Tuesday, June 26, 2012

Wasiat Sultan Muhammad al-Fateh kepada anaknya.

Bismillahirrahmanirrahim.


" Tidak lama lagi aku akan menghadap Allah. Namun aku sama sekali tidak merasa menyesal kerana aku meninggalkan pengganti seperti kamu. Kamu mesti menjadi seorang yang adil, soleh dan pengasih. Bentangkan perlindunganmu kepada seluruh rakyat tanpa membeza-bezakan mereka. Tugas kamu dalam menyebarkan agama Islam ini adalah kewajipan raja-raja di bumi ini.

Dahulukan kepentingan agama lebih daripada kepentingan yang lain. Jangan kamu lemah dan lengah dalam menegakkan agama. Jangan kamu sekali-kali mengambil orang yang tidak peduli kepada agama sebagai pembantumu dan jangan pula kamu mengangkat orang yang tidak menjauhi dosa-dosa besar dan leka dalam kekejian. Hindari perkara-perkara yang merosakkan. Jauhi orang yang menyuruhmu melakukan kejahatan. Lakukan perluasan negara ini melalui jihad. Jaga harta Baitul Mal, jangan sampai dibazirkan. Jangan sekali-kali kamu menghulurkan tanganmu pada harta rakyatmu, kecuali sesuai dengan syariat Islam. Himpun kekuatan orang yang lemah dan fakir dan berikan penghormatanmu kepada orang yang berhak.

Ulama adalah kekuatan yang harus ada dalam negara ini, maka hormati mereka. Sekiranya kamu mendengar ada seorang ulama di negara lain, ajak dia datang ke negara ini dan beri dia harta kekayaan. Hati-hati jangan sampai kamu tertipu dengan harta bendamu dan dengan banyaknya jumlah tenteramu. Jangan sekali-kali kamu mengusir ulama dari pintu-pintu istanamu. Jangan sekali-kali lakukan satu hal yang bertentangan dengan hukum Islam. Agama adalah tujuan kita, hidayah Allah adalah cara hidup kita dan dengan agama ini, kita menang.

Ambillah pengajaran ini daripadaku. Aku datang ke negara ini (Konstatinopel) laksana semut kecil, lalu Allah kurniakan kepadaku nikmat yang sedemikian besar ini. Maka berjalanlah seperti apa yang aku lakukan. Bekerjalah kamu dalam meninggikan agama Allah dan hormatilah ahli-ahlinya. Janganlah kamu menghambur-hamburkan harta negara dengan berfoya-foya dan bersenang-senang, ataupun kamu pergunakan lebih daripada sewajarnya. Ini kerana semua itu adalah penyebab utama kehancuran."


*This book really inspired me.*
*He suah a great man. He is awesome. He is adorable.*


*Moga kita bisa melahirkan & membentuk ummah yang 
sedemikian kental jiwa & semangatnya.*

No comments:

Post a Comment