Thursday, March 3, 2011

FORUM WACANA MINDA

"PEMUDA HARI INI GAMBARAN NEGARA MASA HADAPAN"

Tajuk forum yang dijalankan di Dewan Serbaguna(DSG), KTSN.

Ahli panel:
1) Ustaz Emran Ahmad
2) Dr Robiah Kulop

Menurut Dr Robiah::
You need to DRAW YOUR VISION, MISSION CLEARLY!!!
we need to learn more from what you need in your lessons. Contohnya, macam aku yang ambil jurusan OT..Bukan lah bermakna aku harus mengetahui serta mendalami ilmu OT sahaja. Malah, aku perlu mencari usaha dan ruang untuk menambah serta memantapkan ilmu lain terutamanya dari sudut rohani. Kita bukan sekadar mengejar dunia, malah mengejar akhirat yang kekal abadi.

Proses kita untuk mendapatkan ilmu itu juga perlu betul. Masih ingat lagi kata-kata beliau sebentar tadi, kalau kita menuntut ilmu selama beberapa tahun bagi sesuatu jurusan itu, tapi dalam masa yang sama kita berzina sepanjang tempoh itu. Mana nak datang keberkatan ilmu? Dan kemudian kita bangga dapat graduate n bekerja menggunakan segulung ijazah yang tiada keberkatan di dalamnya. Gaji yg tiada keberkatan diterima dan kemudian diberi kepada emak ayah di kampung, jikalau dah berkahwin pula bagaimana?? anak, isteri/suami diberi makanan dari sumber haram. Nauzubillah...

cuba anda jawab persoalan-persoalan dibawah ini:

* SIAPA AKU????
* APA PERKARA YANG PALING BANYAK AKU FIKIRKAN??
* APA YANG AKU RASA?
* ADAKAH AKU DEKAT DENGAN ALLAH??


dah jawab?? jawapan yang sepatutnya anda berikan:-

*AKU ADALAH HAMBA ALLAH
* KEMATIAN YANG ENTAH BILA AKAN DATANG MENJEMPUTKU
*MERASA SEOLAH-OLAH AMAL YANG DILAKUKAN MASIH BELUM LAGI DAPAT MELAYAKKAN KITA KE SYURGA ALLAH
* SENTIASA PERBAIKI DIRI, HINGGA MERASAKAN NIKMAT IMAN SEOLAH-OLAH MENGALIR DALAM DARAH



Menurut Ustaz Emran::
Lelaki itu adalah pemimpin untuk wanita. Beliau turut menyatakan bahawa zaman yang berlalu itu adalah lebih teruk dari zaman yang sebelumnya. Kita menganggap zaman Arab Jahiliyah dulu sebagai mereka yang kejam, tidak bertamadun kerana menanam anak perempuan hidup-hidup. Tapi, cuba kita lihat dunia hari ini. Di dada-dada akhbar berapa banyak kes pembuangan bayi??? sangat berleluasa malah lebih kejam lagi serta lebih teruk dari binatang.Kata-kata Ustaz memang ada kebenarannya.

Oleh itu, disarankan kita agar menuntut ilmu kerna ilmu dapat mengubah sesuatu umat.

Kualiti membina umat:
* IMAN
* ILMU
* TAKWA

"Apalah gunanya kita menang segala juara dunia, tetapi akhirnya masuk ke neraka" nauzubillah

3 amalan pahala berterusan walaupun telah meninggal dunia:
(a) sedekah amal jariah
(b) ilmu yang dimanfaatkan oleh orang lain
(c) doa anak-anak yang soleh/solehah

soalan yang ditanya pelajar:
bagaimana ingin berubah, dalam masa yang sama hadapi cabaran & rintangan serta cara untuk mengekalkannya?

jawapan:
terdapat 4 asas untuk seseorang itu berubah
1) mencari role model
2) mengisi jiwa dengan ilmu bermanfaat yang boleh mendekatkan kita dengan Allah.
- Rajin-rajinlah pergi ke majlis ilmu
3) berada daalm persekitaran yang soleh
- bergaul dengan mereka yang boleh membimbing serta menegur kita ke jalan Allah
4) sentiasa berdoa pdNya tanpa putus asa agar diberi petunjuk & hidayah dariNya


p/s: moga kita dapat manfaat daripada ilmu yang dikongsikan ini.. :))

No comments:

Post a Comment