Saturday, April 27, 2013

Time Flies~

Bismillahirrahmanirrahim. 

Sebenarnya wa ada nak post pasal trip berjalan ke Restoran 1 Malaysia menggunakan pengangkutan awam. Tapi tak post2 lagi. Haihh~ So.., macam biasa la. Sebenarnya ia sebahagian daripada komponen ynag perlu diselesaikan bagi subjek Orientasi dan Mobiliti. Berjalan sambil mata ditutup dan berbekalkan sebatang white cane. Kitorang buat trip ni pada hari Khamis yang lalu bersamaan 18 April 2013. Wa cuba untuk post pasal trip ni secepat yang mungkin ye wahai readers. *perasan konon ramai sangat readers nye. haha* 

Just nak cakap kat sini yang today is my last day of lecture for year 3 semester 2. Cepatnya masa berjalan??????? Rasa macam baru dua tiga hari yang lepas update post pasal new semester begin..Why soooo fast?? *STRESS* Minggu depan bermulanya posting selama sebulan di Hospital Kuala Lumpur. Moga Allah permudahkan segala urusan posting ku, urusan 2 case study ku semasa posting nanti, dipermudahkan urusan viva Orthopedik ku selepas tamat posting nanti. Dannnnnn, dipermudahkan wa untuk menduduki peperiksaan akhir bagi tahun 3 semester 2 ini.  

VIVA tu dia lebih kurang macam kes studi. Tapi bezanya everything was done on that day to the REAL PATIENT by yourself. Everything. And I repeat, to the REAL PATIENT okayy. You are only given about 45 minutes to complete it. History taking, assessment and perform some intervention if you have time or you can just plan the intervention. Then, present it using the model, frame of reference that you choose. Quite tough coz everything was done within the 45 minutes. But, hope that my case study during posting and posting itself will help me to improve the skills.

Rabbi yassir wala tua'ssir. Rabbi tammim bi khair.

*Masa itu ibarat pedang. 
Jika kau tak mendahuluinya, ia akan membunuh mu*


@ cahaya.yang.satu @

Wednesday, April 10, 2013

Aku dibutakan

Bismillahirrahmanirrahim.

Sepanjang 5 semester yang wa tempuhi (dan sekarang ni semester 6) wa rasa subjek orientasi dan mobiliti yang paling mencabar. Kami akan dibutakan seketika untuk berlatih berjalan secara perseorangan. Mula-mula ada la member yang guide (sighted guide). Tapi bila waktu ujian mobiliti atau juga dikenali sebagai drop off everything is by yourself. Drop off tu maksudnya wa akan ditinggal di tempat-tempat tertentu dan diminta untuk pergi ke sebuah destinasi. Hanya end point yang akan diberitahu. 

Wa dimana? Bagaimana nak pergi? Semuanya atas wa sendiri. Lu buat la sendiri (tagline Nabil yang di'modified'). Tak ada orang bantu. Tapi tempat untuk drop off tu sebenarnya tempat-tempat yang dah berlatih sebelum ni. Kira sudah di'familiar'kan sebelum ni. Tinggal visual memory kita ingat atau tak jela mana jalan yang kita nak guna. Pandai-pandai la nak hidup.

Dan sepanjang proses pembelajaran ini, ada la jugak dapat persepsi beberapa pihak yang melontarkan isu,  

"Apa yang korang buat ni? Untuk apa?" 

"Apa benefit korang belajar macam ni ea?" 

"Haaa, main-main la jadi buta. Esok pagi bangun buta betul-betul baru tahu" 

-_-"

Berpanas, berhujan. Latihan tetap diteruskan.

Melintas sambil mata ditutup. Hanya tongkat disediakan. 
Tika ini deria pendengaran sangat penting. Ada berani?

Awal-awal latihan dulu

Perlu dijelaskan disini kami belajar bagi membantu orang lain di masa hadapan. Entah-entah mungkin, anda yang melontarkan perkara sedemikian yang akan kami bantu. Membantu mereka yang memerlukan. Mungkin keadaan seperti buta sejak lahir, buta disebabkan kemalangan, kurang daya penglihatan itu tak berlaku dalam konteks atau lingkungan kehidupan individu itu sendiri. Tanpa memahaminya, terus buat konklusi dan berpegang terus pada persepsi negatif. Sebab itu kita memandang remeh, memperlekeh atau mempersoalkan apa yang kami lakukan. 

Bertanya jika tak tahu.
Bertanya jika inginkan kepastian.
Jangan mudah buat kesimpulan sendiri jika kita tak benar-benar memahaminya.
Jadilah individu yang berfikiran positif, bukannya pesimis. 

Hargailah nikmat penglihatan yang Allah beri kepada kita. Gunakan dan manfaatkan ia sebaiknya kerna nanti pasti akan dipersoalkan di akhirat kelak.

Kat bawah ni sebahagian gambar tugasan yang perlu diselesaikan. Tactile map assignment. Kami diminta menyediakan peta jalan yang kami guna ketika berlatih pada awal-awal latihan dulu. Peta yang perlu dihasilkan bukan peta biasa. Perlu ada perbezaan permukaan agar mereka yang blind or low vision boleh memahaminya menggunakan deria sentuh mereka. Kira, buat peta anggap macam kita yang mengalami masalah tu. So, baru boleh tahu kita faham ke tak peta yang kita buat tu.

Sebahagian peta by me. 
Lagi sebahagian diselesaikan by my partner.

My part untuk diletakkan dalam petunjuk.
Zoom in. Close up. 
*yang macam uncang kecil tu, 
it is a fire extinguisher comel tak?* hehe

Full version of our tactile map. 
Atas tu petunjuk. Bawah adalah peta penuh.

My OT badge. Tapi 3 orang lagi tak ada.
Us. The Occupational Therapy to be.

@cahaya.yang.satu@

*entri terbengkalai --> dah lama siap tapi baru post*

Demi Sesuap Nasi

Bismillahirrahmanirrahim.

Situasi: Selesai urusan jual beli air


Pakcik: Moga anak berjaya dalam pelajaran.
Aku: Ameen. Terima kasih pakcik. Moga bisnes pakcik bertambah maju.
Pakcik: Maju macam mana. Nak berniaga tapi apply lesen berniaga tak dapat. Nak buat macam mana. Nak tolak ke sana ke mari. Bukan senang. Penat.
Aku: *speechless* 


Pendapatan bekerja dengan cara begini mungkin tak menentu. Mungkin hari minggu atau jika ada event apa-apa baru banyak sedikit untung yang dapat. Namun, respect dengan pakcik ni sebab masih ingin bekerja bagi menyara keluarga serta meneruskan kelangsungan hidup. 

Kadang menerusi cerita hidup manusia yang pelbagai ini membuatkan aku sedar dan mengajar aku supaya sentiasa bersyukur dengan apa yang aku ada. 

Dalam hidup kita perlu berpijak di atas bumi yang nyata. Tak semua yang kita inginkan kita akan dapat. Kadang kita telah berusaha. Namun mungkin rezeki bukanlah untuk kita. Jadi, perlu usaha lebih bagi mendapatkannya. 

Bagi mendapatkan duit untuk sesuap nasi, pelbagai cara orang lakukan. 

Ada yang dengan cara yang betul.
Ada juga dengan cara yang salah.
Ada dengan cara mudah. 
Ada dengan cara susah. 

Semuanya berbalik pada rezeki kita serta usaha yang kita lakukan. Pada pandanganku, rezeki yang sedikit tapi ada keberkatan adalah lebih baik daripada rezeki yang banyak tapi tak ada keberkatan. 

Kenapa tak ada keberkatan? 

Mungkin kita curi tulang semasa bekerja? 
Mungkin kita tak jaga solat fardhu?
Mungkin kita tak mengeluarkan zakat? 
Mungkin kita bekerja dalam medium yang melanggar batasan syariat? 

Jaga solat fardhu, bersyukur, bersedekah serta keluarkan zakat. 

Tak semua rezeki yang Allah bagi pada kita adalah hak milik mutlak kita seorang sahaja. Ada bahagian orang lain punya jugak sebenarnya. So, perlu dikongsi kepada yang lain. Sebab tu digalakkan bersedekah dan wajib mengeluarkan zakat. Barulah berkat. ^^,


@cahaya.yang.satu@

*entri terbengkalai --> dah lama siap tapi baru post*

Tuesday, April 9, 2013

Kerja Dalam Kumpulan

Bismillahirrahmanirrahim.

Kerja dalam kumpulan.

Perlulah ada kerjasama. 
Perlulah ada rasa bertanggungjawab walaupun anda bukan ketua. 
Jangan ada perasaan pentingkan diri. 

Sebab apa? 

Sebab kita kerja dalam satu kumpulan. Bila kata kerja dalam kumpulan, pasti kerja itu perlu dilakukan bersama. Kerna apa? Kerna nanti markah yang dinilai juga ada terselit markah berkumpulan. Bukan hanya markah individu sahaja. 

"aku hanya nak kerja yang senang" 

Jika itu yang kau mahukan dalam sebuah kumpulan. Engkau silap. Engkau tidak akan menemuinya Kerna itu kerja persendirian. Jangan disebabkan engkau, semua yang lain terjejas. Buat kerja tiada rasa gembira. Tapi dipenuhi dengan untaian rasa tidak puas hati.

Masing-masing juga punya komitmen yang lain. Kerna bukan hanya engkau sahaja yang bergelar pelajar. Insan lain juga masih bergelar pelajar.

Buangkan sikap mementingkan diri. Usah ego tak bertempat. Bila diberi tugasan, selesaikan dengan sehabis baik yang engkau boleh. Bukan pula menolak kerja kepada orang lain.




p/s: Yang ringan sama dijinjing. Yang berat sama dipikul


@cahaya.yang.satu@


*entri terbengkalai --> dah lama siap tapi baru post*