Friday, June 15, 2012

Kisah seorang dia

Bismillahirrahmanirrahim.

Usai berteleku di atas sejadah menghadap Sang Kekasih. Tiba-tiba dia terkenang suatu masa dahulu, dia pernah mengatakan bahawa "ingat orang yang pakai tudung labuh tu semuanya baik ke?!"

Allahuakbar!

Apa yang telah dia katakan? Dia terlalu mengikut emosi marahnya pada saat itu. Maafkan dia wahai insan yang kepadanya telah dia katakan sedemikian. Bukan niat untuk menghina atau memandang rendah. Tapi, perasaan marah terlalu menebal, ditambah dengan sokongan dari syaitan. Dia tewas. Hingga keluar kata-kata yang sedemikian rupa. Maafkan dia sekali lagi.

Dan kini, terdetik pula dalam hatinya sendiri yang dia ingin menyarungkan tudung labuh sebagai hijabnya. Benar. Dia sangat menginginkannya. Kelakar bukan? Dia insan yang pernah melemparkan kata sedemikian dan kini Allah sendiri hadirkan perasaan sedemikian dalam hatinya. Hah! Ambek ko!

Namun, dia bersyukur sangat. Alhamdulillah kerana Allah masih sudi untuk memegang kembali hati dia yang kotor berlumur dosa, iman senipis sekeping kertas, seringan bak kapas untuk kembali ke jalanNya. DIA yg membimbing dan tunjukkan dia ke jalan yang benar agar dia tak tersalah langkah lagi dalam membuat caturan atas pentas kehidupan yang sementara cuma ini.

Tika hati diketuk oleh Iman dan HidayahNya. Perlahan-lahan dia berubah. Bermula dengan penampilan. Dia mula faham apa itu erti menutup aurat dengan sempurna.

Dahulunya tidak berstokin.
Kini dia mula menyarungkannya di kaki.
(Dulu pakai stokin sebab pakai kasut cantik. Tak nak kaki melecet katanya. Ahhh, jahilnya dia!)

Dahulunya tidak berstongan,
Kini berstongan.


Dahulunya pakai t-shirt lengan pendek berstongan.
Kini menyarung lengan panjang or labuh dan berstongan.

Dahulunya pakai tudung tak menutupi dada. 
Kini, dia labuhkannya.

Dahulunya pakai tudung tapi jarang nampak leher. 
Kini memakai inner tudung agar segalanya tertutup.

Dahulunya pakai tudung bidang kecil. 
Kini, membiasakan diri dengan bidang besar.

Dan perlahan-lahan juga dia cuba mengubah suasana kehidupannya.


 


Terima kasih Ya Rabb. 

Dia tak akan sia-siakan peluang yang KAU berikan kepadanya.
Moga Kau permudahkan segala urusan dia di dunia dan akhirat. 
Moga cahaya iman dan taqwa terus subur dan mekar dalam hati dan jiwa dia
Moga Kau kurniakan untuk dia seorang suami yang hatinya juga tertaut padaMU agar bertambah kekuatan cinta dia kepadaMU.

Dan doakan agar dia terus tetap teguh istiqamah berdiri di atas jalan redhaNya.



No comments:

Post a Comment