Showing posts with label Batu-bata Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Batu-bata Kehidupan. Show all posts

Friday, March 7, 2014

Sebuah "kesempatan"

Bismillahirrahmanirrahim.

Bila kita diberi kesempatan untuk,
Menjaga kedua ibu bapa kita.
Bersyukurlah.
Hargai saat-saat itu.
Boleh jadi itu lah saat-saat,
Yang akan kita rindu,
jika mereka sudah tiada.

Itulah saat untuk kita benar-benar,
Meluangkan masa bersama mereka.
Mungkin sebelum ini kita sibuk.
Sibuk dengan urusan masing-masing.

Menjaga orang tua.
Memang banyak karenahnya.
Mungkin terkadang kita bisa
Terasa hati dengan mereka.
Mungkin terkadang kita juga bisa
marah dengan karenahnya.

Tapi,
Ingatlah duhai anak,
Itulah saja salah satu cara
Untuk kita balas jasa mereka.
Yang sebenarnya
Tak terbalas banyak mana pun.
Kerna jasa mereka terlalu besar.
Ya, terlalu besar.
Perit jerih mereka ingin 
Menyara dan membesarkan kita.

Senangkan hati ibu ayahmu.
Gembirakan mereka selagi termampu.
Dengarilah cerita mereka walaupun mungkin 
Kau sudah mendengarnya berkali-kali.
Balaslah jasa mereka selagi termampu.

Jangan pernah merungut.
Jangan pernah mengungkit.
Kerna mereka satu-satunya,
Ibu dan ayahmu.

"Dan kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua orang tuanya..."
[Al-Ahqaf 46:15]

@ cahaya.yang.satu @


Sunday, September 15, 2013

Do What You've To Do.

Bismillahirrahmanirrahim.

Hey guys!!! (waving) hehe.

It has been so long that I haven't post anything in my blog. Finally, I am currently in my final year semester 1!!!! Mixed feeling guys! Nervous+happy+worry+sad all in one. I just hope that Allah help me and ease my way to go through it. Currently busy preparing my research proposal which need to send next week after the presentation. Burn the midnight oil+petrol+diesel+ngv. Lol. Soooo., it will be just a short entry to be post. 

Ok, back to the title. Actually not much to say. Just wanna share a phrase.

"When you want to learn something. 
Just do what you've to do"

For me its a good phrase to be kept in my mind. I got it from my supervisor during I met her. After finished talk and discuss about my research proposal, she told me this. In fact, it is true. When you wanna learn something, you  just do what you've to do and not choosing what you like or what you dont like. 

Or the best way is, when you want to learn something, learn for the sake of Allah. Learn because you are eager to know something. For me, it can help me to become more focus. Furthermore, when you learn for the sake of Allah, it will be consider "pahala" (written to be as a good deeds and will be rewarded in hereafter) starting from you start study until you finish. As in Islam, anything that you do, depend on your intention (can refer to hadith riwayat al bukhari no 1, 54, 2529, 3898, 5070, 6689, 6953, Muslim no 1907, Abu Daud no 2201, al-Tirmizi no 1646, al-Nasa'i no 1/59-60, VI/158, Ibn Majah no 4227 and Ahmad no 1/25,43). 

Good intention = even you haven't done it yet = written as good deed = pahala = get reward from Allah
Bad intention = do as what you intent = written as bad deed = dosa = get punishment from Allah if you dont repent
(If you just intent but dont do yet, will not write as bad deeds)

May Allah always lead us on the right pathway which He pleased (redha). 

Ok. That's all for this entry.

(continue editing my research proposal)

Friday, June 14, 2013

Kenapa Kita Semua Sentiasa Memandang Ke Hadapan?

Bismillahirrahmanirrahim.

PERSOALAN :

1) Kenapa muka kita sentiasa menghadap ke hadapan, kenapa muka kita tak dicipta menghadap ke belakang?

2) Apa rasional muka diciptakan sebegitu rupa?

3) Apa rasionalnya melihat ke belakang, kiri dan kanan pada waktu dan keadaan yang tertentu sahaja, dan bukan setiap masa?


JAWAPAN :

Surah Al-A'araf (16-17)

Iblis menjawab, "Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, (16) Kemudian saya akan mendatangi mereka dari MUKA dan dari BELAKANG mereka, dari KANAN dan dari KIRI mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat). (17)

Empat arah bisikan yang ditekankan oleh Syaitan adalah :

1) Depan : Meragukan tentang akhirat
2) Belakang : Merangsang cinta dunia
3) Kanan : Meragukan perintah agama
4) Kiri : Merangsang berbuat maksiat

Jawapan bagi persoalan pertama dan kedua:- 
Cuba bayangkan, kita berjalan ke hadapan tetapi muka menghadap ke belakang? Adakah kita akan sampai ke destinasi tepat pada masanya? Tepat lokasinya? Bagaimana pula dengan keadaan kita? Terjatuh? Tersadung? Rasionalnya, muka dihadapkan ke hadapan adalah untuk mengingatkan kita bahawa akhirat itu pasti akan tiba, maka janganlah kita senantiasa berpaling dari akhirat . Sentiasalah persiapkan bekalan untuk dibawa ke hari akhirat.

"Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa. Dan bertakwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal." (Al Baqarah, 197).

Kenapa muka tidak dihadapkan ke belakang? Jawapannya adalah manusia tidaklah sepatutnya sentiasa mengejar dunia, kerana makin dikejar dunia, makin jauh hakikatnya. Realiti sifat dunia yang sebenarnya adalah makin dikejar, makin jauh dan makin tidak cukup. Oleh itu, dinyatakan di sini bahawa kesenangan di dunia ini hanyalah sementara, namun dunia jugalah yang menjadi cita-cita dan tujuan hidup segelintir dari kita sehingga akan terlupa akhirat. 

"Katakanlah, kesenangan di dunia ini hanya sebentar dan akhirat itu lebih baik untuk orang-orang yang bertakwa dan kamu tidak akan dianiaya sedikitpun." (An Nisaa', 77).

Bagi persoalan ketiga :- 
Cuba bayangkan, kita sedang berjalan ke satu destinasi, tapi kita hanya memandang ke hadapan. Adakah kita dapat mengelak segala rintangan yang kita bakal tempuh di kiri, kanan dan belakang? Rasionalnya, kita juga hendaklah memandang ke belakang (dunia) namun bukanlah sampai mengagungkan dunia dan jangan pula sampai terleka. Hendaklah sentiasa kaitkan dunia ini dengan kebesaran Pencipta kepada dunia ini.

"Kehidupan di dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan." (Ali I'mran, 185)

Memandang ke kiri pula adalah perlu agar kita sentiasa berjaga-jaga dengan bisikan yang mengajak kepada maksiat sehingga membuatkan dan menjadikan maksiat ini indah di mata manusia.

"Iblis berkata, Ya Rabb-ku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya." (Al Hijr, 39)

Pandangan ke kanan amatlah penting kerana di akhir zaman ini, manusia senang diragu-ragukan dengan perintah agama. Mereka akan merasakan bahawa hukum-hakam ini sebagai satu gurauan dan permainan dan membuatkan buat tak endah dengan hukum-hakam tersebut.

"Dan apabila kamu menyeru (mereka) untuk (mengerjakan) solat, mereka menjadikannya buah ejekan danpermainan. Yang demikian itu adalah kerana mereka benar-benar kaum yang tidak mahu menggunakan akal."

(Al Maidah, 58)

Kesimpulannya, kita hendaklah seimbangkan keperluan dunia, janganlah terlalu melebihkan dunia berbanding akhirat. Namun, kita juga perlu bijak merancang strategi untuk menangkis serangan bisikan syaitan yang sentiasa mengganggu kita dalam proses mendekatkan diri kepada Allah.

"Barangsiapa yang mengambil syaitan itu menjadi temannya, maka syaitan itu adalah teman yang seburuk-buruknya." (An Nisaa', 38)

"Syukur, Muhasabah, Istighfar".

Bahan Rujukan : 
1) Al-Quran Tajwid dan Terjemahannya
2) Tafsir Ibnu Katsir
3) Buku '24 Jam Melawan Syaitan'


*It is a good sharing. So I share with you* =)

Saturday, May 18, 2013

Orthopedic & Surgical Placement

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum! Hye! ^_^

*masih rasa eksited + happy. mungkin kesan daripada makan aiskrim semalam yang masih melekat ke hari ini. haha*

pakcik aiskrim + tukang belanja = dapat aiskrim free
me + aiskrim = extra happy ^_^
3 minggu yang lepas, bermulalah posting wa sebagai terapis pelatih untuk subjek ortopedik dan surgeri. Then, tambah lagi 2 minggu untuk pediatrik (bahagian kanak-kanak). Pada mulanya nebes jugak sebab dah lama tinggal kan orto..Huhu. Posting untuk orto sebelum ini masa tahun 2 semester 2. Sekarang tahun 3 semester 2. Bayangkan lebih kurang setahun dah tinggalkan? Soo., sebagai jalan penyelesaian, wa pun menelaah la kembali nota-nota lama berkaitan dengan ortopedik kes. 

Semalam hari terakhir wa dekat orto. Sedih pulak rasa. Sebab lepas ni dah tak ada dah lagi placement orto. Untuk time belajar ni la. Kalau bekerja tu lain hal plak ye. Sebelum ni untuk orto wa dapat kat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR). Kali ni plak dekat Hospital Kuala Lumpur (HKL). Terbaikkkk~ Coz dua-dua hospital ni merupakan hospital tersibuk dan ramai pesakitnya. Jadi, sesiapa nak berposting di hospital sebegini haruslah bersiap sedia dari sudut mental dan fizikal. 


The new building of HKL. 
Di kala waktu rehat. Kalau bukan waktu rehat. Memang ramai. 

Bersama coursemate makan sedap jap selepas tamatnya posting orto.

Penat. Memang penat. Mana ada kerja yang tak penat oooii. Tapi, demi nak mendapatkan ilmu wa sanggup dan bersyukur kerana dapat hospital yang sentiasa sibuk sebab banyak benda dapat belajar. Banyak benda yang wa belajar. Wa dimaipulasikan oleh pesakit pun ada. Haha. Kes-kes yang tak pernah dengar sebelum ni pun ada jumpa. Contohnya, degloving injury, distal radial ulnar joint disruption. Bila menceburkan diri dalam bidang macam ni, macam-macam jugak cerita orang kita boleh dengar dan lihat live dari klien sendiri. Ada yang eksiden, kena tetak dengan orang bawah, ada yang konon nak jadi heroin tapi tak jadi (ini kenyataan dari klien sendiri masa dia cerita balik. hehe). Kesan kecederaan dan proses pemulihan tu kita boleh nampak.

Bagi mereka yang tak boleh tengok luka teruk-teruk tu. Tapi telah berada or ingin memilih bidang-bidang yang melibatkan anda terus dengan klien, sila desensitize dulu diri anda. Maksudnya biasa-biasakan unutk tengok luka terbuka yang serius or teruk okayhh. Yang masih fresh, baru and basah. Jangan jadi macam wa. Boleh plak nak pengsan time pergi naik wad. Haha. Bila naik wad, of kos la kebanyakannya luka masih basah. Kalau dah kering tak ada nya dorang nak duduk kat wad lagi.

So..., sepatutnya hari itu naik wad untuk tengok 5 orang klien dengan terapis. Tapi, wa hanya berjaya tengok 3 orang aje. 

Klien pertama: 
Steady lagi sebab luka dia berbalut. Ok la, kita buat passive training and educate dia untuk buat jugak pergerakan untuk setiap sendi (joint). Joint bila lama kita tak gerakkan ia akan jadi keras dan susah untuk buat pergerakan. Sebab itu walaupun sakit, kena jugak buat pergerakan supaya sendi tak jadi keras. Masa ini, terapis yang buatkan dulu. 

Klien kedua:
Steady jugak lagi. Tapi kali ini klien ni, luka dia belum dressing. Soo., luka tu hanya beralaskan gauze. Untuk klien ni, lukanya memang basah lagi, boleh nampak isi dalam. Klien ni kecederaan pada middle and proximal phalanx of index finger. Then, kali ini terapis suruh wa yang buat passive training kat jari dia. Wa pun dengan penuh semangat menyarungkan glove pada kedua-dua tangan wa bagi mengelakkan infection pada klien dan wa sendiri. Memegang jari telunjuk pakcik tu. Dan membuat passive training. Ajar tendon gliding exercise dan terangkan mengapa kita perlu buat sedemikian. Selesai. Go to the next klien. 

Klien ketiga:
Dah start rasa lain. Badan tiba-tiba mula rasa tak selesa. Ok tak pe boleh tahan lagi. Kali ni, kes tendon cut on right hand dan fracture on left hand. Luka berbalut. Ok la tu. Wa boleh tahan. Sama jugak passive training and educate klien. Time naik wad kena pakai white coat tau. So, white coat wa, wa butangkan separuh.  Hampir nak selesai sesi dengan klien ni, wa dah macam tak boleh tahan. Konon cuba nak bertahan, wa bukak semua butang. Gerakkan badan sket supaya tak dalam posisi statik. Tapi, badan dah rasa makin ringan, tak selesa sangat, berpeluh tiba-tiba, tekanan darah rasa macam jatuh mendadak. Ok tak boleh tahan dah. Wa terus duduk. Terapis tengok dah pelik. Wa terus pergi pantri wad, cari air or anything yang boleh stabilkan balik badan wa. Nak buat milo rasa macam dah tak larat. Wa ambil air kosong, minum dan duduk sekejap. Masih tak ok. Muka masih pucat. Alhamdulillah ada staff kat situ ada gula-gula. Gula-gula mentos yang mint. Actually wa tak minat sangat gula-gula mint ni. Tapi dah dalam kes darurat kan, ambil jela. 2 biji dia bagi. Kunyah-kunyah dan duduk. Terapis sibuk call Occupational Therapy (OT) department dah. Takut apa-apa lebih serius berlaku kan. Wa plak masih cuba untuk stabilkan semula sistem badan. Alhamdulillah getting better and stable. Berjalan menuju ke terapis yang sedang menelefon OT department. Wa pun cakap "Saya dah ok dah. Boleh sambung balik untuk tengok klien lain". Tapi.., dia suruh wa balik sebab takut wa pengsan lagi. Yela mana tau jap lagi ada luka terbuka lagi ke kan, tak ke naya. Kita nak pergi rawat orang tapi kita yang pengsan. Camna tu? Hehe.

Soo., hari tu wa berjaya tengok 3 klien je. Terapis semua baik-baik. Tak lokek ilmu. Of kos la bila salah or apa-apa kita tak tahu kena la tegur. Tegur supaya kita belajar lebih peka dan tahu reason kenapa kita buat sesuatu tu. 

p/s: Ingat ye, siapa-siapa yang rasa-rasa ada mengalami situasi seperti diatas, dah masuk plak dalam bidang sains kesihatan yang memerlukan anda memberi khidmat secara direct kepada klien masa dekat wad, sila desensitize yourself. =))

Its a great experience. Isnin ni mula kat pediatrik pulak. Hope everything will be okay. Rabbi yassir wala tua'ssir. Rabbi tammim bi khair.

Alhamdulillah dapat buat banyak splint!
My partner of le posting

Orthopedic team for occupational therapy department

*Terima kasih banyak-banyak yang tidak terhingga kepada semua terapis, staff, klien-klien jugak yang banyak membantu dan mengajar diri ini. Segala ilmu akan dimanfaatkan dan ditambah baik.*

@cahaya.yang.satu@

Sunday, May 12, 2013

Seketul Daging

Bismillahirrahmanirrahim.

Manusia.

Sikap, ragam dan karenahnya berbagai.
Kadang kala sukar untuk dibaca/diramal.

Pabila nafsu bertuhan di hati,
Pabila dunia yang kau agungkan,
Kau tinggalkan Allah,
Kau berani melakukan dosa,
Kau berani melakukan maksiat,
Kau berani melakukan kemungkaran.

Tinggalkan solat,
Menipu orang,
Pentingkan diri,
Memfitnah,
Suka menyalahkan orang lain,
Suka memburukkan orang lain.

Hidup jadi serabut,
Hidup rasa tak tenang,

Kerna apa?

Kerna ada yang lapar.

Apakah ia?

Itulah hati.

-----------------------
Peliharalah hati kamu sebaik mungkin. 

Benar. 
Sebagai permulaan ia memerlukan mujahadah yang tinggi. 
Mohonlah pertolongan dariNya moga diberi kekuatan untuk memeliharanya dan istiqamah melakukannya. 
Sesungguhnya Dialah jua sebaik-baik penolong. 

Berusaha selagi mampu.
Mencari makna sebuah kehidupan.


110513 | 11.53 pm
@ cahaya.yang.satu @

Wednesday, April 10, 2013

Aku dibutakan

Bismillahirrahmanirrahim.

Sepanjang 5 semester yang wa tempuhi (dan sekarang ni semester 6) wa rasa subjek orientasi dan mobiliti yang paling mencabar. Kami akan dibutakan seketika untuk berlatih berjalan secara perseorangan. Mula-mula ada la member yang guide (sighted guide). Tapi bila waktu ujian mobiliti atau juga dikenali sebagai drop off everything is by yourself. Drop off tu maksudnya wa akan ditinggal di tempat-tempat tertentu dan diminta untuk pergi ke sebuah destinasi. Hanya end point yang akan diberitahu. 

Wa dimana? Bagaimana nak pergi? Semuanya atas wa sendiri. Lu buat la sendiri (tagline Nabil yang di'modified'). Tak ada orang bantu. Tapi tempat untuk drop off tu sebenarnya tempat-tempat yang dah berlatih sebelum ni. Kira sudah di'familiar'kan sebelum ni. Tinggal visual memory kita ingat atau tak jela mana jalan yang kita nak guna. Pandai-pandai la nak hidup.

Dan sepanjang proses pembelajaran ini, ada la jugak dapat persepsi beberapa pihak yang melontarkan isu,  

"Apa yang korang buat ni? Untuk apa?" 

"Apa benefit korang belajar macam ni ea?" 

"Haaa, main-main la jadi buta. Esok pagi bangun buta betul-betul baru tahu" 

-_-"

Berpanas, berhujan. Latihan tetap diteruskan.

Melintas sambil mata ditutup. Hanya tongkat disediakan. 
Tika ini deria pendengaran sangat penting. Ada berani?

Awal-awal latihan dulu

Perlu dijelaskan disini kami belajar bagi membantu orang lain di masa hadapan. Entah-entah mungkin, anda yang melontarkan perkara sedemikian yang akan kami bantu. Membantu mereka yang memerlukan. Mungkin keadaan seperti buta sejak lahir, buta disebabkan kemalangan, kurang daya penglihatan itu tak berlaku dalam konteks atau lingkungan kehidupan individu itu sendiri. Tanpa memahaminya, terus buat konklusi dan berpegang terus pada persepsi negatif. Sebab itu kita memandang remeh, memperlekeh atau mempersoalkan apa yang kami lakukan. 

Bertanya jika tak tahu.
Bertanya jika inginkan kepastian.
Jangan mudah buat kesimpulan sendiri jika kita tak benar-benar memahaminya.
Jadilah individu yang berfikiran positif, bukannya pesimis. 

Hargailah nikmat penglihatan yang Allah beri kepada kita. Gunakan dan manfaatkan ia sebaiknya kerna nanti pasti akan dipersoalkan di akhirat kelak.

Kat bawah ni sebahagian gambar tugasan yang perlu diselesaikan. Tactile map assignment. Kami diminta menyediakan peta jalan yang kami guna ketika berlatih pada awal-awal latihan dulu. Peta yang perlu dihasilkan bukan peta biasa. Perlu ada perbezaan permukaan agar mereka yang blind or low vision boleh memahaminya menggunakan deria sentuh mereka. Kira, buat peta anggap macam kita yang mengalami masalah tu. So, baru boleh tahu kita faham ke tak peta yang kita buat tu.

Sebahagian peta by me. 
Lagi sebahagian diselesaikan by my partner.

My part untuk diletakkan dalam petunjuk.
Zoom in. Close up. 
*yang macam uncang kecil tu, 
it is a fire extinguisher comel tak?* hehe

Full version of our tactile map. 
Atas tu petunjuk. Bawah adalah peta penuh.

My OT badge. Tapi 3 orang lagi tak ada.
Us. The Occupational Therapy to be.

@cahaya.yang.satu@

*entri terbengkalai --> dah lama siap tapi baru post*

Demi Sesuap Nasi

Bismillahirrahmanirrahim.

Situasi: Selesai urusan jual beli air


Pakcik: Moga anak berjaya dalam pelajaran.
Aku: Ameen. Terima kasih pakcik. Moga bisnes pakcik bertambah maju.
Pakcik: Maju macam mana. Nak berniaga tapi apply lesen berniaga tak dapat. Nak buat macam mana. Nak tolak ke sana ke mari. Bukan senang. Penat.
Aku: *speechless* 


Pendapatan bekerja dengan cara begini mungkin tak menentu. Mungkin hari minggu atau jika ada event apa-apa baru banyak sedikit untung yang dapat. Namun, respect dengan pakcik ni sebab masih ingin bekerja bagi menyara keluarga serta meneruskan kelangsungan hidup. 

Kadang menerusi cerita hidup manusia yang pelbagai ini membuatkan aku sedar dan mengajar aku supaya sentiasa bersyukur dengan apa yang aku ada. 

Dalam hidup kita perlu berpijak di atas bumi yang nyata. Tak semua yang kita inginkan kita akan dapat. Kadang kita telah berusaha. Namun mungkin rezeki bukanlah untuk kita. Jadi, perlu usaha lebih bagi mendapatkannya. 

Bagi mendapatkan duit untuk sesuap nasi, pelbagai cara orang lakukan. 

Ada yang dengan cara yang betul.
Ada juga dengan cara yang salah.
Ada dengan cara mudah. 
Ada dengan cara susah. 

Semuanya berbalik pada rezeki kita serta usaha yang kita lakukan. Pada pandanganku, rezeki yang sedikit tapi ada keberkatan adalah lebih baik daripada rezeki yang banyak tapi tak ada keberkatan. 

Kenapa tak ada keberkatan? 

Mungkin kita curi tulang semasa bekerja? 
Mungkin kita tak jaga solat fardhu?
Mungkin kita tak mengeluarkan zakat? 
Mungkin kita bekerja dalam medium yang melanggar batasan syariat? 

Jaga solat fardhu, bersyukur, bersedekah serta keluarkan zakat. 

Tak semua rezeki yang Allah bagi pada kita adalah hak milik mutlak kita seorang sahaja. Ada bahagian orang lain punya jugak sebenarnya. So, perlu dikongsi kepada yang lain. Sebab tu digalakkan bersedekah dan wajib mengeluarkan zakat. Barulah berkat. ^^,


@cahaya.yang.satu@

*entri terbengkalai --> dah lama siap tapi baru post*

Tuesday, April 9, 2013

Kerja Dalam Kumpulan

Bismillahirrahmanirrahim.

Kerja dalam kumpulan.

Perlulah ada kerjasama. 
Perlulah ada rasa bertanggungjawab walaupun anda bukan ketua. 
Jangan ada perasaan pentingkan diri. 

Sebab apa? 

Sebab kita kerja dalam satu kumpulan. Bila kata kerja dalam kumpulan, pasti kerja itu perlu dilakukan bersama. Kerna apa? Kerna nanti markah yang dinilai juga ada terselit markah berkumpulan. Bukan hanya markah individu sahaja. 

"aku hanya nak kerja yang senang" 

Jika itu yang kau mahukan dalam sebuah kumpulan. Engkau silap. Engkau tidak akan menemuinya Kerna itu kerja persendirian. Jangan disebabkan engkau, semua yang lain terjejas. Buat kerja tiada rasa gembira. Tapi dipenuhi dengan untaian rasa tidak puas hati.

Masing-masing juga punya komitmen yang lain. Kerna bukan hanya engkau sahaja yang bergelar pelajar. Insan lain juga masih bergelar pelajar.

Buangkan sikap mementingkan diri. Usah ego tak bertempat. Bila diberi tugasan, selesaikan dengan sehabis baik yang engkau boleh. Bukan pula menolak kerja kepada orang lain.




p/s: Yang ringan sama dijinjing. Yang berat sama dipikul


@cahaya.yang.satu@


*entri terbengkalai --> dah lama siap tapi baru post*

Monday, February 25, 2013

Zakat Membersihkan Harta

Bismillahirrahmanirrahim.


Hari ini nak cerita pasal ZAKAT la. 

Seperti yang kita tahu, zakat adalah salah satu daripada rukun islam yang lima. 

APA ITU ZAKAT?
Zakat berasal dari bentukan kata zaka yang berarti 'suci', 'baik', 'berkah', 'tumbuh', dan 'berkembang'. Menurut terminologi syariat, zakat adalah nama bagi sejumlah harta tertentu yang telah mencapai syarat tertentu yang diwajibkan oleh Allah untuk dikeluarkan dan diberikan kepada yang berhak menerimanya dengan persyaratan tertentu pula.

JENIS ZAKAT:
  1. Zakat Pendapatan
  2. Zakat Perniagaan
  3. Zakat Wang Simpanan
  4. Zakat Saham
  5. Zakat KWSP
  6. Zakat Emas
  7. Zakat Perak
  8. Zakat Pertanian
  9. Zakat Ternakan

SYARAT WAJIB ZAKAT:

Islam
Zakat hanya dikenakan ke atas orang Islam. Bagi perniagaan perkongsian orang Islam dengan bukan Islam hanya peratusan ekuiti orang Islam sahaja diambilkira untuk zakat.

Merdeka
Hamba abdi tidak wajib berzakat kecuali zakat fitrah. Walau bagaimanapun tidak timbul persoalan hamba abdi masa kini, tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib berzakat.

Milik Sempurna
Harta yang dimiliki mestilah sempurna dalam kekuasaan seseorang dan tidak bersangkutan dengan orang lain. Pemilik juga dapat memperlakukan dan memperolehi manfaat daripadanya.

Cukup Nisab
Nisab adalah paras nilai minima yang menentukan samada wajib atau tidak sesuatu harta dikeluarkan. Nisab adalah bersamaan dengan 85 gram emas nilai semasa. Nilainya lebih kurang RM 10,300 (bergantung kepada harga semasa emas)

Cukup Haul
Cukup haul bermaksud genap setahun harta disimpan.

Niat Untuk Berniaga
Syarat ini hanya bagi zakat perniagaan sahaja.

Menurut laman sesawang Lembaga Zakat Selangor, terkini untuk 2013 adalah seperti berikut:
  • Nisab = RM 13 000 (bagi akaun yang mempunyai jumlah ini dan ke atas)
  • Harga Emas Semasa = RM 158
  • Harga Perak Semasa = RM 3.74

Sekarang ini, siap dah ada bayar zakat secara online lagi tu. Boleh ke bayar zakat melalui ONLINEor atas talian? Jawapannya adalah HARUS. Bermakna pembayaran zakat tadi adalah sah. Boleh rujuk pada gambar di bawah atau KLIK SINI.




Selain itu untuk zakat pendapatan boleh dilakukan secara pemotongan terus daripada gaji. Dengan cara ini, tidak akan membebankan seseorang apabila cukup setahun. Tak ada la orang tu rasa banyak sangat nak kena keluar bila dah cukup setahun tu..


Mudah kan? Lagipun, daripada harta yang kita ada tu, hanya 2.5% sahaja yang perlu dizakatkan. Tak banyak pun. Jadi, tiada alasan untuk kita tak mengeluarkan zakat jika kita cukup syaratnya. Ingatlah bahawa harta kita itu semua milik Allah semata-mata. Allah pinjamkan sekejap je pada kita. Jangan la pulak disebabkan harta ynag kita ada menjadikan kita bongkak, takbur dan hanya ingin menikmatinya seorang diri. Berkongsilah dan memberilah. Zakat dan sedekah itu berbeza tau. Zakat itu WAJIB jika dah cukup syarat. Manakala sedekah itu sunat. 


Biarlah harta atau rezeki yang kita peroleh itu bersih dan mendapat redha, barakah dan rahmat dari sisiNya. Moga dengan kita mengeluarkan zakat, Allah melipat gandakan lagi rezeki kita.

** Alhamdulillah buat pertama kalinya telah mengeluarkan zakat ke atas diri sendiri. 

JOM ZAKAT!

Wednesday, December 12, 2012

Epilog seorang manusia

Bismillahirrahmanirrahim.

Kadang-kala kita rasa diguna
Demi kepentingan mereka
Kadang kala kita rasa terhina
Rasa kerdilnya di dunia rasa bersendirian

Biarkan kita rasa susah 
Jangan biar kita susahkan mereka
Terbitkan keikhlasan hati
Walau kita tak pernah dihargai

Kehidupan diibarat roda 
yang berputar-putar mencari destinasi
Oh langit tak selalu cerah
Tak selalu mendung
Senyumlah sentiasa
Jangan sedih

Ada yang rasa diri hebat 
Jalan dongak ke langit
Pandangan semua orang salah
Dia saja yang betul
Megah berkata-kata
Namun kosong bicara.

Astagfirullahala'zim.


Life is full of mysteries. 
Life is full of challenges.
Life is about up and down.


New song released by Fitri Haris with his new group named Fitri Clique. There is very nice video clip to watch. Santai but has a message in there.

Link for video: Epilog Seorang Manusia