Tuesday, May 10, 2011

Hiburan duniawi itu melalaikan?

Bismillahirrahmanirrahim...



Hiburan melalaikan? Tadi baca artikel di iluvislam yang bertajuk Hiburan Duniawi Parasit Jiwa..Jadi, tergerak lagi rasa untuk tulis lagi. :))

Memang tak dinafikan dalam dunia hari ini, hiburan itu memang berlambak-lambak dan sentiasa terhidang di depan mata kita. Oleh itu pilihan ada di tangan kita. Memilih hiburan secara berlebihan atau jiwa sentiasa dekat dengan Allah?? :)

Tak salah untuk berhibur tapi biarlah ianya punya batas dan tidaklah terlalu berlebihan ataupun membuatkan kita terlalu taksub dengan hiburan yang melalaikan. Kini, majoritinya atau boleh dikatakan setiap rumah itu punya sebuah peti telivesyen. Atau kadang-kala sebuah rumah itu punya 2 hingga 3 atau 4 buah tv. Macam saya bila duduk dirumah ni, jika asyik menonton tv sahaja. Boleh terasa juga sedikit sebanyak kesannya dalam diri. Kita jadi leka. Sebab tu kita kena buat atau plan untuk lakukan pelbagai aktiviti dalam sehari tu..! :) Kadang-kadang bila dah menonton tv, kita terleka. Godaan itu kuat. Oleh itu, kita juga perlu kuat untuk melawannya.


p/s:: Moga kita menjadi ummah yang cemerlang dan gemilang!!!

No comments:

Post a Comment