Wednesday, April 20, 2011

Kita SENTIASA SIBUK???? huhu T.T

Gambar Hiasan : Tsunami Jepun

Oleh : MRK albanjari


Baru-baru ni saya berkesempatan bertemu dengan seorang sahabat dari Hebron yang kini menyambungkan pengajianya di UIAM. Dalam pertemuan ringkas itu pelbagai topik perbincangan dapat kami bualkan bersama terutamanya yang berkaitan dengan Jihad untuk membebaskan Palestin dari cengkaman regim Yahudi laknatullah.

Saya agak terkedu dan terpukul dengan satu kenyataan dari beliau, katanya : " AWAS!! Enta dan orang Islam di Malaysia, tunggu azab dan bala dari Allah! " Adoii mak ! Apahal pulak ni ? Saya merungut sendirian dan bertanya kembali kepada teman tersebut kenapa dia cakap macam tu. Dia menjelaskan bahawa dia telah dipenjara selama 3 tahun oleh Israel kerana menunaikan solat lima waktu di masjid dan menurutnya lagi teman-temanya ada yang dipenjara lebih dari itu bahkan ada yang dipenjarakan selama 27 tahun hanya kerana pergi ke masjid untuk mendirikan solat. Mengejutkan !!

Dia juga mengatakan amaran tersebut wajar kepada orang islam di Malaysia kerana masjid- masjid di sini kosong dan tidak dipergunakan serta di manfaat sewajarnya untuk mendirikan solat. Apabila masuk waktu solat ramai kebanyakan orang-orang islam Malaysia tidak memperdulikanya bahkan tidak mahu mendirikan solat di masjid walaupun masjid itu terletak dihadapan matanya. Mereka hanya sibuk dengan urusan dunianya sahaja, ujar sahabat tersebut.

Dia juga menceritakan bahawa dia telah dipenjara selama 3 tahun itu dah dikira terlalu singkat dan dia tidak puas dengan ujian tersebut kerana orang lain sanggup dipenjara kerana menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah biarpun mereka terpaksa melintasi pelbagai ujian dan sekatan oleh regim Israel untuk mereka melangkahkan kaki ke masjid.

SEDARLAH wahai saudaraku di negara kita sememangnya masjid-masjid dibina dengan cantik dan mewah, bahkan kini kebanyakkan masjid sudah dilengkapi dengan hawa dingin tetapi jemaah yang datang menunaikan solat fardhu adalah terlalu sedikit berbanding dengan kepadatan penduduk islam di bumi Malaysia ini.Kita memang dilingkungi dengan urusan dunia yang amat sangat hingga tidak mampu untuk melangkah kaki ke masjid dari waktu solat subuh hingga ke solat Isya', kita sentiasa sibuk.

Sibuk dengan urusan dunia kita masing2, sibuk dengan keluarga dan anak-anak, sibuk dengan bisnes, politik, blog, sibuk dengan MLM, sibuk menonton rancangan TV dan sibuk yang bermacam -macam lagi yang dicipta sendiri.Jauh dari negara kita umat islam lain berhempas pulas mahu menjejakkan kaki mereka ke masjid untuk mendirikan solat berjamaah tapi kita???

Apa yang paling mendukacitakan kita ialah perbuatan menghalang dan menutup masjid kepada orang-orang islam di Hebron, dan Palestin itu juga sudak menular ke dalam negara kita bila kita dapati masjid telah dikunci pintunya, tak percaya..hangpa pi periksa masjid di qariah hangpa, pasal apa yg tak bagi orang islam tunaikan solat walaupun ketika itu waktu solat telah hampir masuk, bahkan lebih parah lagi ada masjid dan surau yang dikunci berminggu-minggu lamanya bahkan berbulan-bulan lamanya hanya kerana pertelagahan dalam pemilihan AJKnya dan lebih parah lagi masjid dan surau itu dikunci oleh talibarut yahudi kerana masjid dan surau itu terlalu aktif dengan jadual pengajiannya dan para penceramahnya yang berani mengatakan yang benar itu benar dan yang salah itu salah.

Mengatakan yang halal itu halal, yang haram itu haram, yang benar itu benar yang salah itu salah yang sesuai dengan kehendak al-Quran dan sunnah menjadi kesalahan besar kepada sesetengah pihak kerana kebimbangan mereka ummah ini cerdik dan terbuka mindanya dengan kesyumulan islam terhadap sistem kehidupan manusia, maka tindakan mengunci masjid dan surau adalah penyelesaian terbaik bagi mereka. Sebab itu dalam Adun Idham Lim, ada surau yg tak aktif, maksud kata - surau closed for operation !

Cerita lanjut nantilah..!! Masih ingat? Satu ketika dahulu pihak penguatkuasa agama menjadi terlalu berani dalam tindakannya memantau semua aktiviti-aktiviti di masjid-masjid dan surau dan jika ada yang menjemput penceramah-penceramah yang tiada tauliah dan penceramah itu datangnya dari parti yang berlawanan dengan pemerintah maka tindakan segera akan diambil bahkan ada surau yang telah runtuhkan, ada masjid yang disita dan bermacam-macam tekanan lagi.

Tetapi kelab-kelab malam, disko, spa-spa, rumah-rumah pelacuran tidak pula di pantau secara bersepadu untuk mencegah kemungkaran. Begitulah dahsyatnya apabila umat islam sendiri yang memusuhi agamanya. Tidakkah kita takut dengan apa yang menimpa terhadap saudara - saudara kita di Palestin dan di Hebron itu akan berlaku pula kepada kita ?

Oleh itu marilah kita bermuhasabah diri dan kembalilah kepada petunjuk al-Quran dan Sunatur Rasul SAW untuk kembali mengimarahkan masjid dengan semaksimum mungkin untuk memperkasakan jati diri kita sebagai muslim yang baik dan berkualiti.

Takbir !!

SUMBER:: Suatu Perjalanan Maya

No comments:

Post a Comment