Wednesday, May 18, 2011
Edisi Istimewa:: Aku Terima Nikahnya
Bismillahirrahmanirrahim. :)
Alhamdulillah. Akhirnya berjaya jugak habiskan buku ni. Walaupun dok tahan-tahan tak nak baca dulu sebelum habis semua paper exam. Tapi, rasa nak membaca kandungan dalam buku ini sungguh menebal. Exam tak habis lagi, dah start baca. Hehe :P Tapi ada limit and timing. Nanti addicted. Buku pelajaran plak entah ke mana. Hehe.
Buku ini merupakan kompilasi kepada 3buah buku Ustaz Hasrizal Abdul Jamil iaitu Aku Terima Nikahnya, Bercinta sampai Ke Syurga dan Murabbi Cinta. Buku ini dibeli dengan cara menulis nama pada sehelai kertas di mana kertas itu diedar-edarkan dalam dewan kuliah. Pada mulanya, ada rasa malu coz tajuk bukunya. Fuhh bukan main. Hehe. Tapi bila fikir balik, aku nakkan ilmu. Jadi untuk apa nak malu selagi ilmu itu tak mendatangkan mudarat. Malah persediaan untuk diri atau boleh dikongsikan ilmu dengan orang lain pula. :)
Pada pendapat saya buku ini memang bagus dan wajib dibaca. Mula-mula baca, cerita pasal Ustaz Hasrizal aje. Rasa macam tak best la pula coz tak macam apa yang saya expect. Tapi bila dah lama membacanya, perjalanan hidup Ustaz Hasrizal yang dimuatkan dalam bentuk penulisan sedikit sebanyak dapat membuka mata serta minda. Mungkin selama ini sesuatu hal itu kita anggap biasa tapi sebenarnya bisa membawa perubahan dalam diri seseorang. :)
Saya tertarik yang Ustaz Hasrizal memberi fokus bahawa hubungan perkahwinan itu adalah "erti pada memberi". Its good. Kalau kita dah set dalam mind yang kita nak memberi insyaAllah tak ada timbul isu mengharapkan balasan kerana kita ikhlas untuk memberi. :))
Lagi satu, mempraktikkan anak-anak ditemani cerita sebelum tidur. Sedikit sebanyak kita dapat menyuntik nilai-nilai yang baik apabila kalimah-kalimah yang elok diserap masuk ke minda separa sedar anak-anak yang baru memejamkan mata. Memberi kesan positif untuk anak dan ibu bapa.
Em, kalau nak cerita banyak lagi yang nak diceritakan. Rasanya sampai sini jela. Amat digalakkan untuk kalian membelinya. Tak rugi. Moga bersama-sama mendapat manfaat dariNya. :))
Labels:
buku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment