Showing posts with label solat. Show all posts
Showing posts with label solat. Show all posts

Wednesday, December 5, 2012

Aurat

Bismillahirrahmanirrahim.

Sebahagian ilmu yang ingin dikongsikan bersama berkaitan dengan aurat.

Intro:
Aurat perempuan --> Seluruh tubuh badan kecuali muka dan kedua tapak tangan. Maksudnya kaki tu pun dikira aurat tau. Wajib ditutup. Pakai stoking tak wajib. Yang wajib tutup kaki.
Aurat lelaki --> Dari pusat hingga lutut.




Soalan 1   
Aurat luar dan dalam solat?     

Konsep menutup aurat dalam solat - Wajib ditutup dengan sebetulnya walaupun orang tak nampak. Jika tidak, solat itu tidak sah.

Konsep menutup aurat luar solat - Tutuplah selagi orang lain tak nampak. Jika orang nampak, bermakna aurat kita telah terbuka dan dikira berdosa.

Contoh:
Tiba-tiba ada orang lelaki datang rumah, kebetulan time tu sempat sarung tudung sahaja tapi pakai t-shirt lengan pendek. Tapi, kita menyorok belakang pintu. Orang lelaki itu hanya nampak muka kita sahaja. Maksudnya, lelaki tu tadi tak nampak aurat kita. Jadi kita masih dikira menutup aurat. 

Berbalik pada isu pakai tudung bawah dagu tak tutup, kita masih dikira menutup aurat selagi kita tidak jalan mendongak sepanjang masa nak tunjuk bawah dagu. 


Soalan 2   
Aurat wanita muslim dengan wanita non-muslim?   

J: Ada beberapa pandangan.

Majoriti fuqaha’ mengatakan aurat muslimah di hadapan wanita non muslim sama seperti aurat di hadapan lelaki ajnabi/yang bukan mahram. 

Pendapat lain ialah yang mengatakan muslimah boleh berpakaian seperti pakaian biasa yang dipakai di dalam rumah.  Pakaian yang biasa dipakai di dalam rumah ialah baju berlengan pendek, skirt labuh, seluar panjang (bukan ketat), gaun labuh berlengan pendek dan seumpamanya. 

Pandangan ketiga ialah yang mengatakan sama seperti aurat sesama wanita muslimah yakni selain antara pusat hingga lutut.

Bagaimana cara kita memilih antara 3 pendapat di atas? Untuk membuat keputusan terbaik buat diri kita ialah dengan melihat objektif menutup aurat itu sendiri yakni menjaga maruah dan kesopanan wanita Islam.

Untuk memilih pandangan mana 1, perlu dilihat kepada akhlak wanita non muslim itu sendiri. Jika dia seorang yang menjaga kesopanan dan menghormati kita, maka pendapat kedua adalah baik diamalkan agar terangkat perkara yang menyusahkan dari diri kita.

Jika wanita non muslim itu seorang yang tidak baik dan sentiasa mencari kelemahan muslimah untuk disebarkan kepada orang lain, maka wajiblah menutup aurat seperti biasa.

 
Soalan 3   
Aurat lelaki muslim dengan lelaki non-muslim?    
 J: Dari pusat hingga lutut. 


Soalan 4   
Aurat seorang lelaki/wanita muslim dengan lelaki/wanita muslim yang lain?  
J: Juga dari pusat hingga lutut.


Soalan 5    
Jika mak/ayah kita berkahwin lain (dapat mak/ayah tiri baru), bagaimana hukum aurat kita dengan mak/ayah tiri baru itu?    

J: Aurat itu akan jadi sama seperti kita dengan mak/ayah kandung kita sendiri. Dengan syarat mereka telah bersama/bersetubuh.


Soalan 6   
Kita berkahwin tapi pasangan kita punya mak/ayah tiri. Bagaimana aurat kita dengan mak/ayah tiri itu?   
J: Sama seperti dengan lelaki/wanita yang bukan mahram kita.


Soalan 7  
Adakah boleh jika kita bersalam dengan mak/ayah saudara kita?   

J: Boleh, jika mak/ayah saudara itu adalah  adik-beradik dengan mak/ayah kita. Selain daripada itu, mereka bukan mahram kita. Mereka dikenali sebagai mak/ayah saudara sabit.

Dalam kebanyakan tazkirah/ceramah yang saya hadiri/dengar, mereka selalu cakap memang haram, tak boleh bersentuhan. Awak buatlah macam mana tapi tak menyinggung hati mereka. Tapi mereka tak bagi solusi. Apakah antara cara yang boleh dilakukan bagi mengelakkannya. 

So, hari tu, ada bincang dengan kawan-kawan apa alasan yang boleh diberi jika mak/ayah saudara sabit hulurkan salam pada kita. So, sorang kawan saya bagi idea cakap, 

"Err.., maaf makcik/pakcik saya ada wudhuk!" 

*Jika ada sebarang penambahan idea untuk alasan boleh dikemukan dalam ruangan komen dibawah. Idea anda sangat dialu-alukan.*


Soalan 8   
Aurat dengan abang/kakak/adik ipar?  

J: Bukan mahram. So, kena jaga batas pergaulan dan penampilan. Kerana jika abang/kakak/adik kita bercerai dengan mereka, kita boleh berkahwin dengan mereka.


Soalan 9  
Boleh ke kita nak bersalaman dengan orang tua (tak kira lelaki/perempuan tua) yang tidak lagi bernafsu?  
Tetap haram. Mana kita tahu yang orang tua tu masih bernafsu ataupun tidak.


Soalan 10   
Pakaian yang dipakai dalam  solat jarang. Adakah solat sah? Adakah kita dikira menutup aurat dalam solat?      

Jika pakaian solat yang dipakai itu jarang sehingga menampakkan warna kulit, itu dikira aurat masih terbuka. Jadi, solat itu adalah tidak sah. 


Soalan 11 
Kalau kita pakai pakaian ketat, boleh ke gunakan untuk tunaikan solat? Solat sah? 

Solat sah. Even kalau kita pakai scuba diving punya suit tu pun dah boleh perform solat sebab ia dah penuhi syarat pakaian solat. 

Syarat pakaian untuk solat adalah tidak jarang dan menutup aurat. Selagi apa yang kita pakai tu memenuhi syarat yang disebut tadi, boleh solat. 

Macam yang saya cakap sebelum ni, konsep menutup aurat dalam solat adalah wajib tutup dengan sebetulnya walaupun orang tak nampak. Berbeza dengan luar solat.
Tutuplah selagi orang lain tak nampak. Jika orang nampak, bermakna aurat kita telah terbuka dan dikira berdosa. Jika memakai pakaian ketat luar solat, sama seperti kita telanjang. Bila telanjang bermaksud kita telah dedahkan aurat kita.


Harap perkongsian ini dapat membantu dan bermanfaat untuk semua. 
Kalau ada yang kurang, sila lah tambah dan tegur saya! 
TQ! =)

Sumber: Tanyalah Ustaz KTSN oleh Ustaz Syed Abdul Kadir Al-Joofre

 
TAHU . FAHAM . AMAL


@ cahaya.yang.satu @

Monday, July 30, 2012

Jom SOLAT!

Bismillahirrahmanirrahim.

Solat fardhu itu ada 5.
- Subuh,
- Zohor,
- Asar,
- Maghrib dan
- Isyak.


5 je. Bukannya 50 pun kawan. =)

Oleh itu, peliharalah solat fardhu itu sebaik yang mungkin. Tunaikanlah solat itu di awal waktu. Adalah lebih baik jika didirikan secara berjemaah.

Kenapa kita perlu jaga solat kita?

Sebab itu adalah perintah Allah dan sebagai tanda kita patuh pada perintahNya. Dan melalui solat juga dapat membentuk diri agar lebih disiplin dengam masa. Solat juga adalah perkara pertama yang akan dihisab.


"Akak, abang, pakcik, makcik, atok, nenek dan semua yg bergelar Muslim jangan tinggal solat fardhu tau. Nanti Allah marah.", kata adik ini.

Same goes to solat Jumaat. Solat jumaat adalah solat yang wajib didirikan bagi LELAKI terutamanya yang perlu ditunaikan dalam waktu solat zohor setiap hari Jumaat. Sangat menyedihkan apabila melihat ramai lelaki yang memandang ringan perkara ini. Ada lelaki tanpa segan silu+tanpa rasa bersalah pergi membeli-belah semasa solat jumaat sama ada secara bersendirian mahupun bersama keluarga! (sedangkan masjid tu ada kat depan pusat beli belah itu sahaja). Hal ini berlaku tanpa mengenal usia. Yang muda, yang dah berumur pun turut sama tidak menghadirkan diri untuk ke solat Jumaat. Sibuk sangat ker? Kalau anda nak kata diri anda tu sibuk sangat, cuba muhasabah. Adakah insan yang lebih sibuk daripada nabi Muhammad saw? Baginda memperjuangkan isu ummah dan jihad untuk Islam. Anda? Sibuk lagi? Nak kata baginda tu nabi. Aku ni hanya insan biasa. So? Tak nak cuba challenge diri untuk mengikut personaliti nabi? Tak nak ikut jejak langkah baginda? Dah tau diri kita ni tak sehebat nabi dan tidaklah dijanjikan syurga seperti baginda, masih ingin tinggalkan solat yang wajib? Sesibuk mana pun diri anda, luangkan sedikit masa untuk pergi tunaikan solat Jumaat itu. Bagi negara lain saya kurang pasti. Tapi di Malaysia ini, nak kata company/sekolah/institusi pengajian tak bagi rehat, rasanya rehat untuk hari Jumaat adalah lebih lama berbanding hari yang lain. Betul tak? Jadi, tak ada alasan untuk tak pergi solat jumaat ok.

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila telah diseru untuk melaksanakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahuinya (9). 

Apabila solat telah dilaksanakan, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak agar kamu beruntung (10). 

Dan apabila mereka melihat perdagangan atau permainan, mereka segera menuju kepadanya dan mereka tinggalkan engkau (Muhammad) sedang berdiri (berkhotbah). Katakanlah, 'Apa yang ada di sisi Allah lebih baik daripada permainan dan perdagangan,' dan Allah pemberi rezeki yang terbaik (11)." 
[Surah Al-Jumuah: 9 - 11]

Solat fardhu itu WAJIB. Peliharalah ia. Tunaikan ia kerana Allah Taa'la.


"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan."

* Maaf jika ada yang kurang. Mohon teguran dan tunjuk ajar. TQ. =)

Tuesday, February 14, 2012

Pakaian Solat

Bismillahirrahmanirrahim.


Entri kali ini saya nak fokuskan tentang pakaian solat untuk wanita. Berikut merupakan dialog antara si ibu bersama anak perempuannya yang berumur sekitar 10 tahun. Di suatu pagi yang nyaman,...


Ibu: Anak ibu, apakah pakaian solat untuk wanita?
Anak: Mestilah TELEKUNG ibu! 
Ibu: Pandainya anak ibu. Tapi, anak ibu tahu tak. Tak semestinya kalau kita nak mendirikan solat, kita perlu memakai telekung. Kalau pakaian yang kita pakai tu suci dari sebarang najis, dapat menutup aurat kita dengan sempurna pun kita sudah boleh terus mendirikan solat. Sebagai contoh yang mudah, kakak pakai baju kurung, tudung yang mengikut syariat yang digariskan dalam Islam seperti tidak jarang, menutupi dada, kakak dah boleh mendirikan solat. Jangan lupa kaki pun kena tutup. Kakak boleh pakai stoking tebal atau pun pakai kain yang labuh yang dapat menutupi kaki. 
Anak: Ooooo....Boleh ea ibu?
Ibu: Iya sayang. Boleh. Sebab aurat seorang wanita itu adalah keseluruhan tubuhnya kecuali wajah dan tapak tangan.
Anak: Jadi, maknanya kakak boleh pakai apa-apa aje lah untuk solat kan ibu?
Ibu: Iya, boleh selagi pakaian yang kakak pakai tu menutup aurat dengan sempurna, suci daripada hadas serta tidak terlalu menarik perhatian orang lain. Ini supaya kita tidak mengganggu jemaah lain yang ingin mendirikan solat.


Kesimpulan:: 
- Untuk mendirikan solat tak semestinya wajib memakai telekung
- Jangan pandang pelik serta meletakkan seseorang itu salah dan tidak sah solatnya jika dia solat tidak mengenakan telekung
- Kalau nak tahu pakaian kita tu tutup aurat dengan sempurna ataupun tidak. Cuba 'check' pakaian yang kita pakai tu dah boleh terus digunakan untuk solat atau tidak. Kalau boleh, maknanya anda sudah 'pass' dalam menutup aurat dengan sempurna. Jikalau tidak, usah khuatir. Masih ada masa dan ruang untuk kita perbaikinya. Persoalannya adalah antara kita mahu lakukan perubahan atau pun tidak. 

:))


- Gambar sekadar hiasan-



@cahaya.yang.satu@