Friday, February 10, 2012

.: Chocholate Quotes :.

Bismillahirrahmanirrahim.




Bertunang?? Bila??


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah masih dapat bernafas di muka bumi Allah bersama kurniaan nikmatNya kepada kita semua. Erm.., ada terbaca satu artikel ni..rasa menarik. Jadi, sekadar nak berkongsi artrikel ni dalam blog ini. :))
 

"Arrangement 'family'...", itu jawapan mudah saya bila ditanya oleh sebilangan rakan-rakan dan pensyarah sewaktu kad walimah diedarkan. Bagi sahabat atau pendidik yang sefikrah, mereka sudah semestinya tahu 'sistem'nya, warna 'hijau' pada kad seolah-olah mengesahkan.

"Bila tunangnya?" tanya seorang rakan.

Antara soalan 'kegemaran' rakan-rakan dan pensyarah saya adalah mengenai tarikh pertunangan saya. Maklumlah, ribut tak melanda, angin tak bertiup, pokok pun tak pernah bergoyang 'memberitahu'. Tiba-tiba, kad sampai.


Menyimpan pengkhabaran mengenai pertunangan itulah cita-cita saya bagi membezakan dua perkara : Sifat orang kebanyakan dan sifat orang-orang ditarbiyyah. Biarlah ada antara mereka terkejut, (tak kurang juga ada peminat yang kecewa gembira, hehe...) , memelihara baitul muslim yang bakal terbina itu lebih utama bagi saya.

Sekadar pendefinisian awal bagi memudahkan kefahaman pembaca, yang dimaksudkan dengan sifat orang kebanyakandalam konteks ini adalah gembira dengan pertunangan dan perkahwinan yang bakal dilangsungkan, siapa tidak gembira dengan sebahagian 'nikmat syurga yang disegerakan' itu. 

Namun, bagi orang-orang yang ditarbiyyah, keseronokan yang menjadi fitrah itu seharusnya tidaklah perlu dipertontonkan (kerana sudah semestinya kita semua telah sedia maklum), sebaliknya, menginsafi kejadian diri dan sentiasa bermuhasabah, "Adakah diriku ini benar-benar telah menjadi individu muslim yang sejati?" atau "Apakah aku telah bersedia untuk menjadi seorang suami seorang muslimah?". 

Walau bagaimanapun, ber-'wasati' (mengambil pendekatan pertengahan antara keduanya - pinjam 'word' Ust Zaharuddin) itu adalah yang terbaik. Jika kita menunggu jawapan 'ya' dari diri sendiri (kerana meraikan permuhasaban diri ke arah baitul muslim), nescaya fitrah pernikahan langsung tidak diraikan kerana risaukan tanggungjawab itu, tetapi jika tidak menginsafi kerana terlalu seronok dengan 'nikmat' itu, maka rugilah kita yang tidak menyedari dimanakah keutamaan yang sebenar.


RAHSIA PERTUNANGAN

Rasulullah SAW bersabda :
“Rahsiakan pertunangan dan war-warkan (maklumkan) tentang perkahwinan” 
(Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)

Kekadang diri kehairanan melihat umat akhir zaman meninggalkan pesanan Rasulullah s.a.w dalam bab merahsiakan pertunangan ini. Zaman sekarang pertunangan sahaja sudah dihebahkan seakan majlis perkahwinan. Meriah dan publisitinya usah dikata. Media dan akhbar menjadi penyiar berita yang menglebarkan lagi perkhabaran peristiwa tersebut. Belanjanya juga tidak kurang hebatnya, semua orang yang dikenalinya dijemput hadir menyaksikan dan menjamukan hidangan yang disediakan.

Ada juga yang menggunakan networking dalam internet seperti friendster dan facebook sebagai medium penyebaran hari bersejarah dalam hidup mereka ini. Diletakkan gambar pertunangan merata-riti buat tontonan umum tanpa perasaan gundah bahawa ikatan itu bukanlah suatu yang pasti terjadi.

Cincin disarung kejari menjadi lambang bahawa dirinya telah pun dipinangi orang. 


ISLAM ITU INDAH MEMELIHARA MARUAH

Islam amat menitik beratkan maruah peribadi seseorang . Dalam maqasid syariah, maruah, keturunan atau zuriat berada pada tangga keempat selepas Agama, Nyawa dan Akal. Selepas maruah, disusuri pula dengan harta.

Islam menyuruh kita merahsiakan pertunangan kerana pertunangan itu bukanlah suatu ikatan mutlak dan kekal sebagaimana perkahwinan. Ia merupakan perjanjian awal kepada suatu ikatan yang menghalalkan hubungan. Justeru, dalam pertunangan adab-adab sebagai orang asing tetaplah harus dijaga. Walau bagaimanapun, disana ada sedikit kelonggaran berhubung dalam beberapa hal seperti berurusan membincangkan majlis perkahwinan akan datang dan sebagainya.

Oleh kerana ikatan pertunangan itu bukan merupakan suatu yang pasti, justeru Islam memelihara maruah pasangan-pasangan ini agar ia tidak menjadi buah mulut orang tatkala ikatan yang cuba dibina itu terputus ditengah jalan. Lebih-lebih lagi maruah si anak dara, teramat perlu dijaga kerana ia bakal disunting oleh si kumbang yang lain pula. Bayangkan jika berita terputus pertunangan ini tersebar ke merata tempat. Bagaimana perasaan dan kecurigaan yang bakal timbul kepada si kumbang baru yang ingin melamar si bunga yang telah disebut ramai akan peristiwa luka yang kadangnya bukan merupakan kesilapannya.

Sungguh indah Islam ini, menjaga dan memelihara pelbagai aspek dalam kehidupan. Hatta suatu yang akan datang, telah diambil langkah berjaga-jaga diperingkat awal lagi. 

daripada:: muslim 24 jam

*Moga  mendapat manfaat*

Friday, January 20, 2012

Tahukah kamu wahai Adam..?

Bismillahirrahmanirrahim.


TAHUKAH KAMU WAHAI ADAM.. ?

♥ Seorang muslimah yang tak melayan lelaki apabila ditegur janganlah kau kata dia sombong ,
♥ Seorang muslimah yang tiada teman lelaki ,janganlah kau kata dia tak laku ,
♥ Seorang muslimah yang tegas dalam memelihara prinsip aurat , janganlah kau kata dia kolot ,
♥ Seorang muslimah yang tak pandang kau tika bersemuka , janganlah kau ingat kau hensem sangat sampai dia takut nak pandang , -_-"

TAHUKAH KAU WAHAI ADAM ,

♥ Apa yg ada di sebalik sekeping hati muslimah itu ?
♥ Ketahuilah , dia sedang berjuang memelihara hati engkau supaya tegar meletakkan Allah di atas singgahsana dalam hatimu .
♥ Dia mahukan engkau , menjadi mujahid yang sibuk menegakkan kalimah haq berbanding melayani hawa nafsumu .
♥ Betapa dia sangat takut andai dirinya menjadi punca kelalaian hatimu dalam menunaikan haq Allah .
♥ Betapa dia sangat takut andai dirinya mengkhianati haq Allah dgn mengambil alih singgahsana Allah dalam hatimu.




Saya juga turut tertarik dengan kata-kata dari seorang sahabat di FB.


"Statement jujur yang husnuzon: Rupanya saya ni takde teman wanita (girlfriend/makwe/awek) bukan sebab tak laku, tapi sebab Allah nak lindungi saya dari buat maksiat.."





*Berusaha memelihara hati sebaik yang mungkin 
untuk diberi hanya pada yang berhak*

Menjawab isu HUDUD dgn BERHIKMAH


Bismillahirrahmanirrahim.


‎"Kenapa Islam minta potong tangan orang yang mencuri? Tidakkah itu sangat kejam?" soal lelaki German itu dengan nada separuh provok dan ingin tahu.

Suasana menjadi diam seketika.

Tengahari itu kami berehat sebentar melepaskan lelah setelah travel beratus kilometer ke kuala lumpur. Sebelah petangnya ada lagi 2 program besar menanti dan perlu berada semula di Perak pada waktu Isya sebelum meneruskan ekspedisi dakwah ke bumi Kedah keesokan harinya.

Peluang berehat seketika itu memang sangat mustahak demi mengekalkan kesegaran untuk mengharungi jadual padat kami pada hari itu.

Di saat berehat itu, kami didatangi seorang lelaki Eropah, memperkenalkan dirinya sebagai Frank Michel. Rupanya beliau merupakan fisrt secretary kedutaan German di Malaysia. Beliau menghampiri kami kerana tertarik kepada lambang jemaah Islam yang tertera di jaket yang kami pakai.

Peluang keemasan ini kami gunakan sepenuhnya untuk menerangkan dasar Islam serta polisi jemaah dakwah kami ini. Ternyata beliau seolah-olah mendengarnya buat kali pertama.

Kami tidak hairan dengan keadaannya itu. Maklumat sebenar Islam telah lama disorokkan, hanya perkara berkaitan solat, puasa, haji dan zakat sahaja yang sering dikaitkan dengan Islam, sedangkan Islam itu adalah cara hidup dan lebih dari 5 rukun Islam itu sahaja.

Justeru, soalannya berkaitan dengan perkara selain 5 rukun Islam terutamanya berkaitan hukum hudud sudah boleh dijangka bentuk nada soalannya.

Setelah diam buat beberapa ketika, saya membalas soalannya dengan nada yang sangat lembut dan senyuman yang tidak lekang di bibir, " soalan anda itu sangat menarik!". Saya menunjukkan minat kepada soalan provokasinya itu.

"Dalam Islam, kita mengutamakan keadilan. Kepada siapa sahaja, samada seorang lelaki atau wanita, kanak kanak atau dewasa, sihat atau sakit, tanpa mengira kaum dan warna kulit" saya memulakan muqaddimah. Dia mendengar dengan penuh minat sambil mengangguk angguk kepala.

"Begitu juga keadilan bagi orang telah kehilangam barangnya kerana dicuri. Haknya perlu dibela. Keadilan perlu ditegakkan" saya mula masuk ke topik perbincangan.

Tiba-tiba lelaki German itu mencelah, " Betul, saya setuju keadilan perlu ditegakkan. Tapi takkanlah sampai kena potong tangan? " soalnya lagi.
Saya tersenyum. Teringat perbincangan dalam kelas Syariah saya tempoh hari dalam madah Siasah Syariah. Suasana hampir serupa kerana kami telah mensimulasikan suasana dialog seperti ini dalam kelas. Lucu juga rasanya bila tiba tiba terbayang lelaki German di hadapan saya sekarang ini seperti kawan sekelas yang merupakan orang Banjar berasal dari Bagan Serai!

Saya mengawal semula eksperisi muka agar kelihatan tenang dan tidak menyinggung perasaan lelaki German itu.

"Tuan, salahkah doktor kalau dia mengarahkan pesakit Diabetis untuk dipotong kakinya? Jika tidak salah, mengapa? " soalan retorik dilontarkan.

Cepat-cepat lelaki German itu menjawab, "sudah tentulah tidak salah. Sebab doktor itu tahu apa yang terbaik untuk pesakitnya. Dia ahli dalam bidang perubatan"


Saya bertanya lagi, "eh, bukankah kaki itu sangat berharga dan penting untuk kegunaan seharian?"

"Memanglah penting, tapi ia sudah berpenyakit, jika tidak dipotong, akan merebak dan membahayakan anggota lain pula. Silap silap membawa maut pula" petah lelaki German itu menjawab.


Saya sekali lagi tersenyum. Alhamdulillah, sudah nampak sinar di hujung dialog ini.

Segera saya menyambung bicara, " Jika demikian, begitulah dengan si pencuri tadi, dia adalah seorang manusia yang "berpenyakit." Dan ubat kepada sakit itu ada pada pembuat manusia itu, iaitu Allah. Dan Allah tentukan bahawa cara mengubatnya ialah dengan memotong tangan si pencuri. "

"Tapi kenapa perlu potong, tak bolehkah jika kita penjarakan sahaja. Tangan tu penting untuk kegunaan seharian." bentaknya.


Saya tenang mendengar respon spontannya.

"Tuan, jika dalam kes diabetis tadi, bukankah doktor itu tidak salah apabila memotong kaki peskitnya, begitulah dengan kes curi ini. Ia jika dibiarkan akan membarah, akan menggangu ketenteraman anggota masyarakat yang lain. Dan yang menariknya, bukan semua kes curi kita akan potong tangan. Barang curian yang terdedah kepada curian seperti ditinggalkan di tempat terbuka, harga barang curian yang murah seperti gula gula seringgit, keadaan masyarakat yang dhorurat seperti kebuluran yang melampau, semua ini tidak tergolong dalam kes potong tangan apabila mencuri." panjang lebar saya terangkan.

Lelaki german itu kelihatan terkejut dan kemudiannya nampak kelegaan di wajahnya. Kelihatan sangat puas dengan jawapan yang diberikan. Maklumat ini tidak pernah dia dengar dari media perdana. Senyuman terukir di wajahnya menghapus semua kerutan di dahi.

Saya menghabiskan sedutan terakhir air jus oren di depan saya dan bangum meminta diri ke Masjid kerana mahu menunaikan solat Jumaat. Tiba- tiba dia bangun menghalang, " Ustaz, boleh tak saya ikut serta ustaz ke masjid? " tanya penuh mengharap sambil memegang lembut tangan saya.

"Kenapa ya anda mahu ikut kami ke Masjid?" saya meminta kepastian.


"Saya mula berminat dengan Islam. Saya mahu belajar mengenai Islam." jawabnya penuh semangat.

Saya tersentuh dengan jawapannya. Terharu sehingga terasa bergenang air mata ini.

Saya merangkul tangannya erat seraya berkata, " Let's go my brother," dengan senyuman puas di bibir.

Hakimi,
Penolong Setiausaha,
Lajnah Antarabangsa Dppp

P/s : secoret pengalaman lajnah antarabangsa dppp yang diketuai oleh Dr Raja Ahmad Al Hiss (Naib Ketua Dppp)









*copy dari seorang sahabat.MOGA BERMANFAT*

Thursday, January 19, 2012

Untitiled

Bismillahirrahmanirrahim.

 
Ya Allah Ya Rabbi,

Ampunkanlah hambamu,

Yang selalu mendustakan janji,
Agar kelak ku x kan diseksa,
Kerna dosa2 masa dulu.

Allah,


Jatuh air mata ku,

Yang terus mengalir mengiring doa ku,
Allah yang Maha mengampuni,
Segala dosa-dosa hamba yang meminta.

Hanya mampu berdoa,

Moga maghfirah,
Tiba nanti.

Monday, January 9, 2012

Tahu, Mahu, Tak Mahu, Tak Tahu


Bismillahirrahmanirrahim.


Ada orang tahu, tapi tak mahu.
Ada orang tak tahu, tapi mahu.
Sesungguhnya yang terbaik adalah yang tahu dan mahu.


Maksudnya:: 


(Ada orang tahu, tapi tak mahu)
Jikalau dilihat dari konteks Islamnya, ada orang dia tahu, dia ada ilmu dan kefahaman agama. Tapi, dia enggan untuk berkongsi dengan orang lain. Pada dia ilmu dan kefahaman itu hanya untuk dia seorang. Moga kita bukanlah termasuk dalam golongan ini. 


"Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat"


Dan kadang-kala jika kita ingin sampaikan, tak semestinya kena or wajib untuk keluarkan dalil atau hadis. Jika perkara yang kita sampaikan itu boleh membawa manfaat dan kebaikan untuk orang lain, itu pun sudah memadai. 


Contohnya, kita menerangkan bagaimana nak meningkatkan Endorphin dalam tubuh badan. Endorphin itu adalah hormon dalam tubuh yang membantu untuk kita fokus dalam melaksanakan sesuatu. Tambah-tambah dalam minggu exam ini. Nak tingkatkan Endorphin???? Cara-caranya::

  • Makan coklat
  • Bersenam
  • Senyum dengan senyuman paaaaaaaaaling terbaik yang boleh anda lakukan

(Ada orang tak tahu, tapi mahu)
Lantaran sikap orang seperti ayat di atas, kasihan orang yang berada di ayat bawah. Di mana dia mahukan, dahagakan ilmu agama. Namun jika orang yang tahu dan faham itu tidak berkongsi, bagaimanakan mungkin untuk orang yang tak tahu, tapi mahu ini untuk memahami agama. Lantas, tiada atau sukar untuk perubahan berlaku dalam diri mereka. Atau mereka sekadar mengamalkan agama kerana orang lain pun buat sebegitu tanpa benar-benar memahaminya. Contohnya, mereka solat kerana orang sekeliling solat tanpa mengetahui mengapa kita perlu mendirikan solat sehari lima waktu. 


 Si A, "Pergilah beli buku atau pergi dengar tazkirah, bla, bla bla...". Ya. Memang mereka boleh cari buku, pergi dengar tazkirah. Tapi bukankah itu juga memerlukan untuk seseorang yang TAHU dan FAHAM untuk menulis buku tersebut serta orang yang TAHU serta FAHAM yang perlu memberikan penyampaian agar maklumat, info atau hukum yang diberi tidak bercanggah dengan apa yang telah Allah tetapkan. 


(Sesungguhnya yang terbaik adalah yang tahu dan mahu)
Golongan ini adalah yang sebaiknya kerana mereka bersama-sama ingin berkongsi ilmu serta kefahaman yang mereka ada. Tiada apa yang kita rugi jika kita berkongsi. Malah, Allah pasti akan menambahkan kebaikan dan keberkatan dalam hidup kita. Boleh rujuk surah At-Tahrim: ayat 6:


"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu...... "


Tak seronok la kalau kita masuk syurga sorang-sorang. Alangkah indahnya~ Jika mereka yang sentiasa di sisi kita sekarang ni macam mak, ayah, abang, kakak, adik, kawan-kawan, sahabat, semua mereka ni kita bertemu semula dalam syurga.  


:))


*Moga bermanfaat*


-cahaya.yang.satu-

Sunday, January 1, 2012

~2012 begin~

Bismillahirrahmanirrahim.


11:59:10 pm
11:59:09 pm
11:59:08 pm
11:59:07 pm
11:59:06 pm
11:59:05 pm
11:59:04 pm
11:59:03 pm
11:59:02 pm
11:59:01 pm
11:59:00 pm
12.00:00 am



Bermulalah tahun 2012 Masihi. Kebanyakan kita sering sibuk nak meraikan tahun baru Masihi. Tapi, sambutan Maal Hijrah sering kurang mendapat sambutan dalam kalangan umat Islam sendiri. Tak perlu tengok jauh. Kita boleh lihat dalam konteks negara kita sendiri. Mengapa ini terjadi? Program atau aktiviti yang dianjurkan tak best??? Aktivitinya bosan??? Kurang pendedahan? Atau kita sendiri yang tak nak join aktiviti sebegitu???? Siapa lagi yang akan bangkitkan kembali agama Islam jika bukan penganutnya sendiri. Fikir-fikirkan.


Aku paling tertarik dengan aktiviti JOM SANTAI BERSAMA GeMS yang dijalankan sebagai penutup tirai 2011. Program yang sangat bagus dianjurkan untuk generasi-generasi pelapis kita yang semakin tenat..!!! Dan untuk pertama kalinya dalam sejarah hidup aku, aku melihat cara sambutan tahun baru seperti yang dianjurkan program ini. Sebelum ini jika kita dengar sambutan tahun baru pasti terbayangkan akan konsert besar-besaran, melalaikan, zina bermaharajalela dengan lebih giat pada waktu ini. Bulan 9 nanti banyaklah bayi yang tidak berdosa dibunuh, dibiar, dibuang sesuka hati. Nau'zubillahi min zalik.






Apa yang berbeza untuk program ini ia mengenakan elemen untuk mendekatkan anak-anak muda dengan Islam. Yang paling best pengisian program waktu malam. Ceramah oleh USTAZ AZHAR IDRUS!! Bestnya!!! Bayangkan kehadiran pengunjung yang hadir untuk malam itu sahaja melebihi 70 000!!!! Whoooaa!!! Ramainya!!! Dan sejujurnya aku jeles sebab tak dapat pi sana. Tak apa, tak apa. Tak sabar nak dengar ceramah ulangan yang disampaikan Ustaz Azhar Idrus. 1januari2012 dan 2januari2012 pukul 9.00malam. Boleh klik sini. Jom dengar sama. :))


Pendekatan yang baik. Moga aktiviti sebegini diteruskan lagi di masa hadapan pada waktu-waktu macam hari kemerdekaan or valentines Day. :))




*Islam itu Indah*


Moga Allah memberkati & merahmati kehidupan 
kita semua pada hari ini dan juga hari-hari yang mendatang.


:))

~nukilan:: pena hatiku~