Wednesday, March 30, 2011

yang TERTUTUP itu INDAH...




Bismillahirrahmanirrahim...

Siang tadi ada terbaca kat page kawan. Actually dia di'tag' di picture itu. Jadi, diri ini tertarik untuk membacanya. Coz tengok gambarnya dari jauh nampak macam menarik. Apabila di tengok dan dibaca. Astagfirullah al azim. huhu T.T

petikan dari gambar itu::

same2lah kite berubah demi mencapai mardhatillah (keredhaan ALLAH)..pakailah pakaian yang menutup aurat..penggunaan tshirt berlengan pendek dan dipadankan lagi dengan arms0ck..jika diperhatikan secara kasar, memang sudah dilihat sudah menutup aurat,, tapi sedarkah kalian, bentuk lengan anda tetap terbentuk dan anda bukan menutup aurat malah membalut aurat anda.. segala jenis pemakaian yang ketat dan membentuk serta menampakkan anggota badan adalah haram.. renung2kan.. dan muhasabah diri..

tidak kurang juga ada yang akan mengatakan "susahnye pakai baju lengan panjang bile nak main sukan.nanti mulalah rasa panas".. masyaALLAH sahabat2.. sedarkah kalian ape yang kalian perkatakan.. ya! mungkin panas. tetapi itu hanyalah panas dunia, bagaimana pula panas di akhirat nanti..?? Hanya ALLAH yang tahu,,. dan, setakat ini tidak pernah ada berita mengenai orang yang meninggal dunia atau jatuh sakit kerana memakai baju tshirt lengan panjang ketika bermain..bukan sahaja baju tshirt lengan pendek yang saya tegur, malah begitu juga dengan baju-baju blouse kaum wanita zaman sekarang..ade juga yang berlengan pendek.. but,, andai still nak pakai baju berlengan pendek juga, saya juz boleh pesan dan nasihatkan pakailah baju tshirt di dalamnya yang mana bahagian lengan tidak akan terbentuk.. salam muhasabah.. salam tarbiyah.. teguran buat diri dan juga untuk kalian semua..aasif jiddan 'ala kulli hal.. bersamalah kite berusaha mencari keredhaan ALLAH S.W.T =)


SUMBER:: Lupa nak letakkan sumber. Cari, tapi tak jumpa dan tak dapat nak kenal pasti ambil artikel ni dari web mana. Huhu maaf..sekadar berkongsi...


p/s:: Berfesyen itu tidaklah menjadi kesalahan. Tapi ia menjadi kesalahan apabila anda berfesyen tidak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dalam syariatNya.

wahai WANITA yang dimuliakan kedudukannya,

Tutuplah auratmu dengan sempurna mengikut syariatNya...bukan hanya sekadar tutup atau anda hanya membalutnya...renung2kanlah..ingatlah bahawa azab ALLAH itu amatlah berat.

Ketika nabi Muhammad s.a.w israk mikraj, baginda telah mengatakan bahawa beliau melihat ramainya wanita dimasukkan ke dalam neraka. Moga kita dijauhkan dari azab api neraka & tidak tergolong dalam golongan ahli neraka. Nauzubillah.

.:. Ayuh berusaha ke arah MUSLIMAH SEJATI!!!!! :)))

Tuesday, March 29, 2011

Bermalam di katil seorang lelaki

citer ni saye bace dari profile seorang ustaz :)

Kisah berlaku waktu satu rombongan guru pelatih membuat rombongan ke tempat bersejarah. Bila sampai ke tempat yang dituju para guru pelatih mendapati tempat tersebut merupakan satu yang tidak pernah dikunjung oleh sesiapa…lengang, sepi!

Maka guru pelatih bermula turun untuk melihat kesan sejarah yang ada di tempat tersebut. Pada permulaan, mereka berkumpul bersama melihat kesan sejarah yang ada. Lebih kurang sejam selepas itu mereka berpecah menuju ke tempat sejarah yang mereka sukai.

Nak jadi cerita, seorang guru pelatih perempuan yang begitu tekun mencatit dan mengarang maklumat yang ada pada kesan sejarah tersebut, tanpa disedar,dah tertinggal.

Yang trainer pulak ingat semua cikgu-cikgu dah ada dalam bas, so mereka bertolak untuk balik.

Cikgu pelatih yang tertinggal tu mula gabra…menjerit sekuat hati, cemas giler panggil kawan-kawan dia dan pelatih yang lain. Tapi hampa.

So dia tekad berjalan nak keluar dari tempat berkenaan menuju ke kampung berdekatan. Sejam berjalan tetapi masih tidak menjumpai sesiapa. Startlah letih dan menangis panggil mak ayah.

Pusing pusing nampak satu pondok kecik berdekatan dengan tempat tu. so dia pegi ketuk pintu. Keluar seorang pemuda anggaran umur linkungan lewat 20an dan bertanya: siapa kamu? Jawablah cikgu tadi yang dia tertinggal bas rombongan, dan tak tahu nak pulang.

Berkatalah lelaki tadi bahawa tempat yang ingin ditujunya berletak di selatan dan tempat mereka berada di utara, dan tempat tu memang tak didiami sesiapa. Maka menangislah cikgu tadi bagai orang hilang akal…

Disebabkan kesian, lelaki tu menyuruh cikgu tadi bermalam dipondok dia je sementara tunggu subuh untuk di hantar pulang.

Cikgu tu disuruh tidur atas katil lelaki tersebut manakala lelaki itu tidur atas lantai berhamparkan kain je dan ambil sehelai kain lain digantung sebagai pengadang tempat tidur antara dia dan cikgu tu.

Lelaki tadi duduk dipenjuru pondok dan membaca buku. Yang cikgu tu tutup seluruh badan dia ngan kain gebar menahan menangis dek takut dan tak henti matanya mengawasi lelaki misteri tu.

Tiba-tiba lelaki tu tutup buku dan pergi kat lilin yang menyala dan membakar jarinya satu persatu. Cikgu tadi apalagi, bertambah kecut perut takut kerana berfikir bahawa lelaki tersebut mengamalkan ilmu songsang.. mengeletar giler maut… Maka kedua-duanya tidak tidur sehingga pagi…

Bila menjelang pagi lelaki tersebut menghantar cikgu tadi ketempat asalnya.

Bila dah sampai rumah, cikgu tadi pun menceritakan apa yang terjadi kat mak bapak dia. Bapak cikgu tu dengan seribu satu persoalan mengesyaki sesuatu berlaku, sebab tengok anak dia nampak sakit, pucat lesi dan takut amatlah sangat.

Si bapa pun pergi ke tempat yang dimaksudkan anaknya tu. Menyamar sebagai pemburu yang tersesat dan bertanya tempat tuju. Dalam hati si bapa tadi hairan tengok jari jari tangan lelaki tadi berbalut dan bertanya kenapa…

So lelaki tu pun cerita bahawa dua malam lepas datang seorang perempuan cantik elok paras rupa untuk tumpang bermalam dipondok beliau. Dan sudah tentu pada ketika itu syaitan iblis sudah berada bersama mereka. Disebabkan takut terjadinya perkara yang tidak diingini berlaku, beliau membakar jarinya satu persatu supaya dapat menghindarkan diri dari berfikir memperkosa perempuan tersebut.

Mendengar penerangan lelaki tersebut si bapa mempelawa lelaki berbalut jari itu datang kerumahnya dan berhajat mengahwinkan anaknya kepada lelaki tersebut.., tanpa pengetahuan lelaki tu yang bahawasanya perempuan yang akan dikahwininya adalah perempuan yang menumpang tidur di katil nya 2 malam yang sudah…


MORAL CERITA :

Apabila kita nak lakukan dosa, cubalah kita letakkan tangan kita di atas api. Jika kita mampu menahan kepedihan api tanpa rasa sakit, lakukan dosa tersebut TETAPI jika kita tak mampu.

Ingatlah bahawasanya api di dunia ini telah di hilangkan bisa neraka selama beribu2 tahun baru diletak di dunia ni, dan cuba kita bayang dan rasakan kepedihan api sebenarnya iaitu Api Neraka..

sumber: page tazkirah KTSN dari post Muhammad Are Die


p/s:: sesungguhnya azab ALLAH itu amatlah berat

Sunday, March 27, 2011

Istikharah Cynta...

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untuk kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu mawaddah dan rahmat. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (QS Ar-Rum [30]:21)


Dari ayat tersebut telah jelas bahawa manusia diciptakan Allah dengan pasangannya. Jadi jangan merasa berkecil hati jika saat ini masih ada yang belum menemui jodohnya atau telah bertemu jodoh dan Allah berkehendak lain dengan jodoh tersebut.

Urusan jodoh memang seringkali dikaitkan dengan “rahsia Tuhan” yang mengejutkan. Seseorang yang berparas menarik dan memiliki sekian kelebihan, tetapi tidak menemui pasangan. Sementara seseorang yang dipandang biasa-biasa saja lebih cepat berkahwin. Jodoh memang sudah ditentukannya tetapi bukan bererti kita cuma berdiam diri tanpa adanya usaha.


Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11


Menemukan pasangan menuntut sejumlah usaha aktif yang komprehensif. Usaha-usaha positif dalam menemukan pasangan dapat disebut sebagai “menjemput jodoh”. Bagi orang yang beriman, berdoa adalah puncak segala usaha. Bahkan Islam menyebut doa sebagai senjata orang mukmin.

Dalam mengenali pasangan, manusia tetap dibatasi kemampuannya untuk melihat pada aspek-aspek fizikal jasmani dan hal-hal yang nampak dimata. Sementara aspek batin yang tersembunyi tetaplah milik Allah. Solat Istikarah merupakan upaya untuk memohon kepada Tuhan dalam membantu memilih calon pasangan. Jangan terburu-buru untuk menolah atau menerima sebelum upaya berdoa ini dilakukan agar tidak salah pilih.

Begitu dahsyatnya keajaiban solat istikarah dalam memantapkan hati dalam menentukan pilihan, Bahawasanya orang yang telah melaksanakan solat istikarah hendaklah melaksanakan apa yang telah diazamkannya, baik hatinya menjadi terbuka maupun tidak .

Bermunajat pada Allah dalam sepertiga malamnya memohon diberikan pilihan terbaik dalam hidupnya sebuah petunjuk dalam memantapkan hati mengenai jodoh yang menjadi misteriNYA.


Diatas Sajadah malam ini, aku tertunduk pada gelap dan pekatnya malam,

Meraba rahsiaMu Ya Allah atas jodoh yang kan kau pilihkan untukku,

Istikarah mencari jawapan untuk menggapai alhub fillah wa lillah,

Dalam doa ku bersimpuh pasrah,

Memohon datangnya jawapan dari Maha Pemberi hidayah.

Pabila jawapan itu masih tergantung di langit,

Maka turunkanlah.

Pabila jawapan itu masih terpendam di perut bumi,

Maka keluarkanlah.

Pabila jawaoan itu masih jauh,

Maka dekatkanlah.

Pabila jawapan itu sulit utkku raih,

Maka mudahkanlah



Duhai kekasih sejati, Engkau Maha cahaya, Engkau Cahaya di atas Cahaya.

Dalam kerinduan mendalam, dalam tatih meniti Pintu Cahaya,

Aku di sini, bersimpuh untuk menjemput CINTA,

Cinta Seseorang Yang telah kau pilihkan semoga kan abadi di dunia dan Akhirat


Ya Allah,

Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia, Tuhan yang Maha memegang kasih sayang seluruh jiwa kami, Tuhan yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami, aku merupakan hamba yang lemah, hamba yang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah seorang manusia yang memerlukan teman, memerlukan kekasih, memerlukan suami/isteri, memerlukan keluarga.

Ya Allah,

Aku tidak mampu menahan diriku daripada terjeremus ke dalam kemaksiatan. Ya Allah, Jika masanya telah tiba, jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik disisiMu, terbaik buat agamaku, terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat,

Maka aku memohon kepadaMu YaAllah...,

Agar aku dipertemukan dengan jodoh yang terbaik di sisiMu Ya Allah. Setiap yang terbaik di sisiMu, pasti terbaik buat diriku.

Namun Ya Allah,

Jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba, maka, aku bermohon kepadaMu agar Kau tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku Ya Allah.

Aku memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutun-tuntutanMu yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku Ya Allah.

Ya Allah, Tuhan yang Maha Memakbulkan doa, Tuhan yang Maha Penentu jodoh,

Jauhkan aku daripada kemaksiatan, jauhkan aku daripada perkara-perkara yang tidak dapat memberikan manfaat, jauhkan aku daripada perkara-perkara yang Engkau murkai dan perkara-perkara yang menyesatkan diriku.

~Amin Ya Rabbal A'lamin~


Jadi, bagi yang belum bertemu jodoh, bersikap optimislah, temui serta jemputlah calon jodoh anda dengan ikhtiar yang maksimum. Yakinlah bahawa Allah telah menentukan segala sesuatu berpasang-pasangan. Mudah-mudahan Allah membimbing usaha anda untuk sampai kepada jodoh yang ditakdirkan. Amin.

Jangan menyerah kegagalan yang pernah terjadi dalam menjemput jodoh bukan bererti kegagalan selamanya.

Senyum terindah untuk jodoh yang Allah telah persiapkan

sumber::http://akuislam.com/blog/renungan/diatas-hamparan-sejadah-istikarah-cinta/


"aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu,

jika kau hilangkan agama dalam dirimu,

hilanglah cintaku padamu..."


Tuesday, March 22, 2011

aku ingin mencintaiMu...

Tuhan betapa aku malu,
Atas semua yang Kau beri
Padahal diriku terlalu sering
Membuat-Mu kecewa

Entah mungkin kerana ku terlena,
Sementara Engkau beri aku kesempatan,
Berulang kali agar aku kembali

Dalam fitrahku sebagai manusia,
Untuk menghambakan Mu,
Betapa tak ada apa-apanya,
Aku dihadapan Mu

Aku ingin mencintai Mu,
Setulusnya,sebenar-benar aku cinta,
Dalam doa, dalam ucapan,
Dalam setiap langkahku

Aku ingin mendekati Mu, selamanya...
Sehina apapun diriku,
Kuberharap untuk bertemu,
Dengan Mu ya Rabbi


artist: edcaotic


p/s:: jangan kita sekali-kali berputus asa dari nikmat ALLAH...
Seandainya kita telah tersasar dari landasan yang ditetapkanNya.
Usah khuatir atau bimbang. Kembalilah bertaubat padaNya.
Sesungguhnya ALLAH itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. :))

Monday, March 14, 2011

Wanita yang MENUTUP AURAT itu INDAH...

Islam mewajibkan umatnya menutup aurat. Kewajipan ini sepertimana yang terakam dalam surah an-Nur ayat ke 31 yang bermaksud: 

''Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya''

Pernah terjadi suatu kisah yang menceritakan tentang seorang gadis bukan Islam yang sangat terpikat dan mengagumi Islam. Dia juga sudah boleh memahami dan menerima segala-galanya tentang Islam kecuali satu perkara.


Mengapa wanita Islam mesti menutup aurat terutama memakai tudung?

Sudah banyak orang yang ditanya oleh gadis itu termasuk ustaz-ustaz dan orang Islam lainnya. Namun dia masih belum dapat berpuas hati dengan jawapan-jawapan mereka semua.

Pada suatu hari, kawan gadis itu telah membawanya berjumpa dengan seorang ustaz pula. Pada mulaya dia agak keberatan.

“Rasanya, sama sahaja jawapan daripada ustaz-ustaz itu. Tidak payahlah kita pergi membuang masa kita dengan menemui mereka.”

Kawannya yang sudah Islam itu terus memujuk, “Cubalah dahulu sahabat, bukan salah kita mencuba. Thomas Edison dan Kapten Fried juga hanya berjaya setelah ribuan kali percubaannya.”

“Tapi ini soal agama? Aku yakin Tuhan punyai sebab mengapa hanya wanita Islam sahaja yang diperlukan menutup keseluruhan badan kecuali wajah dan kedua tapak tangan. Manakala aurat lelaki hanya dari pusat ke lutut. Pasti ada sebabnya, tapi nampaknya orang Islam sendiri pun kurang mengerti.”

“Engkau perli aku ya?” Kawannya itu mencebik. Dia buat tidak endah. Kawannya mengalah, terus memujuk.

“Baiklah, ini yang terakhir. Kalau jawapannya kurang memuaskan hatimu, kita berhenti.” Tiada cara lain untuk memujuk sahabatnya itu melainkan melafazkan janji sebegitu.

Mereka berdua pergi berjumpa dengan ustaz tersebut.

“Maaf ustaz, inilah sahabat yang saya maksudkan tempoh hari. Alhamdulillah dia sudah mempercayai tentang Islam dan isinya. Cuma yang menyekat dirinya daripada melafazkan syahadah ialah kerana dia tidak dapat menerima alasan mengapa Islam menyuruh penganut wanitanya menutup aurat.”

Ustaz muda yang berjanggut sejemput itu tersenyum. Seakan faham dia pada masalah yang menjadi halangan kepada gadis itu.

Sejurus kemudian dia bersuara kepada gadis itu.

“Boleh saya bertanyakan beberapa persoalan dan awak jawap dengan sejujur mungkin?”

“Boleh, tidak ada masalah.” Tingkah si gadis.

“Baiklah, kamu pernah ke pasaraya?”

“Pernah.”

“Pernah masuk ke kedai emas?”

“Pernah.”

“Pernah ke pasar malam?”

“Pernah.”

Ustaz muda itu terdiam sejenak. Lantas menyambung kembali persoalannya.

“Baik, antara tempat-tempat yang saya nyatakan tadi di manakah dipamerkan atau dijual batu permata, intan berlian, emas perak yang mahal-mahal harganya?”

“Tentu sahaja di kedai emas.”

“Bagaimana keadaannya?”

“Diletakkan di para yang cantik untuk pameran, dilindungi cermin yang kukuh dan kalis peluru untuk mengelak dari dikhianati. Bahkan mungkin tersimpan di dalam peti besi bagi tujuan keselamatannya dan hanya boleh dilihat oleh orang-orang tertentu sahaja.”

“Bagaimana pula dengan barangan kemas dari jenis yang sama namun barangan tiruan. Di manakah tempat mereka?”

“Jika yang sebegitu, mudah sahaja dijumpai di tepi-tepi jalan, malah sentiasa terdedah dan tidak ada yang sudi mencurinya kerana kemurahannya itu.”

Mata sahabat gadis itu bersinar, “Ada harapan,” katanya di dalam hati.

Ustaz tersebut segera menerangkan maksud analogi itu.

Begitulah juga Islam yang sentiasa meletakkan wanita di tempat yang tinggi dan perlu sentiasa terjaga. Kewajipan menutup aurat adalah kerana tubuh badan seorang wanita itu adalah sangat berharga dan suci, mana mungkin kemuliaan dan kesucian seorang wanita itu dipamerkan kepada manusia yang tidak sepatutnya? Ibarat emas permata, intan berlian yang sentiasa terjaga dan dilindungi malah diletakkan di dalam bekas yang cantik dan selamat.



Gadis berdua itu terpana. Jelas, terang lagi bersuluh. Sahabatnya tidak putus mengucapkan syukur.

Dia berkata, “Jika begitu ustaz, mereka yang tidak menutup aurat ibarat barangan murahan yang dapat dijumpai di tepian jalan, boleh dipegang sesuka hati malah harga sangat murah? Jika begitu, benarlah suruhan Allah untuk wanita menutup aurat sepertimana yang termaktub dalam surah an-Nur ayat ke-31.”


Ustaz itu hanya tersenyum sambil mengangguk.


Dan si gadis itu berkata dengan lancar dan tenang, “Tiada Tuhan melainkan Allah, nabi Muhammad pesuruh Allah.”

Semua melafazkan syukur~

sumber: http://kalamkhalifah.blogspot.com/


p/s:: tutuplah auratmu dengan sempurna :))

Monday, March 7, 2011

i'm on wheelchair!

assalamualaikum...

DATE: 07.03.11
PLACE: times square
ACTIVITY: simulation as oku
CONDITION: paraplegia (both legs cannot move at all)
DISABLE PERSON: me
MOBILITY AID USED: wheelchair

Simulation at times square??? At the public place!!! whoooaaa!!!! 1 group 2 person.
At first rasa macam malu pun ada...Tapi bila fikir ini untuk ilmu and kami buat untuk merasai sendiri bagaimana oku itu rasa. Haaa bila sendiri dah cuba baru tahu. macam mana susahnya mereka. Selama ni, asyik fikir diri sendiri je..Nak shopping, nak naik tangga, nak pergi toilet semua senang. Macam mana dengan oku yang guna wheelchair? tapi tempat tu tak sediakan lif. How they gonna go up? Pernah fikir tak???

I will story from how we start it and how our simulation end.

Our briefing this morning was held at the Bangunan Yayasan Selangor(BYS). So, we start our journey from bys, to the chow kit monorel station, to the times square.

At first, we take taxi from bys to the monorel station. Quite challenging. Coz we need to cross the road. But the taxi driver was very good. I respect him coz he is helping and friendly to the disable. Tapi, yang tak boleh tahan, the driver asking me, "ni memang dari kecik ke??" hehe disebabkan kami kan berlakon sementara jadi terpaksalah 'goreng' sket dgn pakcik tu..huhu maaf pakcik.. T.T aku jawab la, ''eh tak ada lah pakcik.Ni sementara je. Hari tu terjatuh bilik air. Jadi bahagian pinggang lari sket.'' hehe. Then sampai dekat chow kit monorel. me and my partner selamba je naik escalator tu dengan wheelchair sekali. Nampak sanagt malas nak turun. haha. beli tiket ke Jalan Imbi.....then...., alamak! tangga! mana lif?! tak ada! jadi?! kena naik sendiri la! huhu T.T (sedih coz di tengah2 bandar raya yang pesat membangun tapi kurangnya kemudahan untuk mereka yang kurang upaya) my friends 'papah' me up the stairs. Dalam momorel ok, tak ada masalah.

Sampai lah kami kat JALAN IMBI di mana TS itu terletak. Monorel jalan imbi dia sekali dgn TS kan..b4 tu kena turun dulu then baru boleh masuk TS. nak masuk TS! kena turun! tangga lagi! lif mana?! tak ada! huhu T.T but i really respect at 1 lady from middle east. She willingly want to help me down the stairs (terharu~)

Dalam TS ok je. Me and my partner just pusing jalan2 around TS. Then shopping sket. Naik lif pun ok. Orang bagi keutamaan. Then terfikir plak nak tengok wayang. Nak cuba macam mana kalau OKU nak tengok wayang. Boleh ke? especially dgn wheelchair? macam mana ek? kami pergi ramai2. ada la 3 org OKU including me. :)) beli tiket untuk tengok movie. GOOD! coz aku dapat price for HANDICAPED! that mean ada la jugak ruang untuk OKU.time nak tengok wayang tu memang tak boleh tahan. hehe. Me and my partner masuk lambat. Aku kan pakai wheelchair, dala masuk lambat pastu jalan kat depan tu, tersalah tempat duduk plak tu. Haisyhh.., malu nye dah macam aku plak yang buat movie lawak pendek kat depan tu! haha



Tiba-tiba, terasa macam nak pergi toilet la plak! adeiih.., macam mana ni? masukla OKU toilet. Masuk je toilet OKU, i check. Cukup tak facilities if the real OKU nak guna. After check, you know what? no paip! how nak cuci? huhu yang ada pun sinki. It is NOT PRACTICAL! T.T

habis tengok wayang, we planned wanna go back to the BYS..Dah penat. Almost 5 hours i sit on the wheelchair! Kaki dah kebas and pinggang dah sakit! huuhu~ Time balik, part yang tangga tu memang tak payah nak cakap la. Tak larat nak ulang banyak kali. T.T





sampai kat chow kit station, turun tangga slowly with help from my friend. Thanks! :) Naik teksi. Tapi teksi kali ni, tak mesra OKU. Boleh tak, driver taxi tu JUST pegang bonet kereta dia je time my friend masukkan wheelchair dalam bonet. And tanya, "berat ke???" huh! N dia Charge RM1 for bonet! huh! pakcik yang mula2 tadi tak macam tu pun!

setelah itu, selamat lah we arrive back to the BYS. SOOoooTIRED! HAVE FUN! and really LEARN something!

in my opinion, government should modify and think how we want to improved the facilities for the OKU. Coz the facilities now provided is not really friendly to the OKU. I can tell this coz I have been in that experience for a moment. Sometimes if u guys noticed, they r car park for the OKU, but it is close.(erk?) how the OKU want to park their car? huh!

condition: hemiparasis
mobility aid used: walking frame

condition: right/left leg weakness
mobility aid used: elbow crutches



p/s:: Its not easy to be an OKU. We should really appreciate on what ALLAH had give us. Hand, legs, ability to walk, see n etc. :))

Friday, March 4, 2011

MALAYSIA DISERANG???

AMARIKOS menyatakan Malaysia sarang pengganas.. ada pejuang Hizbullah terlepas ke malaysia …lalu menghantar Kapal Pengangkut Pesawatnya (CARRIER) di Selat Melaka dan di Laut China Selatan. Menghantar kapal selam nuklearnya dgn muatan peluru berpandu membawa armada tentera untuk menyerang malaysia …

AMARIKOS menyuruh negara berhampiran dengan Malaysia yang merupakan sekutu rapatnya SINGOFURO di selatan, TAHAILAND di Utara dan PILLIPINNOS di Timur menenyerang Malaysia dengan alasan memburu pengganas al-Qaeda atau Hizbullah sama seperti alasan Israel menyerang Lubnan.

Walaupun Malaysia cakap Malaysia negara bebas pengganas tentera Kuffar tetap menyerang malaysia jugak sama seperti mereka menyerang Iraq kerana mereka dakwa Iraq ada senjata pemusnah, Afghanistan ada Pengganas Taliban, Lubnan ada Pengganas Hibullah dan Malaysia ada Pengganas Jemaah Islamiah.

Malaysia tetap mempertahankan Malaysia ini tidak ada pengganas tetapi suara kita tidak dihiraukan sama seperti mereka tidak hiraukan Afghanistan , Iraq dan Lubnan.

Sebelum tiba saat MALAYSIA DISERANG ini Perdana Menteri kita… YB Wakil Rakyat… Parlimen dan ADUN… Tauke-tauke Cina yang kaya… semua cabut lari ke keluar negara dengan jet dan pesawat peribadi masing-masing. Mereka ada duit untuk cari perlindungan di luar negara.

Tinggallah rakyat Melayu Islam yang miskin hina ini di negara sendiri, menunggu masa untuk diserang oleh tentera Kuffar AMARIKOS dan sekutunya. Barulah rakyat tahu bahawa pemimpin Melayu dan tauke cina yang dijadikan pepimpin sebelum ini tidak sama seperti Khalifah Umar Al-Khattab… Khalifah Ali Abi Thalib… Khalifah Khalid Al-Walid… Khalifah Salahuddin Al-Ayubbi… yang sanggup berada dibarisan hadapan berdepan musuh-musuh Islam.

SAAT Peperangan bermula….

Tempat yang mula-mula sekali dibom adalah Putrajaya, diikuti negeri-negeri lain. AMARIKOS dan Sekutunya mengebom…melancar peluru berpandu… membedil…menembak Rakyat Malaysia…mereka membunuh Orang tua… perempuan dan Anak-anak kecil orang melayu islam kita…sama seperti Yahudi menembak dan membunuh rakyat Lubnan yang tak berdosa!!!

AMARIKOS dan sekutunya menyerang MALAYSIA secara besar-besaran.. Apabila selesai pesawat pejuang di Selat Melaka mengebom Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur . Datang lagi pesawat musuh silih berganti…..

Apabila selesai pesawat pejuang di laut China Selatan mengebom Kelantan, Terengganu, Pahang….datang lagi pesawat musuh silih berganti….

Johor pula dibedil dengan peluru berpandu jarak sederhana SINGOFURO… diserang dengan jet-jet pejuang SINGOFURO yang sentiasa melalui ruang udaranya… menghujani bom-bom dan roket…kemudian Johor dan negeri sembilan dapat ditawan tentera musuh.

War

Anda di berada di Kedah….Pasukan Darat tentera Bersekutu mara dari bahagian Utara…tentera bersekutu semakin dekat dengan rumah anda… menentang pintu rumah anda….anda bersama dengan Isteri yang sarat mengandung dan 3 orang anak ketakutan dalam rumah…

Tentera bersekutu memperkosa anak perempuan yang berusia 12 tahun anda depan mata anda…sebagaimana tentera Sebia memperkosa umat Islam Bosnia …muncung senapang ditujukan di kepala anda…

Anak perempuan kesayangan anda yang anda bawak masa jamuan Raya 2010…diajukan muncung senapang…

DAMMMMMM…anak kesayangan anda mati ditembak oleh tentera bersekutu…

Sebelum ini anda melihat anak umat islam Lubnan, Palestin mati ditembak.. anda tidak mempunyai perasaan apa-apa… sekarang berlaku kepada diri sendiri… baru tahu perasaan sedih anak mati ditembak di depan mata…..

anda menangis ketakutan….

Tentera bersekutu merampas Isteri anda yang sarat mengandung, dibawa menaiki trak…untuk dijadikan habuan tentera dalam kem. Anda dipukul separuh mati oleh tentera bersekutu meninggalkan anda patah riuk berlumuran darah. Anda sangka anda sudah mati….tetapi umur anda masih panjang….anda masih hidup…anda merangkak menuju ke hutan berhampiran disebuah bukit untuk menyembunyikan diri….

Anda mengalirkan air mata… INGAT AKAN ALLAH….

Ujian peperangan berlaku didepan mata anda sekarang. Anda sebelum ini tidak pernah terlintas dengan peperangan. Kita sering disogokkan negara kita aman, tiada peperangan, tiada pertumpahan darah tiba-tiba hari ini diuji berlaku peperangan.


Pemimpin tersebut yang menyatakan negara kita aman cabut menghilangkan diri. Anda sudah tiada siapa lagi didunia ini….

Anak perempuan diperkosa dan dibunuh didepan mata…

Anak kecil ditembak didepan mata…

Isteri dirampas untuk diperkosa…. didepan mata!!!!

kawan-kawan…sahabat taulan… ramai yang terkorban
..

dan tidak kurang juga yang cedera parahh..

Dipuncak bukit anda melihat kampung halaman anda terbakar. Mayat orang melayu Islam bergelimpangan mati terutama golongan orang tua dan kanak-kanak yang tidak sempat melarikan diri…mereka tidak bernasib baik seperti anda…

Diatas bukit itu juga…anda melihat beribu-ribu Tentera bersekutu berkumpul untuk membunuh dan menembak saki-baki orang melayu Islam yang masih selamat… mengerledah setiap ruang yang ada untuk memburu Al-Qaeda, Hizbullah atau Jemaah Islamiah… tetapi umat Islam lain yang jadi mangsa…

Sementara menunggu sakaratul maut menjemput anda apabila anda tersua dengan Tentera bersekutu nanti….

Apa yang anda Harapkan pada masa itu????

Tiada perkara lain yang anda harapkan kecuali…

BANTUAN ALLAH….

BANTUAN TENTERA UNTUK MEMBELA AGAMA ALLAH…


ANDA MENGHARAPKAN UMAT ISLAM DARI NEGARA LAIN MEMBERI BANTUAN KETENTERAAN KEPADA MALAYSIA … ANDA MENGHARAPKAN SAUDARA SEAGAMA DENGAN ANDA MELINDUNGI ANDA DARIPADA SERANGAN TENTERA KUFFAR!!!! ANDA MENGHARAPKAN BANTUAN TENTERA JIHAD FI SABILILLAH DARIPADA INDONESIA, SELATAN THAILAND, BANGLADESH, PAKISTAN,DAN NEGARA OIC YANG LAINNNNNN…..BAGI MELAWAN TENTERA PENCEROBOH BUMI MALAYSIA INI……

Tetapi tunggu punya tunggu…. bantuan ketenteraan tidak kunjung tiba…

ANDA TERDENGAR UCAPAN DARIPADA PEMIMPIN DUNIA ISLAM YANG LAIN menyatakan:

“Kami Negara-Negara Islam Mengutuk tentera PENCEROBOH menyerang Malaysia ” (Presiden Burkina Faso, Pengerusi OIC yang baru)

“Kami akan menghantar 10 000 Tentera pengaman ke MALAYSIA selepas tamat perang nanti…setelah habis kawasan Malaysia dibom oleh tentera bersekutu”(Presiden NAM )

“Alhamdulillah… Negara kita Indonesia aman damai berbanding dengan negara Malaysia yang dilanda peperangan…Kita semua patut bersyukur… kita dapat menyambut hari raya aidilfitri dan deepavali dalam suasana yang aman harmoni”, Presiden Indonesia- Negara Umat Islam paling ramai. (Pemimpin Malaysia selalu sebut camni)

“Tak apa… selepas peperangan tamat… Kami akan menghantar para pendakwah ke Malaysia untuk mendidik rakyat Malaysia ” Wakil Penduduk Islam Selatan Thailand )

“Kami akan menghantar bekalan makanan dan ubatan kepada Penduduk Islam Malaysia yang dilanda peperangan” Pemimpin Arab Saudi)..bagi komen dan pendapat…

APA PERASAAN ANDA APABILA MENDENGAR UCAPAN PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM SEPERTI DIATAS DIKALA ANDA MEMERLUKAN BANTUAN KETENTERAAN DARIPADA MEREKA???

P/S: wahai umat akhir zaman...marilah kita bangkit...tegakkan agama ALLAH...jangan kita leka dengan duniawi..ingatlah ALLAH pasti akan menyoal apa yang telah kita lakukan di dunia ini semasa hidup...

Thursday, March 3, 2011

FORUM WACANA MINDA

"PEMUDA HARI INI GAMBARAN NEGARA MASA HADAPAN"

Tajuk forum yang dijalankan di Dewan Serbaguna(DSG), KTSN.

Ahli panel:
1) Ustaz Emran Ahmad
2) Dr Robiah Kulop

Menurut Dr Robiah::
You need to DRAW YOUR VISION, MISSION CLEARLY!!!
we need to learn more from what you need in your lessons. Contohnya, macam aku yang ambil jurusan OT..Bukan lah bermakna aku harus mengetahui serta mendalami ilmu OT sahaja. Malah, aku perlu mencari usaha dan ruang untuk menambah serta memantapkan ilmu lain terutamanya dari sudut rohani. Kita bukan sekadar mengejar dunia, malah mengejar akhirat yang kekal abadi.

Proses kita untuk mendapatkan ilmu itu juga perlu betul. Masih ingat lagi kata-kata beliau sebentar tadi, kalau kita menuntut ilmu selama beberapa tahun bagi sesuatu jurusan itu, tapi dalam masa yang sama kita berzina sepanjang tempoh itu. Mana nak datang keberkatan ilmu? Dan kemudian kita bangga dapat graduate n bekerja menggunakan segulung ijazah yang tiada keberkatan di dalamnya. Gaji yg tiada keberkatan diterima dan kemudian diberi kepada emak ayah di kampung, jikalau dah berkahwin pula bagaimana?? anak, isteri/suami diberi makanan dari sumber haram. Nauzubillah...

cuba anda jawab persoalan-persoalan dibawah ini:

* SIAPA AKU????
* APA PERKARA YANG PALING BANYAK AKU FIKIRKAN??
* APA YANG AKU RASA?
* ADAKAH AKU DEKAT DENGAN ALLAH??


dah jawab?? jawapan yang sepatutnya anda berikan:-

*AKU ADALAH HAMBA ALLAH
* KEMATIAN YANG ENTAH BILA AKAN DATANG MENJEMPUTKU
*MERASA SEOLAH-OLAH AMAL YANG DILAKUKAN MASIH BELUM LAGI DAPAT MELAYAKKAN KITA KE SYURGA ALLAH
* SENTIASA PERBAIKI DIRI, HINGGA MERASAKAN NIKMAT IMAN SEOLAH-OLAH MENGALIR DALAM DARAH



Menurut Ustaz Emran::
Lelaki itu adalah pemimpin untuk wanita. Beliau turut menyatakan bahawa zaman yang berlalu itu adalah lebih teruk dari zaman yang sebelumnya. Kita menganggap zaman Arab Jahiliyah dulu sebagai mereka yang kejam, tidak bertamadun kerana menanam anak perempuan hidup-hidup. Tapi, cuba kita lihat dunia hari ini. Di dada-dada akhbar berapa banyak kes pembuangan bayi??? sangat berleluasa malah lebih kejam lagi serta lebih teruk dari binatang.Kata-kata Ustaz memang ada kebenarannya.

Oleh itu, disarankan kita agar menuntut ilmu kerna ilmu dapat mengubah sesuatu umat.

Kualiti membina umat:
* IMAN
* ILMU
* TAKWA

"Apalah gunanya kita menang segala juara dunia, tetapi akhirnya masuk ke neraka" nauzubillah

3 amalan pahala berterusan walaupun telah meninggal dunia:
(a) sedekah amal jariah
(b) ilmu yang dimanfaatkan oleh orang lain
(c) doa anak-anak yang soleh/solehah

soalan yang ditanya pelajar:
bagaimana ingin berubah, dalam masa yang sama hadapi cabaran & rintangan serta cara untuk mengekalkannya?

jawapan:
terdapat 4 asas untuk seseorang itu berubah
1) mencari role model
2) mengisi jiwa dengan ilmu bermanfaat yang boleh mendekatkan kita dengan Allah.
- Rajin-rajinlah pergi ke majlis ilmu
3) berada daalm persekitaran yang soleh
- bergaul dengan mereka yang boleh membimbing serta menegur kita ke jalan Allah
4) sentiasa berdoa pdNya tanpa putus asa agar diberi petunjuk & hidayah dariNya


p/s: moga kita dapat manfaat daripada ilmu yang dikongsikan ini.. :))

Wednesday, March 2, 2011

THE SPASTIC CENTRE....



DATE: 21st February 2011
VENUE: spastic centre, selangor & wilayah persekutuan
PERSONS INVOVLED: Occupational Therapy 1st year student


banyak pengalaman n ilmu dapat kami timba..
ini lah pertama kali aku dapat mengenali insan seperti mereka dengan lebih rapat.
sebelum ini pernah jumpa, tapi setakat jumpa-jumpa macam tu je...
tak berkesempatan untuk bertegur sapa...

apa itu kanak-kanak spastik????
sebenarnya kanak-kanak spastik ni adalah mereka yang mengalami cerebral palsy.

cerebral palsy la pulak...apa benda pulak tu???? hehe
cerebral palsy is a disorder of movement, posture, which usually appear in the early of life.
It is due to the damage or failure to develop normally in a small part of brain controlling these activities.

spastic centre that we went is a very good example of non-government organization which help the spastic people a lot. As we know, many people seems dont care or simply ignore for these group of people. We as the occupational therapist, physiotherapist, and speech therapist especially play an important role to help them. for occupational therapist especially, we train them and our objectives is to maximize their independent eventhough there are having disabilities via purposeful activity. We will train them for fine motor movement(eg: for holding/grasping a pen/pencil), to sterghten their muscle and a lot!!!

here is some photo that i can share. Maybe you can more understand with it..enjoy it! :))


activity: practising to rolling their body on their own
aim: to strengten their muscle and bone before they can walk. but it is a possibility for them to walk. not all can walk even they have done this activity

activity: the teachers are applying play and learn concept
one of the child is tighten coz he is too floppy. In order to prevent him from fall so we need to tight him to the special chair provided.

much clearer picture. wonder why the desk have curve???
so they can sit down straight and dont fall.


this is sharul who gonna demonstrate us using the motorise wheelchair
which is bought by his mom...
Not all are affordable to have these wheelchair coz it is expensive. He is 20 years old :))

shoes wear by the spastic children help to strengten the legs. Cause some of the children the legs are not straight. a little bit bend.


this is a hydrotherapy activity done by the physiotherapist. Sometimes some children they cant walk but they can swim. More or less these help them to move their muscle so the muscle is not too stiffs.

believes or not???!!!!! this is orinally handmade by the spastic!!!!!!!!!!!!!
cool!! coz i oso donno how to do that.. T.T
new challenge for me...i need to learn these cross stitch stuffs during semester break!!!
(tools need to be add on in your tools bag wahidah!) :))

This is Amirul. if u can see, his left hand is weak. These activity help to generate his fine motor skills. He is order to pick the pins according to colour group. Like say, if he pick the yellow one, he need to finished up first the yellow colour, then he can pick other colour. When finished, he is order to place back the pins according to the colour group also. This is done by the OCCUPATIONAL THERAPIST! :))


look!!!! Amirul is writing!!!!!! with his right hand....his right hand is ok..he is copying of my writing. I write no 2, then he follow copy...soooo happy!! :)

boccia games played by them. one white ball was placed on one point. They need to throw the ball. The nearer the ball that u throw to the white ball, u will win!!!

Some of the lyrics sang by them

their music instrument! if they cant use their hand to hold it. they might use their wrist or even legs!

year 1 student of Occupational Therapy UKM....


last but not least, me, huda n shakira taking picture with khairunisa! she is 22 years old and beautiful. :)


p/s: this is some info that i can share...if anything, u can just ask me or find it by yourself through the Mr spiderman (the 'web', internet!) hehe :))