Solat fardhu itu ada 5.
- Subuh,
- Zohor,
- Asar,
- Maghrib dan
- Isyak.
5 je. Bukannya 50 pun kawan. =)
Oleh itu, peliharalah solat fardhu itu sebaik yang mungkin. Tunaikanlah solat itu di awal waktu. Adalah lebih baik jika didirikan secara berjemaah.
Kenapa kita perlu jaga solat kita?
Sebab itu adalah perintah Allah dan sebagai tanda kita patuh pada perintahNya. Dan melalui solat juga dapat membentuk diri agar lebih disiplin dengam masa. Solat juga adalah perkara pertama yang akan dihisab.
"Akak, abang, pakcik, makcik, atok, nenek dan semua yg bergelar Muslim jangan tinggal solat fardhu tau. Nanti Allah marah.", kata adik ini.
Same goes to solat Jumaat. Solat jumaat adalah solat yang wajib didirikan bagi LELAKI terutamanya yang perlu ditunaikan dalam waktu solat zohor setiap hari Jumaat. Sangat menyedihkan apabila melihat ramai lelaki yang memandang ringan perkara ini. Ada lelaki tanpa segan silu+tanpa rasa bersalah pergi membeli-belah semasa solat jumaat sama ada secara bersendirian mahupun bersama keluarga! (sedangkan masjid tu ada kat depan pusat beli belah itu sahaja). Hal ini berlaku tanpa mengenal usia. Yang muda, yang dah berumur pun turut sama tidak menghadirkan diri untuk ke solat Jumaat. Sibuk sangat ker? Kalau anda nak kata diri anda tu sibuk sangat, cuba muhasabah. Adakah insan yang lebih sibuk daripada nabi Muhammad saw? Baginda memperjuangkan isu ummah dan jihad untuk Islam. Anda? Sibuk lagi? Nak kata baginda tu nabi. Aku ni hanya insan biasa. So? Tak nak cuba challenge diri untuk mengikut personaliti nabi? Tak nak ikut jejak langkah baginda? Dah tau diri kita ni tak sehebat nabi dan tidaklah dijanjikan syurga seperti baginda, masih ingin tinggalkan solat yang wajib? Sesibuk mana pun diri anda, luangkan sedikit masa untuk pergi tunaikan solat Jumaat itu. Bagi negara lain saya kurang pasti. Tapi di Malaysia ini, nak kata company/sekolah/institusi pengajian tak bagi rehat, rasanya rehat untuk hari Jumaat adalah lebih lama berbanding hari yang lain. Betul tak? Jadi, tak ada alasan untuk tak pergi solat jumaat ok.
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila telah diseru untuk melaksanakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahuinya (9).
Apabila solat telah dilaksanakan, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak agar kamu beruntung (10).
Dan apabila mereka melihat perdagangan atau permainan, mereka segera menuju kepadanya dan mereka tinggalkan engkau (Muhammad) sedang berdiri (berkhotbah). Katakanlah, 'Apa yang ada di sisi Allah lebih baik daripada permainan dan perdagangan,' dan Allah pemberi rezeki yang terbaik (11)."
[Surah Al-Jumuah: 9 - 11]
Solat fardhu itu WAJIB. Peliharalah ia. Tunaikan ia kerana Allah Taa'la.
"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan."
* Maaf jika ada yang kurang. Mohon teguran dan tunjuk ajar. TQ. =)
No comments:
Post a Comment