Bismillahirrahmirrahim...
Alhamdulillah program tamat. Sekarang kena buat laporan pulak. Semasa tempoh persediaan sebelum berangkat pergi, kami seolah-olah berada di bawah tekanan yg memuncak. Mujur segalanya masih dapat diselesaikan.
Perjalanan dari Bangi ke Pahang sahaja sudah mengambil masa 5 jam (9.30am - 2.30pm). Tiba sahaja di sana kami di sambut meriah oleh penduduk kampung Ganchong. Sebenarnya program terbahagi kpd 3 kawasan (Ganchong, Bukit Kenau, Pulau Manis). Jadi, pameran dan klinikal kami juga akan berada di 3 kawasan tersebut mengikut hari yang telah ditetapkan. Pemeriksaan dari rumah ke rumah juga turut ada. Seronok dapat turut serta pemeriksaan kesihatan rumah ke rumah. Sedikit sebanyak dapat melatih serta memberi pengalaman buat diri sendiri untuk berurusan dengan pesakit.
Banyak yang dapat dipelajari sepanjang tempoh berada di sana. Banyak juga ragam manusia dapat dilihat. Antaranya::
- Setiap orang itu perlu untuk bekerjasama terutamanya pabila dalam pasukan yang besar di mana ia menuntut kita untuk memberi komitmen yang lebih. Dalam pasukan yang kecil juga kerjasama itu perlu ada. Tidak perlu untuk kita saling menunjuk siapa hebat. Ikutilah slogan 'wonderpets', "apa yang penting??? KERJASAMA."
- Kena cepat dan pandai menyesuaikan diri dan membawa diri dengan situasi yang baru. Bagi yang tak biasa dengan suasana kampung, makanan orang kampung, kenala pandai-pandai adjust diri.
- Kemudian kalau dah tahu kita datang tempat orang tak tahu selok belok jalan di tempat orang, pandulah dengan cermat ingatlah orang yang tersayang.(ibubapa)
- Bagi mereka yang sebelum ini tak biasa bawak basikal ke tak ada lesen motosikal atau kereta ke, tak perlu la pulun nak bawa basikal/motosikal/kereta keluarga angkat. Dikhuatiri apa-apa terjadi macam rosak ke apa ke kan nanti sendiri jugak yang susah.
- Kalau nak minta tolong/bantuan dari orang lain cakapla dengan cara yang elok. Kan lebih manis. Tak ada la orang lain sakit hati atau kita cuba menambah dosa untuk orang lain.
Tidak kurang juga dengan berbagai hal yang berlaku sepanjang program berlangsung. Kesabaran diuji. Kadang diri ini tertewas. Arrgggh....Moga apa yang berlaku dan apa yang aku lihat dapat membuka mata serta mematangkan aku tentang ragam dan fi'il manusia.
p/s:: Sesungguhnya orang yang menang adalah mereka yang dapat mengawal kemarahannya ketika dia sedang marah.
tahniah!!! akhirnya sempurna satu projek anda... hehe... hari last ahad tu balik kl jln jem x?
ReplyDeleteya!!!!! hoooray!!!! tp laporan x start2 lg buat...huhu erm..., ari ahd ea??? a'ah kitorg smpai ktsn pn kul 12.30mlm..supposely perjalanan 5jam cmtu je...tp ritu smpai 7jam..ish3...
ReplyDelete