Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Sunday, August 28, 2011

Ramadhan sudah di penghujung.



Bismillahirrahmanirrahim.

Ramadhan kian melabuhkan tirainya. So amacam Ramadhan anda??? Harapnya Ramadhan kali ini mampu mengubah diri kita ke arah yang lebih baik. Tak banyak, sedikit pun dah memadai.

"Sesungguhnya Allah memberi hidayah pada mereka yang Dia kehendaki"

Biarlah amalan kita tidak berapa banyak, yang penting istiqamah. Jika kita istiqamah melakukannya amalan yang sedikit itu, InsyaAllah ada ganjarannya. Juga minta dijauhkan diri kita daripada sifat riak, takbur dan ujub. Moga-moga amalan diterima olehNya.

Ketika berhari raya nanti, semua saudara-mara berkumpul. Seronok memang seronok tapi jangan kita lupa batasan-batasan antara lelaki dengan perempuan pulak ye.
  • Elakkan bertepuk tampar dengan saudara-mara yang bukan muhrim.
  • Dan bersalamlah hanya dengan mereka yang muhrim dengan kita.
Jangan sebab kita nak jaga hati manusia, menyebabkan kita lupa bahawa 'hati' Allah itu lebih perlu kita jaga.

Selamat hari raya aidilfitri. Moga segala salah-silap dimaafi.


p/s:: Moga segala amalan kita sepanjang Ramadhan ini diterimaNya dan dikurniakan keampunan untuk kita semua.
Moga kita masih diberi kesempatan untuk bertemu
dengan Ramadhan yang mendatang.
:))


** Moga dikurniakan kepadaku kekuatan dalam mentaatiNya.

Thursday, November 18, 2010

aidiladha 1431H



pertama sekali sy ingin mengucapkan
ALHAMDULILLAH yg tidak terhingga kpd ALLAH
kerana masih diberi kesempatan utk bernafas
dan hidup di atas muka bumi ini....

di sini sy ingin menyatakan..,
bahawa.........
sy SAAAAAAAANGAT HAPPY hari ini....

^_^

antara cerita yg menarik minat sy pada hari ini..,
pg td sempat tgk Malaysia Hari Ini(MHI)
la...yg kat tv3 tu....
de dkt 1 akhbar tu mengatakan kat taman Safiyah
de 1 lembu korban berharga RM11500 seekor..
WOW~!!!
boleh bygkan???
oke bgus..........
tp kire berbaloi la hrga lembu tu mcm tu...
sbb..., lembu tu pun memang besar
dari baka ape.., sy pn kurang pasti...
mmg nampak sgt bezanye bila diletakkan lembu biasa & lembu baka bagus tu sebelah2..

kemudian jam 8.15am bergerak menggunakan dua kaki berjalan ke surau Al Abrar...
(berdekatan dgn rumah)
selesai solat sunat hari raya..,
balik rumah, makan sket.., n kuar tgk lembu depan rumah..
majlis korban tu dibuat kat padang dpn rumah...



ni adalah lembu yg paling berisi compared to others...
kami di port garden alhamdulillah dapat buat 12 ekor lembu korban..
so..., this one is the biggest one... :)
agak sukar ditumbangkan...


so.., ape pulak yg membuatkan sy berasa suuungguh happy ye???
alhamdulillah td dapat menolong kat surau....
mmg x dinafikan.., bila kita dtg menolong cmni..
ia dpt mengeratkan lagi silaturahim n hubungan sesama manusia..
ia juga mengajar kita erti kerjasama...
:)

ada lagi 1 perkara yg membuatkan sy happy..,
tp rasenye...
biarlah ia disimpan di dalam hati ini.....
hanya Allah dan saya mengetahuinya..... :)

tp mmg saya katekan..,
sy saangat happy hari ini......
moga tahun depan diri ini masih berkesempatan
untuk bertemu dgn hari raya Aidiladha ini lagi...
ak juga memohon agar ak diberi kekuatan utk istiqamah
dlm melakukan kebaikan dan amal ibadah kpdNya........
amiinnn~~~ insyaallah...

Tuesday, November 16, 2010

aidiladha is coming!!!

alhamdulillah...,
esok merupakan hari raya aidiladha...

harap2 dapat lah diri ini diberi peluang..,
untuk bertemu lagi dgn hari esok...
agar diri ini dapat menunaikan solat sunat aidildha......
em..., engat esok nak pergi menolong kat surau...
insyaallah pergi....
nak tengok lembu kene sembelih mcm x sampai hati....
kan x elok untuk kita ada perasaan sebegitu untuk haiwan korban...
sooooo..., adalah lebih baik pergi menolong kat surau....
betul x???
hehe

semalam merupakan hari wukuf di Arafah...
seperti yang kita tahu..,
itu merupakan hari kemuncak untuk setiap jemaah haji...
cakap pasal haji...
diri ini juga teringin untuk pergi ke sana.....
moga2 diri ini diberi kesempatan dan peluang untuk menjadi tetamuNya
suatu hari nanti...
amin~~~ ^-^

byk manfaat yang boleh kita dpt jika kita berpuasa pada hari ini
yang bersamaan 16Nov2010 (9Zulhijjah1431H)

Puasa hari ‘Arafah ialah puasa sunat pada hari kesembilan Dzulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji.

Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang, sebagaimana hadith yang telah diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari ra:

Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Manakala bagi mereka yang melakukan ibadah haji pula adalah disunatkan untuk tidak berpuasa pada hari ‘Arafah dan adalah menyalahi perkara yang utama jika mereka berpuasa juga pada hari itu berdasarkan apa yang diriwayatkan dari Ummu al-Fadhl binti al-Harith:

Ramai di kalangan sahabat Rasulullah SAW yang ragu-ragu tentang berpuasa pada hari ‘Arafah sedangkan kami berada di sana bersama Rasulullah SAW, lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas yang berisi susu sewaktu Baginda berada di ‘Arafah lantas Baginda meminumnya. (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Juga daripada hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:

Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada Hari ‘Arafah bagi mereka yang berada di ‘Arafah. (Hadith Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’ie; at-Thabrani dari Aisyah rha) [1]

Disunatkan juga berpuasa pada hari ke 8 Dzulhijjah di samping berpuasa pada hari ‘Arafah (9 Dzulhijjah) sebagai langkah berhati-hati yang mana kemungkinan pada hari ke 8 Dzulhijjah itu adalah hari yang ke 9 Dzulhijjah (Hari ‘Arafah). Bahkan adalah disunatkan berpuasa lapan hari, iaitu dari hari yang pertama bulan Dzulhijjah hingga ke hari yang kelapan sama ada bagi orang yang mengerjakan haji atau tidak mengerjakan haji, bersama-sama dengan hari ‘Arafah.

Diriwayatkan dari Ibn Abbas ra:

Rasulullah SAW bersabda: “Tiada amal yang soleh yang dilakukan pada hari-hari lain yang lebih disukai daripada hari-hari ini (sepuluh hari pertama dalam bln Dzulhijjah).” (Hadith Riwayat al-Bukhari)

Dalam hadith yang lain yang diriwayatkan dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari beberapa isteri Nabi SAW:

Sesungguhnya Rasulullah SAW melakukan puasa sembilan hari di awal bulan Dzulhijjah, di hari ‘Asyura dan tiga hari di setiap bulan iaitu hari Isnin yang pertama dan dua hari Khamis yang berikutnya. (Hadith Riwayat Imam Ahmad dan an-Nasa’ie)

Adapun berpuasa pada hari Aidiladha (10 Dzulhijjah) dan hari-hari tasyrik (11, 12 dan 13 Dzulhijjah) adalah diharamkan berdasarkan hadith yang diriwayatkan dari Umar ra:

Bahawasanya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada dua hari, iaitu ‘Eid al-Adha dan ‘Eid al-Fitr. (Hadith Riwayat Imam Muslim, Ahmad, an-Nasa’ie, Abu Dawud)

Serta hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:

Rasulullah SAW telah mengirimkan Abdullah Ibn Huzhaqah untuk mengumumkan di Mina: “Kamu dilarang berpuasa pada hari-hari ini (hari tasyrik). Ia adalah hari untuk makan dan minum serta mengingati Allah.” (Hadith Riwayat Imam Ahmad, sanadnya hasan) [2]

Allahu a’lam bisshawab..

——————————————————

[1] al-Imam as-Syaf’ie rh berpendapat; “Disunatkan puasa pada hari ‘Arafah bg mereka yang tidak mengerjakan ibadah haji. Adapun bg yang mengerjakan ibadah haji, adalah lebih baik untuknya berbuka agar ia kuat berdoa di ‘Arafah.” Dari pendapat Imam Ahmad rh pula; “Jika ia sanggup berpuasa maka boleh berpuasa, tetapi jika tidak hendaklah ia berbuka, sbb hari ‘Arafah memerlukan kekuatan (tenaga).” Begitu juga dengan para sahabat yang lain, lebih ramai yang cenderung untuk tidak berpuasa pada hari ‘Arafah ketika mengerjakan ibadah haji

[2] Ulama Syafi’iyyah membenarkan untuk berpuasa pada hari tasyrik hanya untuk keadaan tertentu seperti bersumpah, qadha puasa di bulan Ramadhan serta puasa kifarah (denda). Puasa tanpa sebab tertentu pada hari-hari ini (puasa sunat) adalah ditegah.

sumber: http://kdi2.wordpress.com/2006/06/01/puasa-arafah/

Wednesday, September 8, 2010

ketupat oooo ketupat

[sndri buat...ade nmpak plik x???]



[ayah buat.., cntik kn???]


smlm bru blaja buat ketupat
haha bru skrg nk blaja...tp xpe kn....coz masih x terlambat lg....
ade gak usaha tuk belajar.....
kita kn dtuntut tuk sntiasa mnuntut ilmu.....hehe ^_^

cube tgk.., pic kiri n knan.....agak2 apa bezanya ye???? hahaha
tp mmg agak kcoh la blaja wat ketupat smlm tu....haha
alhamdulillah akhirnya dpt gak blaja wat ketupat...
so sape2 agak2 nk tmpah ketupat leh la tempah ketupat kami...haha :P

Monday, September 6, 2010

raya~~~

skrang da 6sept2010...tggl agy 3 ary je lg tuk kiter berpose....
smua org sibuk mngemas rumah.., mngecat rumah la.., wat ktupat(bkn mengumpat ye..) hehe...
sibuk nk mmasak terutamanya...yela nk raye t ramai sdare mare nk dtg rumah semua...soo.., kena la masak lebih....seronok mmg seronok...tp jgn dilupa pada mereka yg telah pergi....n yg pling penting.., Ramadhan da nk smpai penghujung..marilah kita pertingkatkn lagi amal kita tuk merebut keberkatan bulan Ramadhan ini....blom tentu lagi tahun hadapan kita akan bertemu lagi dgn bulan Ramadhan pnoh rahmat ini.........