Tuesday, May 10, 2011

Learn additional language



Bismillahrrahmanirrahim.

Cuti semester yang sangat lama telah pun bermula! From 1 May till early of September..! Need to arrange and use that time wisely. Sesungguhnya apa yang kita lakukan di dunia ini akan dipersoalkan Allah kelak. Jadi, kita tak boleh buang masa dengan melakukan perkara yang sia-sia. :)

Oleh itu, target untuk cuti kali ini, ingat nak tambah penguasaan bahasa (bahasa Mandarin). Kenapa nak belajar bahasa Mandarin??? Sebab, pengalaman kerja yang lalu membuka mata saya that we need to have something extra in our skills. Penguasaan bahasa selain bahasa Melayu or English is a part of it.




This is REALITY!!!

Masa lepas SPM dulu pergi interview kerja sana sini dan kebanyakannya prefer untuk ambil pekerja Chinese. Tambahan pula dengan penampilan bertudung, itu lagi menyukarkan untuk mereka mengambil kita bekerja. Alhamdulillah dapat juga kerja. Saya kerja di sebuah kedai kasut yang semua pekerjanya terdiri dari kaum Cina. Pada masa itu, hanya saya seorang pekerja MELAYU beragama ISLAM. Ada yang seolah-olah memandang rendah pada orang Melayu, beranggapan kita tak boleh buat kerja betul-betul, malas dan sebagainya. Saya ambil ia sebagai satu cabaran dalam diri. Alhamdulillah saya berjaya buktikan bahawa bukan semua Melayu itu sebegitu.

Dan pernah suatu ketika seorang supervisor area bertanya kepada saya sendiri "boleh tak kalau dalam waktu kerja u buka tudung? Hanya waktu kerja. Luar waktu kerja u boleh pakai balik u punya tudung."

Astagfirullahalazim.

Tersentak saya mendengar pertanyaan sebegitu. Setelah menerangkan kepada beliau, beliau akur. Terima kasih ya Allah kerana Kau beri aku kekuatan agar aku terus mentaatiMU. Alhamdulillah aku masih dapat mempertahankannya.

Dari interview-interview yang telah saya lalui, dari situ aku nekad ingin belajar bahasa Mandarin. Aku tak nak mereka memandang rendah lagi pada orang Melayu+beragama Islam+bertudung. Pada Muslim dan Muslimat pula diminta peliharalah Islam itu betul2. Jangan kita sekadar Islam pada nama. Juga peringatan untuk diri sendiri.


Kesimpulan::
  • Memang benar pengalaman itu amat berharga dan merupakan guru yang terbaik dalam menjalani kehidupan.
  • Untuk berjaya/maju ke hadapan/tidak dipandang rendah, kita perlu menambah ilmu dan juga kemahiran dari masa ke semasa


** maaf jika ada terkasar bahasa

1 comment:

  1. keep it up cik wawa! i support u always... hehe.. cuti semester penuhkan tool bag!! =)

    ReplyDelete