Thursday, May 26, 2011

away to BAKTI SISWA


Bismillahirrahmanirrahim...

Esok dah nak berangkat ke UKM, Bangi. Stay there about 1 weeks for preparation. Then, another 6 days to accomplished the 'Bakti Siswa' programme.

Apa itu program Bakti Siswa????

Bakti siswa ni macam program khidmat masyarakat yang selalu keluar dalam surat khabar tu. Sebagai contoh, pelajar IPTA bergotong-royong di rumah orang tua atau perkampungan orang asli dan sebagainya. Program yang kami jalankan ni adalah sebahagian untuk kami punya kokurikulum yang 8 kredit itu. :))

Program ni berlangsung dari 26Mei2011 till 7Jun2011. Kami punya ni merupakan program kedua. Kumpulan pertama dah habis dah. Mereka punya kat Felda Ayer Hitam, Johor. Manakala, progam kedua akan dijalankan di Pahang!! Rasa 'excited' tu memang ada kerana ini merupakan kali pertama saya join aktiviti macam ini. Tak sabar tunggu esok. Beg pun dah siap kemas. Bawak 3 beg. Cukup la tu.

Hopefully everything will be done succesfully.
Moga Allah permudahkan segala urusan kami sepanjang program ini berlangsung(dari mula hingga tamat program).



BAKTI SISWA~BAKTI SISWA~BAKTI SISWA~BAKTI SISWA~BAKTI SISWA~BAKTI SISWA~BAKTI SISWA




Wednesday, May 18, 2011

Edisi Istimewa:: Aku Terima Nikahnya


Bismillahirrahmanirrahim. :)

Alhamdulillah. Akhirnya berjaya jugak habiskan buku ni. Walaupun dok tahan-tahan tak nak baca dulu sebelum habis semua paper exam. Tapi, rasa nak membaca kandungan dalam buku ini sungguh menebal. Exam tak habis lagi, dah start baca. Hehe :P Tapi ada limit and timing. Nanti addicted. Buku pelajaran plak entah ke mana. Hehe.

Buku ini merupakan kompilasi kepada 3buah buku Ustaz Hasrizal Abdul Jamil iaitu Aku Terima Nikahnya, Bercinta sampai Ke Syurga dan Murabbi Cinta. Buku ini dibeli dengan cara menulis nama pada sehelai kertas di mana kertas itu diedar-edarkan dalam dewan kuliah. Pada mulanya, ada rasa malu coz tajuk bukunya. Fuhh bukan main. Hehe. Tapi bila fikir balik, aku nakkan ilmu. Jadi untuk apa nak malu selagi ilmu itu tak mendatangkan mudarat. Malah persediaan untuk diri atau boleh dikongsikan ilmu dengan orang lain pula. :)

Pada pendapat saya buku ini memang bagus dan wajib dibaca. Mula-mula baca, cerita pasal Ustaz Hasrizal aje. Rasa macam tak best la pula coz tak macam apa yang saya expect. Tapi bila dah lama membacanya, perjalanan hidup Ustaz Hasrizal yang dimuatkan dalam bentuk penulisan sedikit sebanyak dapat membuka mata serta minda. Mungkin selama ini sesuatu hal itu kita anggap biasa tapi sebenarnya bisa membawa perubahan dalam diri seseorang. :)

Saya tertarik yang Ustaz Hasrizal memberi fokus bahawa hubungan perkahwinan itu adalah "erti pada memberi". Its good. Kalau kita dah set dalam mind yang kita nak memberi insyaAllah tak ada timbul isu mengharapkan balasan kerana kita ikhlas untuk memberi. :))

Lagi satu, mempraktikkan anak-anak ditemani cerita sebelum tidur. Sedikit sebanyak kita dapat menyuntik nilai-nilai yang baik apabila kalimah-kalimah yang elok diserap masuk ke minda separa sedar anak-anak yang baru memejamkan mata. Memberi kesan positif untuk anak dan ibu bapa.

Em, kalau nak cerita banyak lagi yang nak diceritakan. Rasanya sampai sini jela. Amat digalakkan untuk kalian membelinya. Tak rugi. Moga bersama-sama mendapat manfaat dariNya. :))

Tuesday, May 10, 2011

Hiburan duniawi itu melalaikan?

Bismillahirrahmanirrahim...



Hiburan melalaikan? Tadi baca artikel di iluvislam yang bertajuk Hiburan Duniawi Parasit Jiwa..Jadi, tergerak lagi rasa untuk tulis lagi. :))

Memang tak dinafikan dalam dunia hari ini, hiburan itu memang berlambak-lambak dan sentiasa terhidang di depan mata kita. Oleh itu pilihan ada di tangan kita. Memilih hiburan secara berlebihan atau jiwa sentiasa dekat dengan Allah?? :)

Tak salah untuk berhibur tapi biarlah ianya punya batas dan tidaklah terlalu berlebihan ataupun membuatkan kita terlalu taksub dengan hiburan yang melalaikan. Kini, majoritinya atau boleh dikatakan setiap rumah itu punya sebuah peti telivesyen. Atau kadang-kala sebuah rumah itu punya 2 hingga 3 atau 4 buah tv. Macam saya bila duduk dirumah ni, jika asyik menonton tv sahaja. Boleh terasa juga sedikit sebanyak kesannya dalam diri. Kita jadi leka. Sebab tu kita kena buat atau plan untuk lakukan pelbagai aktiviti dalam sehari tu..! :) Kadang-kadang bila dah menonton tv, kita terleka. Godaan itu kuat. Oleh itu, kita juga perlu kuat untuk melawannya.


p/s:: Moga kita menjadi ummah yang cemerlang dan gemilang!!!

Learn additional language



Bismillahrrahmanirrahim.

Cuti semester yang sangat lama telah pun bermula! From 1 May till early of September..! Need to arrange and use that time wisely. Sesungguhnya apa yang kita lakukan di dunia ini akan dipersoalkan Allah kelak. Jadi, kita tak boleh buang masa dengan melakukan perkara yang sia-sia. :)

Oleh itu, target untuk cuti kali ini, ingat nak tambah penguasaan bahasa (bahasa Mandarin). Kenapa nak belajar bahasa Mandarin??? Sebab, pengalaman kerja yang lalu membuka mata saya that we need to have something extra in our skills. Penguasaan bahasa selain bahasa Melayu or English is a part of it.




This is REALITY!!!

Masa lepas SPM dulu pergi interview kerja sana sini dan kebanyakannya prefer untuk ambil pekerja Chinese. Tambahan pula dengan penampilan bertudung, itu lagi menyukarkan untuk mereka mengambil kita bekerja. Alhamdulillah dapat juga kerja. Saya kerja di sebuah kedai kasut yang semua pekerjanya terdiri dari kaum Cina. Pada masa itu, hanya saya seorang pekerja MELAYU beragama ISLAM. Ada yang seolah-olah memandang rendah pada orang Melayu, beranggapan kita tak boleh buat kerja betul-betul, malas dan sebagainya. Saya ambil ia sebagai satu cabaran dalam diri. Alhamdulillah saya berjaya buktikan bahawa bukan semua Melayu itu sebegitu.

Dan pernah suatu ketika seorang supervisor area bertanya kepada saya sendiri "boleh tak kalau dalam waktu kerja u buka tudung? Hanya waktu kerja. Luar waktu kerja u boleh pakai balik u punya tudung."

Astagfirullahalazim.

Tersentak saya mendengar pertanyaan sebegitu. Setelah menerangkan kepada beliau, beliau akur. Terima kasih ya Allah kerana Kau beri aku kekuatan agar aku terus mentaatiMU. Alhamdulillah aku masih dapat mempertahankannya.

Dari interview-interview yang telah saya lalui, dari situ aku nekad ingin belajar bahasa Mandarin. Aku tak nak mereka memandang rendah lagi pada orang Melayu+beragama Islam+bertudung. Pada Muslim dan Muslimat pula diminta peliharalah Islam itu betul2. Jangan kita sekadar Islam pada nama. Juga peringatan untuk diri sendiri.


Kesimpulan::
  • Memang benar pengalaman itu amat berharga dan merupakan guru yang terbaik dalam menjalani kehidupan.
  • Untuk berjaya/maju ke hadapan/tidak dipandang rendah, kita perlu menambah ilmu dan juga kemahiran dari masa ke semasa


** maaf jika ada terkasar bahasa

Saturday, May 7, 2011

Warkah untukmu hawa...


Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu,
Andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,
Andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.


Hawa,
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu,
ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana,
aku khuatir dari mata jatuh ke hati,
Maka lahirnya senyuman, tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan...
Takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya,
Lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui
keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki.
Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui
akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya.
Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu,
awasilah auratmu,
peliharalah akhlakmu,
kuatkan pendirianmu.

Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu,
Cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu,
Biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu, Cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.



Hawa,
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana,
kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah.
Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.
Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki....


SUMBER:: dari post seorang kawan di FB