Tuesday, February 22, 2011

CINTA...

perempuan yang suci
adalah perempuan yang dijaga oleh Allah...
tidak sedikit pun Allah benarkan mana-mana lelaki
menyentuh dirinya, walaupun hatinya...
kerana ALLAH amat mencintainya...

tetapi andai kita bergelumang,
dengan cinta lelaki,
di mana ALLAH untuk menjaga kita???
ALLAH seperti melepaskan kita kepada
seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita...

jika ALLAH datangkan kesedaran dalam diri
supaya meninggalkan cinta seorang lelaki
bermakna ALLAH mahu ambil kita kembali untuk dijagaNya...
mengapa masih ragu-ragu???
kekuatan usah ditunggu tapi ia harus dicari...
hargailah di atas kesempatan yang ALLAH berikan...

"sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan
ketika kita rasa berdosa melakukannya"

wahai wanita,
aku bangga melihatmu derita dalam perjuanganmu,
dari melihatmu gembira daalm kelalaian...

wahai wanita,
aku bangga mendengar tangisanmu
kerana pengorbanan,
dari melihat tawamu daalm pengkhianatan...
aku bangga andai dikau mati di medan kebenaran,
dari hidup dalam kesesatan

kerana jangan lupa,
muliamu bukan pada pangkat dan harta
tapi kerana ISLAM


Sunday, February 20, 2011

hargailah mereka........





jagalah, berbaktilah serta hargailah kedua ibu bapamu..,
selagi mereka masih bernyawa...,
sesungguhnya syurga itu berada di bawah telapak kaki ibumu....
tiada lain yang mereka harapkan dari anak-anak, melainkan kasih sayangmu.....

".....janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan 'ah' dan janganlah kau membentak keduanya, dan ucaplah kepada keduanya perkataan yang baik"
[surah al-isra': 23]

Monday, February 14, 2011

7 golongan dinaungi Allah pada hari akhirat....

mereka yang akan dinaungi Allah pada hari akhirat kelak adalah:

  1. pemimpin yang adil
  2. pemuda/pemudi yang bekerja keras beribadah kepada Allah
  3. hati mereka yang sentiasa tergantung dengan masjid
  4. mereka yang saling menyayangi kerana Allah
  5. seorang lelaki yang menolak godaan wanita kerana takutkan Allah
  6. bersedekah tetapi sedaya upaya menyembunyikannya dari pengetahuan yang lain
  7. mengingati Allah sendirian sehingga menyebabkannya menitiskan airmata kerana takut atas segala dosa yang pernah dilakukan.

sumber: tazkirah dari surau D ukm

Wednesday, February 9, 2011

Kisah kau dan aku

i find this is a good video to share....hope those who watch this video may take pengajaran.....



~ make Allah as our priority...insyaAllah kita akan dijauhkan dari perkara-perkara yang tidak elok.. ~

Kau yang satu..............

ya Allah...,
panjangkanlah umurku,
agar aku bisa menebus semua dosaku.........

ku mohon,
kuatkan imanku,
sehingga nafas terakhirku,
kembali padaMu...........

Monday, February 7, 2011

midtest~

tomorrow is my midtest..!!!!!!!!!!!
good luck wahidah!!!
hopefully Allah bless on the knowledge that He gave to me....
never give up wahidah!!!!!!!!!

**but for my course, I only got 1 paper for my midtest....hehe

Wednesday, February 2, 2011

kerisauan melanda....

sejak dari minggu lepas, politik Mesir dlm keadaan yang bergolak...hingga kan ke hari ini juga keadaan itu masih belum reda..bahkan ia seolah-olah makin meruncing...keadaan seperti sudah tidak terkawal....baru-baru ini, ada pelajar yang diacukan pistol ketika hendak pergi membeli barang keperluan(ketika di luar perintah berkurung), banduan yang terlepas, pergaduhan, perarakan demonstrasi....keadaan ini amat membimbangkan..sudah pasti ibu bapa pelajar disana bimbang akan keselamatan mereka...termasuk juga diri ini...aku bimbangkan rakan-rakanku serta semua pelajar Malaysia yang menuntut ilmu di sana....

ya Allah aku bermohon padaMu agar Kau lindungilah mereka, jauhkan mereka dari segala bahaya dan moga urusan untuk membawa mereka pulang ke tanah air dlm keadaan yg selamat dipermudahkan...

Bekalan makanan juga makin sedikit..semua kedai-kedai ditutup,, semua kemudahan disekat...semalam aku menelefon ayah kepada kawanku bertanyakan khabar tentang rakan ku disana...

aku: assalamualaikum..ni pak cik hussin ea? ayu apa khabar?
ayah dia: alhamdulillah ayu ok...dia dok dalam rumah jela sekarang ni...
aku: bekalan makanan dia mcm mana pak cik?
ayah dia: hari ahad ritu dia baru je beli barang dapur semua..
aku: alhamdulillah la...
ayah dia: tapi ayu kata dia boleh nampak orang gaduh-gaduh gak kat bawah rumah dia..kedai pun sekarang semua tutup..kira sekarang ni pakcik selalu cuba 'call' dia la untuk tahu perkembangannya

huhu talian internet, telefon semua terputus...bahaya terutama nya bagi wanita..kerana orang-orang Arab ni lain sikit fiil nya..sungguh hatiku risau tentang mereka...aku hanya mampu untuk berdoa agar keadaan di Mesir kembali reda...dan amat-amat diharapkan mereka segera dibawa pulang.....pihak berkenaan sila ambil tindakan yang cepat dan pantas...jangan tunggu sampai semuanya sudah tidak terkawal langsung dan membahayakan pelajar kita disana...

*** saya juga menyeru dan berharap pada semua rakyat Malaysia agar bersama-samalah kita melakukan solat hajat dan terus berdoa dan berharap agar mereka semua dalam keadaan selamat dan segera dibawa pulang.... ***