Monday, February 25, 2013

Zakat Membersihkan Harta

Bismillahirrahmanirrahim.


Hari ini nak cerita pasal ZAKAT la. 

Seperti yang kita tahu, zakat adalah salah satu daripada rukun islam yang lima. 

APA ITU ZAKAT?
Zakat berasal dari bentukan kata zaka yang berarti 'suci', 'baik', 'berkah', 'tumbuh', dan 'berkembang'. Menurut terminologi syariat, zakat adalah nama bagi sejumlah harta tertentu yang telah mencapai syarat tertentu yang diwajibkan oleh Allah untuk dikeluarkan dan diberikan kepada yang berhak menerimanya dengan persyaratan tertentu pula.

JENIS ZAKAT:
  1. Zakat Pendapatan
  2. Zakat Perniagaan
  3. Zakat Wang Simpanan
  4. Zakat Saham
  5. Zakat KWSP
  6. Zakat Emas
  7. Zakat Perak
  8. Zakat Pertanian
  9. Zakat Ternakan

SYARAT WAJIB ZAKAT:

Islam
Zakat hanya dikenakan ke atas orang Islam. Bagi perniagaan perkongsian orang Islam dengan bukan Islam hanya peratusan ekuiti orang Islam sahaja diambilkira untuk zakat.

Merdeka
Hamba abdi tidak wajib berzakat kecuali zakat fitrah. Walau bagaimanapun tidak timbul persoalan hamba abdi masa kini, tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib berzakat.

Milik Sempurna
Harta yang dimiliki mestilah sempurna dalam kekuasaan seseorang dan tidak bersangkutan dengan orang lain. Pemilik juga dapat memperlakukan dan memperolehi manfaat daripadanya.

Cukup Nisab
Nisab adalah paras nilai minima yang menentukan samada wajib atau tidak sesuatu harta dikeluarkan. Nisab adalah bersamaan dengan 85 gram emas nilai semasa. Nilainya lebih kurang RM 10,300 (bergantung kepada harga semasa emas)

Cukup Haul
Cukup haul bermaksud genap setahun harta disimpan.

Niat Untuk Berniaga
Syarat ini hanya bagi zakat perniagaan sahaja.

Menurut laman sesawang Lembaga Zakat Selangor, terkini untuk 2013 adalah seperti berikut:
  • Nisab = RM 13 000 (bagi akaun yang mempunyai jumlah ini dan ke atas)
  • Harga Emas Semasa = RM 158
  • Harga Perak Semasa = RM 3.74

Sekarang ini, siap dah ada bayar zakat secara online lagi tu. Boleh ke bayar zakat melalui ONLINEor atas talian? Jawapannya adalah HARUS. Bermakna pembayaran zakat tadi adalah sah. Boleh rujuk pada gambar di bawah atau KLIK SINI.




Selain itu untuk zakat pendapatan boleh dilakukan secara pemotongan terus daripada gaji. Dengan cara ini, tidak akan membebankan seseorang apabila cukup setahun. Tak ada la orang tu rasa banyak sangat nak kena keluar bila dah cukup setahun tu..


Mudah kan? Lagipun, daripada harta yang kita ada tu, hanya 2.5% sahaja yang perlu dizakatkan. Tak banyak pun. Jadi, tiada alasan untuk kita tak mengeluarkan zakat jika kita cukup syaratnya. Ingatlah bahawa harta kita itu semua milik Allah semata-mata. Allah pinjamkan sekejap je pada kita. Jangan la pulak disebabkan harta ynag kita ada menjadikan kita bongkak, takbur dan hanya ingin menikmatinya seorang diri. Berkongsilah dan memberilah. Zakat dan sedekah itu berbeza tau. Zakat itu WAJIB jika dah cukup syarat. Manakala sedekah itu sunat


Biarlah harta atau rezeki yang kita peroleh itu bersih dan mendapat redha, barakah dan rahmat dari sisiNya. Moga dengan kita mengeluarkan zakat, Allah melipat gandakan lagi rezeki kita.

** Alhamdulillah buat pertama kalinya telah mengeluarkan zakat ke atas diri sendiri. 

JOM ZAKAT!