, isi hati ini kepadanya.

Doa tidak putus2...mengadu kepada ALLAH...merayu...agar dia adalah sayap kananku... juga berharap..diri ini adalah sayap kirinya...dan penghulu bidadarinya di syurga ALLAH yang kekal abadi kelak...insyaALLAH...amiin...amiin...amiin....ya Rabbal Alamin....
 
***********************************
 
 

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi, aku juga punyai keinginan seperti gadis lain dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu.Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf a.s. yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat.

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di luh mahfuz, ALLAH SWT pasti akan mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu, kali pertama kita berpandangan. Itu janji ALLAH SWT. Akan tetapi selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaan itu kepadaku, kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara'. Aku takut perlakuan itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.
Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfaq seluruhnya pada mencari redha Ilahi. Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri atau sandaran perjuangamu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi, kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan ALLAH SWT dengan kemenangan atau syahid itu. Akan kukesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku.

Aku pasti berendam air mata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku. Bukan itu yang ku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku keranaNya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibu bapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan aku dan kau lupa akan tanggungjawab kita. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan ALLAH SWT sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku...


********************************


ya ALLAH....pelihara dirinya untuk ku...tetapkan dirinya untuku.....satukan hati kami ya ALLAH....satukanlah kami...sebagaimana Kau menyatukan saidina Ali bersama siti fatimah az-zahra.....amiin ya Rabb.....



p/s:: Moga Kau pelihara hati & iman kami.
Moga Kau pertemukan kami dalam keadaan yang diredhai olehMu.

Sunday, August 28, 2011

Ramadhan sudah di penghujung.



Bismillahirrahmanirrahim.

Ramadhan kian melabuhkan tirainya. So amacam Ramadhan anda??? Harapnya Ramadhan kali ini mampu mengubah diri kita ke arah yang lebih baik. Tak banyak, sedikit pun dah memadai.

"Sesungguhnya Allah memberi hidayah pada mereka yang Dia kehendaki"

Biarlah amalan kita tidak berapa banyak, yang penting istiqamah. Jika kita istiqamah melakukannya amalan yang sedikit itu, InsyaAllah ada ganjarannya. Juga minta dijauhkan diri kita daripada sifat riak, takbur dan ujub. Moga-moga amalan diterima olehNya.

Ketika berhari raya nanti, semua saudara-mara berkumpul. Seronok memang seronok tapi jangan kita lupa batasan-batasan antara lelaki dengan perempuan pulak ye.
  • Elakkan bertepuk tampar dengan saudara-mara yang bukan muhrim.
  • Dan bersalamlah hanya dengan mereka yang muhrim dengan kita.
Jangan sebab kita nak jaga hati manusia, menyebabkan kita lupa bahawa 'hati' Allah itu lebih perlu kita jaga.

Selamat hari raya aidilfitri. Moga segala salah-silap dimaafi.


p/s:: Moga segala amalan kita sepanjang Ramadhan ini diterimaNya dan dikurniakan keampunan untuk kita semua.
Moga kita masih diberi kesempatan untuk bertemu
dengan Ramadhan yang mendatang.
:))


** Moga dikurniakan kepadaku kekuatan dalam mentaatiNya.

Friday, August 12, 2011

Bacalah dengan tertib


Bismillahirrahmanirrahim.




Situasi:: Ketika bertadarus

Penyemak: Awak baca sedap. Tapi bila tang panjang tu, panjangkanlah ye. Kalau macam tu, automatik bunyi nye pun jadi tak sedap.


Konklusinya, apabila kita membaca AlQuran tu, bacalah dengan tertib. Bukannya sebab kita nak baca cepat, sampai habis semua tajwid bacaan tu kita langgar. Sesungguhnya AlQuran tu sendiri akan memberi syafaat kepada pembacanya. Oleh itu, istiqamah dalam membaca AlQuran itu. Bacalah AlQuran itu setiap hari. 1 muka surat pun ok. Tak pun, kalau rasa diri tu busy sangat, baca 1 ayat pun dah memadai. Islam itu mudah. Kita je yang kadang kala pandang agama Islam tu seolah-olah rumit. :)) Bila baca, bacalah mengikut panjang pendeknya, bila perlu didengungkan, kita dengungkan. Sementara kita masih diberi peluang dan ruang untuk bernafas di muka bumi Allah ini laksanakanlah kebaikan dan kebajikan kepadaNya sehabis baik. Untuk dijadikan bekalan untuk diri kita sendiri jugak! Bukan untuk orang lain. Betul tak??? Ikhlas kan hati dalam mengerjakan kebaikan moga segala apa yang kita kerjakan mendapat keredhaan dari sisiNya



p/s:: Bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun.
Dan kerjakan ibadahmu seolah-olah kamu akan mati esok hari.
Hanya di dunia ini sahaja tempat untuk kta mengumpulkan bekalan kita. Sesudah kita mati dan pabila berkumpulnya kita di padang mahsyar, tiada langsung ruang atau peluang yang akan Allah beri untuk kita kerjakan ibadah/kebajikan bagi meraih pahala di sisiNya.
:))

Wednesday, July 27, 2011

Bersyukurlah...

Bismillahirrahmanirrahim.

Pada Ahad yang lalu (24/7/2011) ada ceramah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam. Ceramah pula disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus. Alhamdulillah dan rasa bersyukur sangat dapat menghadiri ceramah itu. Sebelum ini, hanya mengikuti ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus dalam youtube, page shahirul.com. Tak sangka dapat peluang ini. :))

Pada mulanya saya pun tak tahu tentang ceramah itu. Kebetulan hari tu, tengah memandu, ternampak gambar banner Ustaz tu. Dalam hati pun terdetik, "eh, Ustaz Azhar Idrus nak datang sini ke??? Kat mana?? Bila??" Yela, tengah memandukan, jadi tak boleh nak tengok banner tu lama2. Tak pasal2 excident pulak nanti. Hehe. Hanya perasan ada ceramah dekat Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz pada 24/7/2011. Masanya????? Alamak, tak sempat nak tengok. Huhu. Daripada hari itu, ingat nak war-warkan benda ni kat orang ramai. Tapi, saya tak pasti bila masanya. Huhu. Tu tak berani nak war-warkan takut tersalah info.

Sampailah hari yang dinantikan itu tiba pun saya masih tak tahu ceramah tu akan diadakan jam berapa. Ish3.....Bila nak dekat2 sampai masjid tu, baru nampak yang ceramah tu akan diadakan selepas Solat Maghrib. Alhamdulillah, masih berkesempatan untuk mendengar ceramah dari ustaz tu. Tak kurang dengan muslimin muslimat yang hadir. Memang sangat ramai!!! :)))

Penyampaian dari ustaz memang sangat seronok. Rasa macam tak nak ustaz tu berhenti. :)) Kesimpulan dari ceramah yang disampaikan itu adalah perbanyakkan menyebut 'Laa ilahaillallah' yang bermaksud tiada Tuhan melainkan Allah. Kerana ayat itu begitu hebat. Ayatnya pendek dan tak susahkan untuk kita selalu menyebutnya??? Jadi, mari kita perbanyakkan menyebutnya.

Lagi satu, sebagai menzahirkan rasa syukur kita kepada Allah melalui nikmat melihat yang telah Dia beri kepada kita adalah dengan melihat dan menghayati alam flora dan fauna ciptaan Allah. Perbanyakkan membaca Al-Quran juga sebagai salah satunya. Moga kita digolongkan dalam golongan orang yang bersyukur dengan nikmat melihat itu.


p/s:: Moga diriku dan kalian semua sentiasa
dalam lindungan rahmatNya.
Janganlah Kau palingkan hati kami
setelah Kau memberi hidayahMu kepada kami.

Monday, July 18, 2011

Jika Terakhir Buatku


Oh Tuhan
Hamba-Mu ini kekeliruan
Sukar mencari jalan yang benar
Kerna dipaut hasut dunia
Mencintai yang lain lebih dari-Mu

Oh Tuhan
Hidayah-Mu pernah hadir
Hingga kering airmataku menitis
Namun terkadang aku berpaling
Kerna mengejar nikmat dunia sementara

Hari ini ku bimbangi
Jika terakhir hidup
Adakah lagi subuh esok
Untuk ku bernafas
Dan sujud mengabdi pada-Mu
Oh Tuhan

Berikan daku kesempatan
Menebus kesalahan
Lantaran dosa dan noda
Dan sengaja melupakanmu
Hadirkan damai
Sebelum di hujung nafasku

Oh Tuhan
Berikan daku petunjuk-Mu
Untuk ku meniti ke jalan redha-Mu
Izinkan daku mengulangi
Janji-janji yang baru
Taubat nasuha setulus untuk-Mu
Oh Tuhan

Rahmat kasihMu Tuhan
Ampunan-Mu ku damba


~Saujana~

Monday, July 4, 2011

Benda yg baik, usah ditangguh.

Bismillahirrahmanirrahim.

Perkahwinan.

Apa itu perkahwinan????

Perkahwinan mengikut::
i) istilah bahasa: ikatan atau simpulan
ii) istilah syarak: Suatu ikatan atau akad yang menghalalkan pergaulan dan membataskan hak dan kewajipan serta bertolong-tolong di antara lelaki dan seorang perempuan yang diantara keduanya bukan mahram.

Berkahwin muda, berkahwin semasa belajar, berkahwin lepas belajar, berkahwin lepas dah kerja. Mana yang menjadi pilihan anda??? Ia perkara yang subjektif. Terpulang kepada individu. Tapi, seringkali kita lihat, individu yang ingin berkahwin semasa belajar kebiasaannya hasrat itu jarang dipersetujui ibu bapa. Kan??

Kahwin muda, harap panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari(fokus pd perceraian). Ye ke perceraian itu hanya melibatkan mereka yang berkahwin di usia muda? Sebenarnya kita kena lihat balik, apa matlamat dan tujuan kita untuk membina rumah tangga tu. Jika ia sekadar didasari oleh nafsu semata-mata. Susah la kalau camtu. Cuba kalau rumah tangga dibina atas dasar ketakwaan kita pada Allah. InsyaAllah apa ujian yg mendatang dapat diharungi bersama.






p/s:: Jika anda mampu, sudah bersedia, segerakanlah perkahwinan itu.
JIka belum mampu, berpuasalah.

Cinta itu fitrah manusia
yang Allah campakkan perasaan itu dlm hati insani
salurkanlah ia ke jalan yang halal melalui
ikatan PERNIKAHAN

perkahwinan= tanggungjawab + amanah

[tiba-tiba entri kali ini about perkahwinan :) ]

Tuesday, June 28, 2011

At last!!!!

Bismillahirrahmirrahim.

Pertama-tama kali, aku ingin mengucap syukur alhammdulillah kerana berjaya juga menyiapkan report Bakti Siswa. Hoooraaaaaaaaaayyyy!!!!! At last!!!!! DONE!!
http://www.cute-smiley.com
Rasa seronok sangat bila yahoo tulis "MESSAGE SENT". Tak taw kenapa. Huh. Penat sekejap
http://www.cute-smiley.com
(emoticon over plak..haha)


Macam2 plak. Lepas habis program kena buat report. Sebenarnya standard la kan. Mana ada program yang dah berlangsung kemudian tak de buat report kn??? Diri ini je, yang tak pernah nak buat report. Tula, dulu selalu je jadi S/U tapi laporan aktiviti besar2 cikgu yang selalu buat. Kejenye buat minit mesyuarat je. Hihi. :P Tak pa tak pa, la ni cek da blajaq da cmna nak buat report yang betul. Hehe. Terima kasih la untuk program mesra sihat 1 malaysia ni. Disebabkan program ni la cek da blajaq byk benda. Hehe.

p/s:: Cuma nak mengekspresikan kegembiraan setelah siap report. :P

Monday, April 25, 2011

Mahu pulang....

Bismillahirrahmanirrahim....

Semalam mak call. Jadi macam biasa saya akan menanyakan khabar semua ahli keluarga yang ada kat rumah. Termasuk kucing. (erk~ kira sebahagian ahli keluarga jugak la tu..) Mak kata alhamdulillah semua sihat. Ayah sihat tak mak? Mak kata, ayah 2, 3 hari kebelakangan ini macam tak ada selera makan sangat. Dia nak makan bubur je. Tak nak benda minyak-minyak coz dia rasa loya nak muntah kalau makan benda berminyak. Harapnya, tak ada apa-apa berlaku.




Tak sabar nak balik rumah..huhu

Tapi, sekarang tinggal lagi 1 paper je lagi...paper subjek wajib "Pengurusan Emosi"...tapi sekarang emosi sendiri pun memang dah tak menentu...tak stabil..hopefully boleh buat yang terbaik rabu ni...Tapi.., ada lagi tapi, huhu lepas dah habis exam...masih tak boleh pulang ke rumah..1Mei nanti baru boleh balik...aduhhh.., terasa seolah lambat masa ini berputar.. T.T

"Ya ALLAH, moga Kau tenangkan hatiku dan
permudahkan urusanku untuk menjawab
final exam Pengurusan Emosi pada hari Rabu ini.
Moga segalanya berjalan lancar...
Kau kuatkan semangatku..aku juga bermohon,
agar Kau kurniakanlah kesihatan serta kesejahteraan
yang baik buat diriku, kedua ibu bapaku serta adik beradikku
"

~Amin~

Thursday, April 7, 2011

surat tawaran...

Bismillahirrahmanirrahim,

just now my mom call..

mak: assalamualaikum.
ana: waalaikumsalam.
mak: tgh buat apa tu?
ana: nga main komputer sket (erk? baca blog sebenarnya..hihi)
mak: dah makan ke?
ana: dah makan dah. kenapa mak? (gaya mcm suspen sket)
mak: tak da, ni ha ada surat untuk ida dari kangar, Perlis.
ana: haaa??? surat dari kangar??? surat apa plak tu?? surat org tanya nak datang meminang ke?? hihi :PP
mak: aisyhh, x abis2..entahlah, boleh buka x?
ana: erm.., buka je..tak pe..

*maka bunyi sampul surat dikoyakkan serta dibuka kedengaran* :P

mak: ni ha, surat tawaran belajar. diploma farmasi..
ana: erk~ surat tawaran belajar? diploma farmasi??? erm,, tak pela...ana sudah bahagia dengan kos yang ana pilih sekarang ni..hehe..engatkan dapat surat tawaran sambung belajar g overseas ke.., boleh gak dipertimbangkan..hehe
mak: (tergelak) So, tak de pe lagi la..cuma nak inform tu je..



Rumusan:: Terima kasih pada pihak kolej yang menawarkan tawaran itu pada ana. Tapi sungguh, ana bahagia dengan pilihan kos ana sekarang. Jadi, tiada sebab untuk ana menukar haluan. :)))



OT coursemates badge 7~!!!!


*membahasakan diri dengan kata ganti nama diri 'ana'* :))

Tuesday, March 22, 2011

aku ingin mencintaiMu...

Tuhan betapa aku malu,
Atas semua yang Kau beri
Padahal diriku terlalu sering
Membuat-Mu kecewa

Entah mungkin kerana ku terlena,
Sementara Engkau beri aku kesempatan,
Berulang kali agar aku kembali

Dalam fitrahku sebagai manusia,
Untuk menghambakan Mu,
Betapa tak ada apa-apanya,
Aku dihadapan Mu

Aku ingin mencintai Mu,
Setulusnya,sebenar-benar aku cinta,
Dalam doa, dalam ucapan,
Dalam setiap langkahku

Aku ingin mendekati Mu, selamanya...
Sehina apapun diriku,
Kuberharap untuk bertemu,
Dengan Mu ya Rabbi


artist: edcaotic


p/s:: jangan kita sekali-kali berputus asa dari nikmat ALLAH...
Seandainya kita telah tersasar dari landasan yang ditetapkanNya.
Usah khuatir atau bimbang. Kembalilah bertaubat padaNya.
Sesungguhnya ALLAH itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. :))

Tuesday, February 22, 2011

CINTA...

perempuan yang suci
adalah perempuan yang dijaga oleh Allah...
tidak sedikit pun Allah benarkan mana-mana lelaki
menyentuh dirinya, walaupun hatinya...
kerana ALLAH amat mencintainya...

tetapi andai kita bergelumang,
dengan cinta lelaki,
di mana ALLAH untuk menjaga kita???
ALLAH seperti melepaskan kita kepada
seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita...

jika ALLAH datangkan kesedaran dalam diri
supaya meninggalkan cinta seorang lelaki
bermakna ALLAH mahu ambil kita kembali untuk dijagaNya...
mengapa masih ragu-ragu???
kekuatan usah ditunggu tapi ia harus dicari...
hargailah di atas kesempatan yang ALLAH berikan...

"sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan
ketika kita rasa berdosa melakukannya"

wahai wanita,
aku bangga melihatmu derita dalam perjuanganmu,
dari melihatmu gembira daalm kelalaian...

wahai wanita,
aku bangga mendengar tangisanmu
kerana pengorbanan,
dari melihat tawamu daalm pengkhianatan...
aku bangga andai dikau mati di medan kebenaran,
dari hidup dalam kesesatan

kerana jangan lupa,
muliamu bukan pada pangkat dan harta
tapi kerana ISLAM


Wednesday, February 9, 2011

Kau yang satu..............

ya Allah...,
panjangkanlah umurku,
agar aku bisa menebus semua dosaku.........

ku mohon,
kuatkan imanku,
sehingga nafas terakhirku,
kembali padaMu...........

Sunday, September 26, 2010

mencari sesuatu>>>

kenapa kadang kala aku merasakan seperti ada yang tidak sempurna dalam diriku.....
seperti ada sesuatu yang masih tidak cukup....
bukan hendak mengatakan bahawa aku tidak bersyukur....
tapi., tak tahulah...aku sendiri juga masih mencari jawapan itu....
apakah itu...
aku masih tercari-cari....
tapi, aku sentiasa berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik....
apa yang aku cari sebenarnya???????? huhu

bimbinglah aku ya Allah..,
moga Engkau permudahkan segala urusanku...