Tuesday, April 24, 2012

Interview with a patient

Bismillahirrahmanirrahim.

(membersihkan sawang dan habuk yang dah melekat pada blog ini.. =P )

Agak lama aku tinggalkan blog. Kekangan masa dan assignment yang menimbun sedikit sebanyak menghalang niat untuk ber'blogging'. Ok, straight to the point. Tomorrow my badge gonna go to HUKM for some clinical practise. We are divided into 2 groups which one group will go for orthopedics interview and another group need to go for medical interview. And I am in the group for medical interview. =)  We need to interview the patients (prefer to pronounce them as client)! May Allah ease everything for my interview session with the client. So., just wanna share some tips/flow for history taking.

  1. Client demographics -background of the client (eg: age, marital status, where they live, etc)
  2. Chief complain - client main problem (eg: having numbness)
  3. Current illness - what illness they faced for this moment (eg: hyperthyroidism, diabetes)
  4. Past medical/surgical - eg: got any medical problem before/have or have not been through for surgical
  5. Medication- eg: does the client take medication? what type of medication?
  6. Allergies - eg: does client having allergies?
  7. Family history - family background (eg: whom do u stay with?)
  8. Social history- eg: how do u spend your leisure time?

That is some tips that I can share. TQ. =)




*Good history taking will help you solve the puzzle*


@cahaya.yang.satu@

Wednesday, March 14, 2012

Fakta Nasi Kerabu

Bismillahirrahmanirrahim.

Tiada nak cerita panjang berjela. Jadi, terus ke pokok cerita yang nak diceritakan.

Hari ini merupakan hari yang agak bersejarah untuk diriku (
cewaaah..). Sebab hari ini merupakan kali pertama saya makan nasi kerabu. Selama lebih 20 tahun aku hidup, inilah kali pertama saya benar-benar menikmati juadah itu. Dan ternyata. Nasi kerabu itu sedaaaap oooo..!!! Rugi siapa tak cuba (hehe ter'promote' la plak!) Tak tahu kenapa selama ini, tak pernah tertarik pun nak merasa makanan itu (mungkin sebab nasi kerabu tu ada letak budu..tak suka budu). Tapi, bila dah rasa, macam nak lagi! =P

Serius. Untuk sesiapa yang belum mencuba lagi makan nasi kerabu. Silalah mencuba. Jika tidak, anda pasti akan termimpi-mimpi akannya. =D


 
- Ini bukan nasi kerabu saya. (tak sempat nak tangkap gambar tadi sebab dah agak lapar)
- dan nasi kerabu itu sangat pedas (wajib ada air sejuk sebagai langkah berjaga-jaga. Takut tak tahan. :) ) 

Fakta:
- nasi kerabu itu sedap (tu pun kalau org tu pandai masak kot)
- Ia makanan yang sinonim dengan negeri Kelantan (siapa orang Kelantan angkat tangan! =P
- Kebiasaannya orang Kelantan walau ke mana pun dia pergi, dihidang makanan pelbagai sekali pun dan ada nasi kerabu. Pasti mereka akan pilih nasi kerabu. (erk~ fikir jap ni fakta @ auta ea? orang Kelantan sila jawab. =P)
- Kerabu = Sayur campuran. Ada daun kesum, daun pegaga, daun cekur dan daun keduk. (fakta yang ketiga ni saya copy n paste)


S.E.K.I.A.N
:D

** saya budak baru belajar makan nasi kerabu

@cahaya.yang.satu@

Monday, February 27, 2012

1st lecture of biomechanic for OT

Bismillahirrahmanirrahim.


Hari ini merupakan hari pertama kelas Biomekanik untuk Terapi Carakerja. Subjek ni merupakan subjek sesama untuk program Terapi Cara Kerja dan juga Fisioterapi. Setakat ni saya rasa subjek ni ok lagi. Menarik. Baru 2 slide. Tiba-tiba pensyarah suruh keluarkan  kertas.


Lecturer: Ok, now I want all of you take out one piece of paper. Write your name and matric number on it.


Ok, semua pun ambil kertas seperti yang dikatakan oleh pensyarah tadi. Alamak ada test ke? Tapi kalau nak ada test pun. Baru kuliah pertama kowt untuk subjek ni. Mana mungkin ada test pulak!


Lecturer: I want you to answer my questions. Just answer according to what you already know. 


First question.
What is the FIRST NEWTON LAW?


Second question.
What is the SECOND NEWTON LAW?


Third question.
What is the THIRD NEWTON LAW?


Fourth question.
What is the difference between MASS and WEIGHT? State the SI unit for each.


Fifth question.
How to measure strength? State the SI unit.


Perghhhh! Tiba-tiba keluar soalan fizik da...Dah berapa lama saya tinggalkan fizik. Lebih kurang 3 tahun. (Bajet lama sangat la tu =P ) Berpeluh jugak nak jawab soalan ni. Dok ingatkan balik apa yang telah saya pelajari dulu. Nasib baik dia saje nak test. Nak tengok kami ingat lagi ke tak. Habis berterabur susunan Newton Law yang saya jawab.


Berikut adalah jawapan saya untuk Newton's Law:


1. First Newton Law = Gravity ( Jawapan suka hati. Coz asyik ingat buah epal yang jatuh masa Newton duduk bawah pokok. Haha)


2. Second Newton Law = Unknown ( teeett..tak dapat ingat langsung T.T)


3. Third Newton Law = Inertia (Every action has reaction) [Suka hati nak main gabung-gabungkan Law]




True answer is: 
1. Inertia
2. Law of Acceleration
3. Every action has reaction 




Konklusi, LOVE PHYSICs! =P






@cahaya.yang.satu@

Sunday, February 26, 2012

Perkahwinan itu suatu amanah.

Bismillahirrahmanirrahim.


' bertunang ialah perjanjian untuk berkahwin '


Tapi, sebelum nak nikah, baiki dan tingkatkan iman dahulu. Penuhkan dulu hati dengan iman dan persediaan-persediaan penting sebelum melangkah ke alam rumah tangga. 

Suka untuk saya nukilkan kata-kata dari seorang sahabat:

" Kalau Subuh pun liat nak bangun, solat pun hujung waktu, mengaji pun jarang-jarang sekali, dakwah pun entah kemana lagi. Ada berani nak pimpin orang lain sedangkan diri sendiri tak terpimpin lagi? Muhasabah. ^_^ "

Kalau kita ni tak de la bagus sangat. Tak mengapa. Tak salah untuk kita nak memimpin. Tapi rasa-rasanya bagaimanakah rupa bentuk organisasi pimpinan kita nanti? Pincang? Atau bahagia? Mana yang kita inginkan? Rumah tangga laksana sebuah taman syurga yang dapat memberi ketenangan atau sebaliknya. 


Kalau tahu kita kurang dari sudut iman, perbaikilah. Jangan biarkan ia lapuk dan terus usang dan gersang tanpa disirami dengan baja iman yang baru. Cari ustaz atau orang yang lebih arif agar iman kita dapat disuburkan. Sentiasa berdamping atau mendekatkan diri dengan masjid/surau, solat berjemaah, menghadiri majlis ilmu. Dan yang paling penting AlQuran jangan ditinggalkan. Kalau kita inginkan sesuatu kita perlu berusaha bukan? 


Tanpa ilmu, kefahaman serta persediaan mengenai ilmu rumah tangga agak sukar bagi membentuk rumah tangga seperti sebuah taman syurga yang barakah. Bagaimana kita ingin menjadi nakhoda/pembantu nakhoda berkualiti jika asas agama dalam diri belum lagi mantap. Bila kurang ilmu dan kefahaman, itu yang ada dalam rumah tangga yang suami tak bagi nafkah kepada isteri, memukul atau mendera isteri/suami, anak-anak terabai tanpa kasih sayang dan agama. Kenapa ini berlaku? Kerana mereka tak benar-benar faham mengenai peranan dan tanggunggjawab masing-masing. Mereka tidak menganggap bahawa perkahwinan itu sebagai suatu amanah. Amanah itu perlu dipikul dan dilaksanakan sebaik yang mungkin kerana kelak kita akan dipersoalkan oleh Allah.


Oleh itu, mantap kan diri dengan ilmu + kefahaman mengenai Islam dan munakahat (perkahwinan). Agar kata-kata

  " rumahku, syurgaku

itu dapat diterjemahkan ke dalam layar kehidupan. Moga bersama kita meraih redhaNya.




" Perkahwinan itu bukan sekadar
kita hanya ingin memiliki dirinya.
Tetapi kita ingin membawa 
dia serta zuriat-zuriat 
ke syurga bersama. "



@cahaya.yang.satu@

5 Syarat Nak Buat Maksiat. Ada Berani?

Bismillahirrahmanirrahim.

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham..
Dia berkata,

"Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata,

"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya.

"Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?" Ibrahim bin Adham berkata,

"SYARAT PERTAMA,
jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekiNya.
Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, 

"Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?" "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham.

"Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"
"YANG KEDUA," kata Ibrahim,

"kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!"Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya,

"Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya? "Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan SYARAT YANG KETIGA. Ibrahim menjawab,

"Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata,

"Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"

"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?"kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta SYARAT YANG KEEMPAT. Ibrahim melanjutkan,

"Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar,

"Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?""Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?" "Baiklah, apa SYARAT YANG KELIMA?" Ibrahim pun menjawab,

"Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya." Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran.
"Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.


Tuesday, February 21, 2012

KESILAPAN KERAP WANITA tentang AURAT

Bismillahirrahmanirrahim.

Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini?? Jawabnya seperti berikut :-

KESALAHAN PERTAMA
Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA
Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA
Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT
Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan yang mudah ‘menggoda'.

KESALAHAN KELIMA
Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM
Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH :
Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN
Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Ada sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :


" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. "
(Surah An-Nur 24:31)


p/s:: Wahai golongan Hawa, tutup lah auratmu dengan sempurna. Kepada golongan Adam pula, jika kamu masih punya ibu, adik-beradik perempuan yang belum berkahwin, isteri atau anak perempuan (bagi yang sudah berkahwin) yang pada pandanganmu masih belum menutup aurat dengan sempurna. Nasihatilah mereka dengan cara yang berhikmah agar mereka dapat menutup aurat dengan sempurna. Dalam surah At-Tahrim juga Allah telah berfirman

" Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. "
(Surah At-Tahrim 66:6)

Dan sesungguhnya di akhirat kelak, seorang lelaki itu akan dipertanggungjawabkan ke atas 4 orang wanita iaitu:
  • Ibunya
  • Adik-beradik perempuan yg belum berkahwin
  • Isteri
  • Anak-anaknya yg perempuan

Oleh itu, didiklah mereka dengan penuh kasih-sayang. Bila kita sudah mendidik, memberitahu, menyampaikan ilmu dan kefahaman kepada mereka antara dia mahu ikut atau sebaliknya itu terpulang. Sekurang-kurangnya kita telah menjalankan tanggunggjawab kita sebagai seorang Muslim dan kita telah berlepas diri daripada mereka. Yang muslimah juga perlu juga saling mengingati antara satu sama lain.




@cahaya.yang.satu@

"aku sayang ayah.
jadi aku akan sedaya upaya 
memelihara diri, aurat 
serta akhlak ku"

Tuesday, February 14, 2012

Pakaian Solat

Bismillahirrahmanirrahim.


Entri kali ini saya nak fokuskan tentang pakaian solat untuk wanita. Berikut merupakan dialog antara si ibu bersama anak perempuannya yang berumur sekitar 10 tahun. Di suatu pagi yang nyaman,...


Ibu: Anak ibu, apakah pakaian solat untuk wanita?
Anak: Mestilah TELEKUNG ibu! 
Ibu: Pandainya anak ibu. Tapi, anak ibu tahu tak. Tak semestinya kalau kita nak mendirikan solat, kita perlu memakai telekung. Kalau pakaian yang kita pakai tu suci dari sebarang najis, dapat menutup aurat kita dengan sempurna pun kita sudah boleh terus mendirikan solat. Sebagai contoh yang mudah, kakak pakai baju kurung, tudung yang mengikut syariat yang digariskan dalam Islam seperti tidak jarang, menutupi dada, kakak dah boleh mendirikan solat. Jangan lupa kaki pun kena tutup. Kakak boleh pakai stoking tebal atau pun pakai kain yang labuh yang dapat menutupi kaki. 
Anak: Ooooo....Boleh ea ibu?
Ibu: Iya sayang. Boleh. Sebab aurat seorang wanita itu adalah keseluruhan tubuhnya kecuali wajah dan tapak tangan.
Anak: Jadi, maknanya kakak boleh pakai apa-apa aje lah untuk solat kan ibu?
Ibu: Iya, boleh selagi pakaian yang kakak pakai tu menutup aurat dengan sempurna, suci daripada hadas serta tidak terlalu menarik perhatian orang lain. Ini supaya kita tidak mengganggu jemaah lain yang ingin mendirikan solat.


Kesimpulan:: 
- Untuk mendirikan solat tak semestinya wajib memakai telekung
- Jangan pandang pelik serta meletakkan seseorang itu salah dan tidak sah solatnya jika dia solat tidak mengenakan telekung
- Kalau nak tahu pakaian kita tu tutup aurat dengan sempurna ataupun tidak. Cuba 'check' pakaian yang kita pakai tu dah boleh terus digunakan untuk solat atau tidak. Kalau boleh, maknanya anda sudah 'pass' dalam menutup aurat dengan sempurna. Jikalau tidak, usah khuatir. Masih ada masa dan ruang untuk kita perbaikinya. Persoalannya adalah antara kita mahu lakukan perubahan atau pun tidak. 

:))


- Gambar sekadar hiasan-



@cahaya.yang.satu@