Sempena cuti yang panjang ni, marilah kita menambah ilmu. Tak kisah la ilmu apa pun selagi ianya tidak menyimpang dari landasan syarak. :) Jadi, seperti yang saya ada terangkan sebelum ini, kolej komuniti ada menawarkan pelbagai kursus pendek yang semua golongan boleh join(dari umur 9 tahun ke atas). Amat mengalu-alukan untuk golongan muda untuk menyertainya. Sekurang-kurangnya jika kita ada skil2 kemahiran ini, kalau la lepas grad tak dapat kerja lagi ke, boleh la berniaga kecil-kecilan. Macam ambil tempahan jahit langsir ke buat kek hantaran ke cupcakes or etc. At least, tak ada la jadi penganggur terhormat macam tu aje. Or kalau dah dapat kerja pun, boleh jadi sebagai income tambahan. :)
Baru-baru ni alhamdulillah diberi kesempatan untuk mengikuti kelas pembuatan kek & coklat. Yurannya MURAH & BERBALOI. Seperti kelas yang saya ikuti ini 3 kali kelas=RM24. Ok la tu. Tak la seberapa untuk dibandingkan dengan ilmu yang nak diterima tu.

p/s:: Carilah ilmu selagi terdaya.
Tidak lah RUGI jika orang itu berILMU.
Dan tidaklah RUGI jika orang yang berILMU itu berkongsi ILMU.
:]
Tidak lah RUGI jika orang itu berILMU.
Dan tidaklah RUGI jika orang yang berILMU itu berkongsi ILMU.
:]
**Tomorrow cupcakes class~ :]]
No comments:
Post a Comment