Thursday, June 16, 2011

new mission!!!!

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum, selamat sejahtera, salam 1 Malaysia, dan selamat malam. ^-^

Sebenarnya aku ada beberapa misi untuk cuti panjang ini. Tak tahulah boleh selesaikan semua atau tak. Untuk belajar bahasa Mandarin, kalau tak bulan 5 hari itu dah mula dah belajar di Kolej Komuniti (kat Kolej Komuniti murah sket bayarannya. 10 hengget untuk 2 bulan. Siapa yang tak mau! Hehe). Tapi masa tu register secara on phone je. Bukan secara bertulis, jadi dia tak terima coz mereka utamakan yang berdaftar secara bertulis. Isk3...Sedih2.. T.T Jadi, nak cuba register lagi sekali untuk bulan Julai. Hopefully dapat. Nak register tulis borang banyak2 kali hantar kat dia. Baru dia nampak nanti. Haha~

Ok la ambil kesempatan kejap untuk mempromosikan kursus pendek di Kolej Komuniti. Sebenarnya kolej komuniti ni tawarkan macam-macam kursus untuk disertai tak kira had umur. Siapa je yang berminat boleh join! Macam dulu lepas habis matrikulasi, aku ada join tapi kursus tu under lembaga kemajuan penduduk luar bandar. Itu lagi macam-macam kursus disediakan and bayarannya FREE! :)) Laman web dia tak ingat la plak. Coz kat laman web dia kita dah boleh register and check jadual kelas semua. Macam dulu, aku sempat join kursus menjahit selama 5 hari kat politeknik, JB. Cerita lanjut di bahagian 3 Jun to 7 Jun 2010..... :))

Memandangkan kelas bahasa Mandarin ditangguhkan, nak belajar buat cross sticthes la plak.

orang kata:: Cross sticthes????!!! Mcm outdated je?
saya kata:: A.A.K (ada aku kesah??) haha~

Dulu masa cross sticthes ni berada di zaman puncak kegemilangan tak terdetik plak rasa nak belajar. Huhu, sekarang baru tiba-tiba rasa nak belajar. Tak pe, biar lambat asalkan nak jugak belajar. Haha apa benda kata-kata hikmat la yang aku buat ni. :PP

Siang tadi keluar pergi hospital dengan mak melawat orang baru lepas bersalin. Kiuuuuuuuuuuutnya baby dia!!! Nak pegang! Tapi baby tu di balik cermin. Huhu. Ok kembali pada cerita asal cross sticthes. :P Yes!!!!! Lepas dah pergi melawat tu, ada ternampak kedai bunga. Singgah di kedai bunga, misi mencari cross sticthes dimulakan!! Jumpa dan beli! Ok, misi menyiapkan cross sticthes akan dimulakan esok. :))


1. Masukkan benang bulu kambing ke dalam jarumnya.
2. Jahitlah dengan hati yang tenang dan tidak serabut.
3. Ikut dan kira kotak yang disediakan itu betul2 supaya tak tersalah buat!
4. Selesaikan cross sticthes dengan senyuman. Hihi :P
5. PALING PENTING! Pastikan anda telah photostat kertas kiraan cross sticth itu. Boleh dijadikan back up in case, kertas yg asal tu lunyai dek kerana ditanda dan dibulat-bulatkan oleh anda untuk mengira kotak-kotak tu tadi.



Ni contoh cross stitch yang dah siap.


"Ya Allah, Kau lapangkanlah hatiku agar mudah untuk menerima dan mempelajari ilmuMu"

No comments:

Post a Comment