Wednesday, December 5, 2012

Aurat

Bismillahirrahmanirrahim.

Sebahagian ilmu yang ingin dikongsikan bersama berkaitan dengan aurat.

Intro:
Aurat perempuan --> Seluruh tubuh badan kecuali muka dan kedua tapak tangan. Maksudnya kaki tu pun dikira aurat tau. Wajib ditutup. Pakai stoking tak wajib. Yang wajib tutup kaki.
Aurat lelaki --> Dari pusat hingga lutut.




Soalan 1   
Aurat luar dan dalam solat?     

Konsep menutup aurat dalam solat - Wajib ditutup dengan sebetulnya walaupun orang tak nampak. Jika tidak, solat itu tidak sah.

Konsep menutup aurat luar solat - Tutuplah selagi orang lain tak nampak. Jika orang nampak, bermakna aurat kita telah terbuka dan dikira berdosa.

Contoh:
Tiba-tiba ada orang lelaki datang rumah, kebetulan time tu sempat sarung tudung sahaja tapi pakai t-shirt lengan pendek. Tapi, kita menyorok belakang pintu. Orang lelaki itu hanya nampak muka kita sahaja. Maksudnya, lelaki tu tadi tak nampak aurat kita. Jadi kita masih dikira menutup aurat. 

Berbalik pada isu pakai tudung bawah dagu tak tutup, kita masih dikira menutup aurat selagi kita tidak jalan mendongak sepanjang masa nak tunjuk bawah dagu. 


Soalan 2   
Aurat wanita muslim dengan wanita non-muslim?   

J: Ada beberapa pandangan.

Majoriti fuqaha’ mengatakan aurat muslimah di hadapan wanita non muslim sama seperti aurat di hadapan lelaki ajnabi/yang bukan mahram. 

Pendapat lain ialah yang mengatakan muslimah boleh berpakaian seperti pakaian biasa yang dipakai di dalam rumah.  Pakaian yang biasa dipakai di dalam rumah ialah baju berlengan pendek, skirt labuh, seluar panjang (bukan ketat), gaun labuh berlengan pendek dan seumpamanya. 

Pandangan ketiga ialah yang mengatakan sama seperti aurat sesama wanita muslimah yakni selain antara pusat hingga lutut.

Bagaimana cara kita memilih antara 3 pendapat di atas? Untuk membuat keputusan terbaik buat diri kita ialah dengan melihat objektif menutup aurat itu sendiri yakni menjaga maruah dan kesopanan wanita Islam.

Untuk memilih pandangan mana 1, perlu dilihat kepada akhlak wanita non muslim itu sendiri. Jika dia seorang yang menjaga kesopanan dan menghormati kita, maka pendapat kedua adalah baik diamalkan agar terangkat perkara yang menyusahkan dari diri kita.

Jika wanita non muslim itu seorang yang tidak baik dan sentiasa mencari kelemahan muslimah untuk disebarkan kepada orang lain, maka wajiblah menutup aurat seperti biasa.

 
Soalan 3   
Aurat lelaki muslim dengan lelaki non-muslim?    
 J: Dari pusat hingga lutut. 


Soalan 4   
Aurat seorang lelaki/wanita muslim dengan lelaki/wanita muslim yang lain?  
J: Juga dari pusat hingga lutut.


Soalan 5    
Jika mak/ayah kita berkahwin lain (dapat mak/ayah tiri baru), bagaimana hukum aurat kita dengan mak/ayah tiri baru itu?    

J: Aurat itu akan jadi sama seperti kita dengan mak/ayah kandung kita sendiri. Dengan syarat mereka telah bersama/bersetubuh.


Soalan 6   
Kita berkahwin tapi pasangan kita punya mak/ayah tiri. Bagaimana aurat kita dengan mak/ayah tiri itu?   
J: Sama seperti dengan lelaki/wanita yang bukan mahram kita.


Soalan 7  
Adakah boleh jika kita bersalam dengan mak/ayah saudara kita?   

J: Boleh, jika mak/ayah saudara itu adalah  adik-beradik dengan mak/ayah kita. Selain daripada itu, mereka bukan mahram kita. Mereka dikenali sebagai mak/ayah saudara sabit.

Dalam kebanyakan tazkirah/ceramah yang saya hadiri/dengar, mereka selalu cakap memang haram, tak boleh bersentuhan. Awak buatlah macam mana tapi tak menyinggung hati mereka. Tapi mereka tak bagi solusi. Apakah antara cara yang boleh dilakukan bagi mengelakkannya. 

So, hari tu, ada bincang dengan kawan-kawan apa alasan yang boleh diberi jika mak/ayah saudara sabit hulurkan salam pada kita. So, sorang kawan saya bagi idea cakap, 

"Err.., maaf makcik/pakcik saya ada wudhuk!" 

*Jika ada sebarang penambahan idea untuk alasan boleh dikemukan dalam ruangan komen dibawah. Idea anda sangat dialu-alukan.*


Soalan 8   
Aurat dengan abang/kakak/adik ipar?  

J: Bukan mahram. So, kena jaga batas pergaulan dan penampilan. Kerana jika abang/kakak/adik kita bercerai dengan mereka, kita boleh berkahwin dengan mereka.


Soalan 9  
Boleh ke kita nak bersalaman dengan orang tua (tak kira lelaki/perempuan tua) yang tidak lagi bernafsu?  
Tetap haram. Mana kita tahu yang orang tua tu masih bernafsu ataupun tidak.


Soalan 10   
Pakaian yang dipakai dalam  solat jarang. Adakah solat sah? Adakah kita dikira menutup aurat dalam solat?      

Jika pakaian solat yang dipakai itu jarang sehingga menampakkan warna kulit, itu dikira aurat masih terbuka. Jadi, solat itu adalah tidak sah. 


Soalan 11 
Kalau kita pakai pakaian ketat, boleh ke gunakan untuk tunaikan solat? Solat sah? 

Solat sah. Even kalau kita pakai scuba diving punya suit tu pun dah boleh perform solat sebab ia dah penuhi syarat pakaian solat. 

Syarat pakaian untuk solat adalah tidak jarang dan menutup aurat. Selagi apa yang kita pakai tu memenuhi syarat yang disebut tadi, boleh solat. 

Macam yang saya cakap sebelum ni, konsep menutup aurat dalam solat adalah wajib tutup dengan sebetulnya walaupun orang tak nampak. Berbeza dengan luar solat.
Tutuplah selagi orang lain tak nampak. Jika orang nampak, bermakna aurat kita telah terbuka dan dikira berdosa. Jika memakai pakaian ketat luar solat, sama seperti kita telanjang. Bila telanjang bermaksud kita telah dedahkan aurat kita.


Harap perkongsian ini dapat membantu dan bermanfaat untuk semua. 
Kalau ada yang kurang, sila lah tambah dan tegur saya! 
TQ! =)

Sumber: Tanyalah Ustaz KTSN oleh Ustaz Syed Abdul Kadir Al-Joofre

 
TAHU . FAHAM . AMAL


@ cahaya.yang.satu @

Tuesday, December 4, 2012

Cinta kerana?

Bismillahirrahmanirrahim

Jika sepasang kekasih,
berdating di taman,
kita pula tidak sabar-sabar,
berdating dalam majlis ilmu,
penuh keberkatan.

Jika sepasang kekasih,
bercumbuan dalam sembunyi,
di bawah cahaya rembulan,
berdua-duaan,
jauh dari orang,
kita pula berkasih sayang,
dalam sembunyi dan terang,
tanpa takut dan bimbang,
penuh kesucian.

Jika sepasang kekasih,
sering bermain madah berhelah,
kita pula berhibur,
dengan madah kalamullah.

Jika sepasang kekasih,
sering memadu rindu,
atas rangsangan nafsu,
kita pula berkasih,
atas landasan ukhuwwahfillah,
bebas dari dorongan nafsu semata,
dinaungi kasih Pencipta.

Jika sepasang kekasih,
menunaikan apa sahaja,
kemahuan buah hatinya,
kita pula berusaha sedaya-upaya,
menunaikan apa sahaja,
kemahuan Pencipta kita.

Jika sepasang kekasih,
memejam mata pada aib pasangannya,
kerana saling menjaga hati,
kita pula sentiasa menjaga akhlak dan pekerti,
dan saling nasihat-menasihati,
agar peribadi makin berkualiti.

Jika sepasang kekasih,
merasakan dunia ini mereka yang punya,
kita pula sentiasa menyedari hakikat,
dunia ini Allah yang punya.

Jika sepasang kekasih,
sanggup korbankan harta,keluarga dan maruah demi cinta,
kita pula sanggup korbankan segala-segalanya,
demi cinta agung-Nya,
dalam masa yang sama,
mencintai keluarga
dan memelihara maruah setingginya.

*copy paste*




p/s: Bercintalah kerana Allah. 
Cintalah atas dasar taqwa. 
Jika benar cinta, pasti ingin bersama hingga ke syurga. 
Jika benar kita mencintai seseorang,
pasti tidak akan kita bawa dia ke jalan yang bolah membawa murkaNya seterusnya ke neraka.

So, cinta apa yang ingin kau bina?
Tumbuk dada, tanya iman.



@ cahaya.yang.satu @

Thursday, October 11, 2012

Alasan Untuk CLASH Cara STUDENT

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala yang ditulis dibawah adalah sekadar copy paste. Sekadar nak menghiburkan hati. Soooo..., jom check it out apakah antara ALASAN-ALASAN untuk CLASH mengikut cara STUDENT. 


Student Marketing : 

"Awak tak cukup market untuk saya. kita clash!..."  hahaha

Student Kimia : 
"Saya banyak terdedah dgn bahan kimia, saya takut tak dapat beri zuriat. Kita berpisah eh? "

Student Fizik : 
"Saya belajar pasal fizik kuantum yg tak nampak, jadi saya tak nampak awak dlm diri saya. Kita clash..!"

Student Matematik : 
"Saya dah buat kira-kira guna limit function, memang sampai sini saja limit perhubungan kita."

Student Biologi : 
"Maaf, saya dah jatuh cinta dengan serangga dan tumbuh-tumbuhan. Bukan dgn awak lagi"

Student Pergigian : 
"Saya tahu yang cinta awak palsu sepalsu gigi palsu!" Nyenyenye.

Student Perundangan : 
"Talk to the hand, see you in court!"

Student Sains Politik : 
"Awak dah tahu saya ni Pro-Aspirasi, yang awak undi Pro-M pasal apa? Kita break!!" LOL

Student Seni : 
"Gaya awak tak cukup abstrak untuk menambat hati saya. Maaf."

Student Pengajian Islam : 
"Saya solat istikharah malam tadi dan sorry, awak tak ada dalam petunjuk masa depan saya".

Tambahan :

Student OT (Occupational therapy) : 
Saya banyak sangat jumpa patient hensem2 dari awak. So saya takut tak dapat setia...kita clash je lah, saya takut awak kecewa *penipu tahap moksya, celah mana patient hensem?*


Ok, gambar tak ada kena mengena dengan entri. Eh!

P/S: Pabila ingin bercinta. Fahami tentang makna cinta yang sebenar dahulu. Bukan main terjun semborono sahaja. Dikhuatiri kita lemas, terkapai-kapai dan akhirnya mati lemas dalam cinta yang tak punya matlamat dan membuang masa sahaja akibatnya merugikan diri sendiri.

Wednesday, September 19, 2012

Tahun 3 Semester 1.

Bismillahirrahmanirrahim.

Its my second week of this semester. New semester just begin last week (10/9/2012). Weeeehoo, back to school!!! And I am officially a 3rd year student *rasa macam tua pulak dah bertambah matured. Hehe* Anyway, this semester I am taking 5 subjects with total 20 credits hour which 4 credit hour for each subjects. Still quite tough. But not impossible for me to do it right? Yes, you can do it wahidah! Chaiyok2 and NEVER give up!!! ^_^

Subjects for this semester are:
  • Terapi Carakerja Neurologi
  • Terapi Carakerja Perubatan
  • Terapi Carakerja Psikiatri
  • Terapi Carakerja Geriatrik
  • Geriatrik



This semester I'm gonna learn about psychiatry and deal with psychiatry patients. Again, psychiatry patients. Excited + a bit nervous. Actually, tak ada apa yang perlu dirisaukan sangat. Mereka masih seorang manusia. Cuma mungkin disebabkan keadaan sekeliling atau tekanan hidup yang terlalu menekan  membuatkan mereka berkeadaan sebegitu. Family history also could be one of the factors. Dont be surprise! Coz usually those yang masuk institusi psikiatri ini kebanyakannya terdiri daripada mereka yang bijak pandai jugak! Doctor, engineer. *true story from my cousins observation* So, those yang ambil course yang tough tu make sure you are able to balance your emotion. Same goes to others too. Stay healthy ok.

No! Study is INTERESTING. 
*eventhough sometime I do feel like that*

I think that's all for this entry. TQ.
*Ok, now back to work.*

 @ cahaya.yang.satu @

Monday, July 30, 2012

Aku di perantauan.

Bismillahirrahmanirrahim.

Sedang mengemas laci, ternampak beberapa helai kertas yang aku simpan kemas dalam sebuah fail ini. Dalam helaian kertas itu ada tertulis tawaran kemasukan belajar, pelan tempat belajar dan borang perjanjian semua sekali. Semua tentang kolej matrikulasi ku dulu!

Tiba-tiba, rasa kerinduan terhadap matrikulasi membuak. Rupanya hidup merantau itu seronok dan nikmat.

Semasa mengisi borang matrikulasi dulu, berbekalkan result spm, aku menyenaraikan matrikulasi perak, melaka dan negeri sembilan sebagai pilihan (boleh senaraikan 3 je). Tak berapa lama selepas itu, keputusan penempatan matrikulasi dibuka. Huh berdebar sungguh ni.

Buka komputer --> on streamyx --> taip laman web utk cek keputusan.

"Tahniah, anda ditawarkan untuk menyambung pengajian di Kolej Matrikulasi Kedah, Changlun." (lebih kurang camni lau tak silap ayatnya)

Terkedu. Gembira. Sedih.

Changlun? Kat mana tu? Tak pernah tau pun ada changlun? (nampak sangat tak amek tau geografi malaysia) Arrrrgggghhhh! (tension sekejap)

"Mak, angah dapat kolej matrikulasi kedah, changlun." (time tu tak tahu nak kata nada ceria or sedih)

Terus google map di manakah lokasi kolej matrikulasi kedah (kmk) itu. Berdasarkan sumber google earth tu aku tengok gambar pokok je banyak kat sekeliling tu. Aduhh, dalam hutan ke tempat ni..huhu. Bila dah pergi rupanya kmk tu dekat je dengan pekan changlun. Bukanlah seperti apa yang disangkakan. Nak ke jitra boleh naik bas (hanya 30 minit dari pekan changlun tu). Nak ke alor setar plak 1 jam naik bas. Di sini jugak aku belajar adanya TEKSI SAPU. Haha.


Tadaaa!!! Inilah dia Kolej Matrikulasi Kedah, Changlun. 
(kena mention Changlun tu sebab kat kedah ada matrikulasi lain seperti di kuala nerang.)

Di bangunan Jerai on last day of exam semester 2.

Kan betul cakap pokok-pokok je semua.

"Hijau".

Sunset ke Sunrise? 

Dataran dan Firedrill. 
(Hanya student KMK badge 2009/2010 je yang tahu 
kisah di sebalik sebuah firedrill)
*bajet* haha

Masjid Khulafa Ar-Rasyidin. 
Rumah kedua selepas hostel.

Hostel blok C Sri Laka. (Girls only ok)

Biology.

In Operation theatre. 
(Actually tengah jerebu. Tu yang beriya pakai mask.)

Yahh, i'm a touch rugby player, once upon a time.
Group name: Chocolairs. (feminin giler! ke childish? erk.)

Orienteering time!

Sudah-sudah la tu. Meh turun.

En Suhery pensyarah untuk Kokurikulum kami!

Haa, teropong dan lukis cepat Dr fhaisol dan Dr azhar. 
Cek nak pinjam lepas ni.

Berpinor mata cek menengoknya.

KAMI di semester 1.

Selama ini, aku hanya bersekolah di sekolah harian biasa. Sekali, hambek ko! Dapat sambung belajar nun jauh di utara.

Tapi, serius cakap, lepas dah pergi merantau di negeri orang. Seronok. Memang seronok. Baru aku tahu nikmatnya. Rasa homesick, ketiadaan famili di sisi tatkala diri dilanda masalah, kesedihan (biasa mereka ada depan mata), naik bas lama-lama (walaupun sakit pinggang duduk lama-lama), orang sambut kita balik kat terminal bas dengan berwajah ceria. Paling best harga makanan kat sana murah-murah. Ice-blended yang besar biasa kat tempat korang jual berapa harga? Almost RM4 kan? (ni dekat area rumah saya la). Betul tak? Tapi kat sana, dengan berbekalkan RM2 dah boleh dapat beli yang besar. Best, best, best. Pengalaman yang tak kan dapat dijual beli. Rasa macam tak puas pula sebab hanya belajar di sana selama setahun je.

Dan di sana juga, aku mula mempraktikkan Islam yang sebenar sebagai cara hidup. Alhamdulillah.

-----------------------------------------

P/s: jika dapat peluang belajar jauh-jauh, jangan takut untuk pergi. Pergilah kerana hidup merantau di negeri/negara orang itu seronok walaupun mungkin tak seindah yang disangka. Namun, itulah yang akan menjadi sebahagian daripada pengalaman yang berharga dalam hidup anda.




@ cahaya.yang.satu @

Jom SOLAT!

Bismillahirrahmanirrahim.

Solat fardhu itu ada 5.
- Subuh,
- Zohor,
- Asar,
- Maghrib dan
- Isyak.


5 je. Bukannya 50 pun kawan. =)

Oleh itu, peliharalah solat fardhu itu sebaik yang mungkin. Tunaikanlah solat itu di awal waktu. Adalah lebih baik jika didirikan secara berjemaah.

Kenapa kita perlu jaga solat kita?

Sebab itu adalah perintah Allah dan sebagai tanda kita patuh pada perintahNya. Dan melalui solat juga dapat membentuk diri agar lebih disiplin dengam masa. Solat juga adalah perkara pertama yang akan dihisab.


"Akak, abang, pakcik, makcik, atok, nenek dan semua yg bergelar Muslim jangan tinggal solat fardhu tau. Nanti Allah marah.", kata adik ini.

Same goes to solat Jumaat. Solat jumaat adalah solat yang wajib didirikan bagi LELAKI terutamanya yang perlu ditunaikan dalam waktu solat zohor setiap hari Jumaat. Sangat menyedihkan apabila melihat ramai lelaki yang memandang ringan perkara ini. Ada lelaki tanpa segan silu+tanpa rasa bersalah pergi membeli-belah semasa solat jumaat sama ada secara bersendirian mahupun bersama keluarga! (sedangkan masjid tu ada kat depan pusat beli belah itu sahaja). Hal ini berlaku tanpa mengenal usia. Yang muda, yang dah berumur pun turut sama tidak menghadirkan diri untuk ke solat Jumaat. Sibuk sangat ker? Kalau anda nak kata diri anda tu sibuk sangat, cuba muhasabah. Adakah insan yang lebih sibuk daripada nabi Muhammad saw? Baginda memperjuangkan isu ummah dan jihad untuk Islam. Anda? Sibuk lagi? Nak kata baginda tu nabi. Aku ni hanya insan biasa. So? Tak nak cuba challenge diri untuk mengikut personaliti nabi? Tak nak ikut jejak langkah baginda? Dah tau diri kita ni tak sehebat nabi dan tidaklah dijanjikan syurga seperti baginda, masih ingin tinggalkan solat yang wajib? Sesibuk mana pun diri anda, luangkan sedikit masa untuk pergi tunaikan solat Jumaat itu. Bagi negara lain saya kurang pasti. Tapi di Malaysia ini, nak kata company/sekolah/institusi pengajian tak bagi rehat, rasanya rehat untuk hari Jumaat adalah lebih lama berbanding hari yang lain. Betul tak? Jadi, tak ada alasan untuk tak pergi solat jumaat ok.

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila telah diseru untuk melaksanakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahuinya (9). 

Apabila solat telah dilaksanakan, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak agar kamu beruntung (10). 

Dan apabila mereka melihat perdagangan atau permainan, mereka segera menuju kepadanya dan mereka tinggalkan engkau (Muhammad) sedang berdiri (berkhotbah). Katakanlah, 'Apa yang ada di sisi Allah lebih baik daripada permainan dan perdagangan,' dan Allah pemberi rezeki yang terbaik (11)." 
[Surah Al-Jumuah: 9 - 11]

Solat fardhu itu WAJIB. Peliharalah ia. Tunaikan ia kerana Allah Taa'la.


"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan."

* Maaf jika ada yang kurang. Mohon teguran dan tunjuk ajar. TQ. =)

Monday, July 16, 2012

"Terima kasih."

Bismillahirrahmanirrahim.

Situasi: si A datang ke sebuah kedai untuk menukar duit rm50 daripada si B dan rakannya (orang kedai). Keadaan ketika itu pula tengah ramai pelanggan. *
letakkan diri anda sebagai si B dan rakannya*

"Ada duit tukar tak?" *
nada tergesa-gesa*

"Maaf, kami pun tengah kumpul sebab hari ini banyak orang bagi duit rm50. Nanti kami tak ada duit tukar."

"Tu sebelah tu ada tu. Aduhh korang ni."
*mendesak*

"Cepatlah, nak tukar ni. Aduhh kat mana plak aku nak tukar lagi. Habislah aku!" *marah-marah*

Selepas beberapa ketika,

"Kalau tukar campur dengan rm1 boleh tak pak cik?"

"Boleh la., ada pun!" *masih marah-marah*

Selepas sesi pertukaran berlangsung, pak cik tadi hanya berlalu pergi begitu sahaja.

Si B dan rakannya ---> erk! Sabar jela~

Ok, apa perasaan anda?? (sila jawab sendiri aaa)

-------------------------------

"Terima kasih." (diiringi dengan senyuman)

Adakah terlalu sukar untuk mengungkapkan dua patah perkataan tu? (2 patah perkataan je pun!)

Adakah kerna ego terlalu menebal membuatkan anda sukar katakannya?

Atau anda tak faham apa itu "terima kasih"? 

Bayangkan anda bekerja. Tak ada kerja yang tak penat ok. Bila dah penat, mood pun kadang ok, kadang tak. Tengah dalam kesibukan menguruskan kerja, ada kawan minta pertolongan anda. Walaupun tengah sibuk, anda masih cuba membantu dia.

Situasi A:
Lepas dah tolong, orang tu just pergi macam tu. Seolah-olah dia tak minta apa-apa daripada anda.

Situasi B:
Lepas dah tolong, kawan mengungkapkan penghargaannya kepada anda. Walaupun pertolongan anda itu hanya kecil.

Which situation do u prefer?
---------------------------
Jika seseorang telah lakukan kebaikan ke atas diri kita, ucapkanlah terima kasih. Saya ulang kembali, dua patah perkataan je pun. Dalam konteks ini, bukan kata insan tu mengharapkan balasan. Tapi hanya dengan kata-kata kita sebegitu mampu membuatkan insan itu rasa gembira kerana kita menghargai kebaikannya ke atas diri kita. 

can u see that? only 2 words.

Usah kedekut dalam mengungkapkan terima kasih atau kata-kata penghargaan yang lain.

Sama jugak dalam konteks ibu bapa dengan anak, adik-beradik, suami isteri. Jangan malu. Jangan ego untuk ungkapkan kata-kata penghargaan kepada mereka agar sama-sama saling menghargai antara satu sama lain.

Ini pun antara perkataan yang sukar untuk diungkapkan walaupun memang betul kita yang salah. Betul tak?

Sorry kalau saya ada salah silap dengan awak.

Sekian, TERIMA KASIH. =))



@ cahaya.yang.satu @