Friday, June 14, 2013

Kenapa Kita Semua Sentiasa Memandang Ke Hadapan?

Bismillahirrahmanirrahim.

PERSOALAN :

1) Kenapa muka kita sentiasa menghadap ke hadapan, kenapa muka kita tak dicipta menghadap ke belakang?

2) Apa rasional muka diciptakan sebegitu rupa?

3) Apa rasionalnya melihat ke belakang, kiri dan kanan pada waktu dan keadaan yang tertentu sahaja, dan bukan setiap masa?


JAWAPAN :

Surah Al-A'araf (16-17)

Iblis menjawab, "Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, (16) Kemudian saya akan mendatangi mereka dari MUKA dan dari BELAKANG mereka, dari KANAN dan dari KIRI mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat). (17)

Empat arah bisikan yang ditekankan oleh Syaitan adalah :

1) Depan : Meragukan tentang akhirat
2) Belakang : Merangsang cinta dunia
3) Kanan : Meragukan perintah agama
4) Kiri : Merangsang berbuat maksiat

Jawapan bagi persoalan pertama dan kedua:- 
Cuba bayangkan, kita berjalan ke hadapan tetapi muka menghadap ke belakang? Adakah kita akan sampai ke destinasi tepat pada masanya? Tepat lokasinya? Bagaimana pula dengan keadaan kita? Terjatuh? Tersadung? Rasionalnya, muka dihadapkan ke hadapan adalah untuk mengingatkan kita bahawa akhirat itu pasti akan tiba, maka janganlah kita senantiasa berpaling dari akhirat . Sentiasalah persiapkan bekalan untuk dibawa ke hari akhirat.

"Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa. Dan bertakwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal." (Al Baqarah, 197).

Kenapa muka tidak dihadapkan ke belakang? Jawapannya adalah manusia tidaklah sepatutnya sentiasa mengejar dunia, kerana makin dikejar dunia, makin jauh hakikatnya. Realiti sifat dunia yang sebenarnya adalah makin dikejar, makin jauh dan makin tidak cukup. Oleh itu, dinyatakan di sini bahawa kesenangan di dunia ini hanyalah sementara, namun dunia jugalah yang menjadi cita-cita dan tujuan hidup segelintir dari kita sehingga akan terlupa akhirat. 

"Katakanlah, kesenangan di dunia ini hanya sebentar dan akhirat itu lebih baik untuk orang-orang yang bertakwa dan kamu tidak akan dianiaya sedikitpun." (An Nisaa', 77).

Bagi persoalan ketiga :- 
Cuba bayangkan, kita sedang berjalan ke satu destinasi, tapi kita hanya memandang ke hadapan. Adakah kita dapat mengelak segala rintangan yang kita bakal tempuh di kiri, kanan dan belakang? Rasionalnya, kita juga hendaklah memandang ke belakang (dunia) namun bukanlah sampai mengagungkan dunia dan jangan pula sampai terleka. Hendaklah sentiasa kaitkan dunia ini dengan kebesaran Pencipta kepada dunia ini.

"Kehidupan di dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan." (Ali I'mran, 185)

Memandang ke kiri pula adalah perlu agar kita sentiasa berjaga-jaga dengan bisikan yang mengajak kepada maksiat sehingga membuatkan dan menjadikan maksiat ini indah di mata manusia.

"Iblis berkata, Ya Rabb-ku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya." (Al Hijr, 39)

Pandangan ke kanan amatlah penting kerana di akhir zaman ini, manusia senang diragu-ragukan dengan perintah agama. Mereka akan merasakan bahawa hukum-hakam ini sebagai satu gurauan dan permainan dan membuatkan buat tak endah dengan hukum-hakam tersebut.

"Dan apabila kamu menyeru (mereka) untuk (mengerjakan) solat, mereka menjadikannya buah ejekan danpermainan. Yang demikian itu adalah kerana mereka benar-benar kaum yang tidak mahu menggunakan akal."

(Al Maidah, 58)

Kesimpulannya, kita hendaklah seimbangkan keperluan dunia, janganlah terlalu melebihkan dunia berbanding akhirat. Namun, kita juga perlu bijak merancang strategi untuk menangkis serangan bisikan syaitan yang sentiasa mengganggu kita dalam proses mendekatkan diri kepada Allah.

"Barangsiapa yang mengambil syaitan itu menjadi temannya, maka syaitan itu adalah teman yang seburuk-buruknya." (An Nisaa', 38)

"Syukur, Muhasabah, Istighfar".

Bahan Rujukan : 
1) Al-Quran Tajwid dan Terjemahannya
2) Tafsir Ibnu Katsir
3) Buku '24 Jam Melawan Syaitan'


*It is a good sharing. So I share with you* =)

Tuesday, June 4, 2013

The blinds went for outdoor

Bismillahirrahmanirrahim.

***Entri yang sudah sangat lama terbengkalai. Baru datang mood nak sambung taip habiskan entri ni. Sorry guys for delayed update. Cewaah perasan macam ramai readers pulak! Jemput baca kalau sudi. =P

170413. 

Its my practical day for orientation and mobility subject! So, our task for today is go to 1 Malaysia restaurant at Medan Tuanku and eat with blindfolded. I repeat blindfolded. The journey start from our campus which is located near to Chow Kit monorail station. Take monorail from chow kit to medan tuanku. Everything is done by ourself with assisted from the sighted guide. The sighted guide only assist on the pathway direction. Other than that, all by yourself. Go up using the escalator by yourself, buy the token by yourself, order menu by yourself and of course eat by yourself. Actually, its really exciting!

Sangat penat. Serius. Sangat penat sampai sakit-sakit bahu sebab lama ngendong beg. Pengalaman bertambah menarik bila dalam perjalanan pulang tu hujan turun dengan lebatnya. Waaaa, da macam dalam cite hindustan plak rasa. Kya kaaro haaei, kuch kuch hota heyyy.. =P

Ia memang pengalaman yang sangat berharga. Masa makan tu, rasa kurang best sangat la. Sebab kita dah biasa makan nampak kan. Sekarang ni mata kena tutup pulak. So, nikmat makan tu rasa macam kurang sket. Tak percaya? Cuba korang makan sambil mata ditutup. Dari mula makan sampai habis okayhh. Jangan separuh makan dah bukak mata plak. 

Soo..., below are few of our photos. 
Masa nak pergi tak sempat tangkap gambar sangat coz 
i am the one who became the blind person
Restoran Rakyat 1 Malaysia
Kedai ini memang sentiasa ramai orang.
 Bukti hujan lebat petang tu. Chow Kit --> banjir
 Compilation of some pictures. 
Ada tercampur dengan gambar masa latihan escalator.
Chow Kit monorail 
The flower.

Plus, here are also pictures for escalator training before we went for outdoor practical.

On the way to LRT Kg Baru.
Ok, dia memang gila camwhore. Hehe
The man.
They look sooo happy! 
Bendera itu tiada kena-mengena dalam ini kisah.
Here we are!!!
The gateway.
Practising.
Up up with the escalator. Off we go!!!
Sebelum balik. Pekena pisang goreng sket.
Tajaan diri masing-masing.

Conclusion: Blind or low vision people is actually can travel anywhere. They just need to know how. Appreciate and be thankful to what you have right now.


@ cahaya.yang.satu @