Saturday, March 2, 2013

Semester 2 Year 3

Bismillahirrahmanirrahim. 

Tadaaaa!! Again, new semester begin! Tahun 3 sudah. *rasa makin menua* Mungkin agak lambat sedikit update coz sekarang dah minggu kedua pembelajaran dah sebenarnya. Tak ape. Nak jugak tulis.

Soo.., subjects will be take for this semester are:

  • NNNK3025 Penempatan Klinik Ortopedik Dan Surgeri
  • NNNK3084 Pediatrik
  • NNNK3044 Terapi Carakerja Pediatrik
  • NNNK3064 Orientasi Dan Mobiliti

Semua kredit besor-besor. Harap semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkanNya. Doakan saya ye. 
Eh, mana boleh. Kalau memang gifted, itu lain cerita. 

 
Yes, I can!

Ilmu. 

Bayangkan cawan dan air. Anggap dirimu adalah cawan dan ilmu itu air. Air sifatnya mengalir. Tuangkan air ke dalam cawan. Tuang sahaja air itu berterusan. Walaupun cawan itu penuh, air masih mengalir hingga mencurah-curah, melimpah-limpah. Betul tak? Dari analogi ini, ia menunujukkan ilmu itu tak kan pernah habis. Lagi banyak yang kita belajar. Lagi banyak sebenarnya yang kita tak tahu. 

Yang penting, sebelum nak mulakan study niatkan dalam hati:
 

"sahaja aku menuntut ilmu kerana Allah Taa'la".

Moga sepanjang kita belajar itu, ia menjadi ibadah. Kan segalanya bermula dengan niat. Ibadah itu bukan sahaja tertumpu kepada solat dan puasa. Tapi semua aktiviti dalam kehidupan seharian kita itu adalah ibadah. Jika diniatkan kerana Allah. 

Ilmu perlu sentiasa dicari. Tiada had umur bagi menuntut ilmu. 

------------------------------------------------------

"Ya Allah moga Kau permudah, terang dan lapangkan hati ku agar mudah untuk menerima ilmuMu. Moga Kau kuatkan daya ingatan ku, daya kefahaman ku, kuatkan semangat ku untuk belajar bersungguh-sungguh dan berilah aku kekuatan untuk fokus ketika menuntut ilmu".

No worry. There will always be other ways.

"Obstacles dont have to stop you. 
If you run into a wall, dont turn around and give up. 
Figure out how to climb it, go through it, or work around it"


Nothing much to say. Ok bye, assalamualaikum. =)


@ cahaya.yang.satu @

No comments:

Post a Comment