Wednesday, March 30, 2011

yang TERTUTUP itu INDAH...




Bismillahirrahmanirrahim...

Siang tadi ada terbaca kat page kawan. Actually dia di'tag' di picture itu. Jadi, diri ini tertarik untuk membacanya. Coz tengok gambarnya dari jauh nampak macam menarik. Apabila di tengok dan dibaca. Astagfirullah al azim. huhu T.T

petikan dari gambar itu::

same2lah kite berubah demi mencapai mardhatillah (keredhaan ALLAH)..pakailah pakaian yang menutup aurat..penggunaan tshirt berlengan pendek dan dipadankan lagi dengan arms0ck..jika diperhatikan secara kasar, memang sudah dilihat sudah menutup aurat,, tapi sedarkah kalian, bentuk lengan anda tetap terbentuk dan anda bukan menutup aurat malah membalut aurat anda.. segala jenis pemakaian yang ketat dan membentuk serta menampakkan anggota badan adalah haram.. renung2kan.. dan muhasabah diri..

tidak kurang juga ada yang akan mengatakan "susahnye pakai baju lengan panjang bile nak main sukan.nanti mulalah rasa panas".. masyaALLAH sahabat2.. sedarkah kalian ape yang kalian perkatakan.. ya! mungkin panas. tetapi itu hanyalah panas dunia, bagaimana pula panas di akhirat nanti..?? Hanya ALLAH yang tahu,,. dan, setakat ini tidak pernah ada berita mengenai orang yang meninggal dunia atau jatuh sakit kerana memakai baju tshirt lengan panjang ketika bermain..bukan sahaja baju tshirt lengan pendek yang saya tegur, malah begitu juga dengan baju-baju blouse kaum wanita zaman sekarang..ade juga yang berlengan pendek.. but,, andai still nak pakai baju berlengan pendek juga, saya juz boleh pesan dan nasihatkan pakailah baju tshirt di dalamnya yang mana bahagian lengan tidak akan terbentuk.. salam muhasabah.. salam tarbiyah.. teguran buat diri dan juga untuk kalian semua..aasif jiddan 'ala kulli hal.. bersamalah kite berusaha mencari keredhaan ALLAH S.W.T =)


SUMBER:: Lupa nak letakkan sumber. Cari, tapi tak jumpa dan tak dapat nak kenal pasti ambil artikel ni dari web mana. Huhu maaf..sekadar berkongsi...


p/s:: Berfesyen itu tidaklah menjadi kesalahan. Tapi ia menjadi kesalahan apabila anda berfesyen tidak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dalam syariatNya.

wahai WANITA yang dimuliakan kedudukannya,

Tutuplah auratmu dengan sempurna mengikut syariatNya...bukan hanya sekadar tutup atau anda hanya membalutnya...renung2kanlah..ingatlah bahawa azab ALLAH itu amatlah berat.

Ketika nabi Muhammad s.a.w israk mikraj, baginda telah mengatakan bahawa beliau melihat ramainya wanita dimasukkan ke dalam neraka. Moga kita dijauhkan dari azab api neraka & tidak tergolong dalam golongan ahli neraka. Nauzubillah.

.:. Ayuh berusaha ke arah MUSLIMAH SEJATI!!!!! :)))

No comments:

Post a Comment