Sunday, August 28, 2011

Ramadhan sudah di penghujung.



Bismillahirrahmanirrahim.

Ramadhan kian melabuhkan tirainya. So amacam Ramadhan anda??? Harapnya Ramadhan kali ini mampu mengubah diri kita ke arah yang lebih baik. Tak banyak, sedikit pun dah memadai.

"Sesungguhnya Allah memberi hidayah pada mereka yang Dia kehendaki"

Biarlah amalan kita tidak berapa banyak, yang penting istiqamah. Jika kita istiqamah melakukannya amalan yang sedikit itu, InsyaAllah ada ganjarannya. Juga minta dijauhkan diri kita daripada sifat riak, takbur dan ujub. Moga-moga amalan diterima olehNya.

Ketika berhari raya nanti, semua saudara-mara berkumpul. Seronok memang seronok tapi jangan kita lupa batasan-batasan antara lelaki dengan perempuan pulak ye.
  • Elakkan bertepuk tampar dengan saudara-mara yang bukan muhrim.
  • Dan bersalamlah hanya dengan mereka yang muhrim dengan kita.
Jangan sebab kita nak jaga hati manusia, menyebabkan kita lupa bahawa 'hati' Allah itu lebih perlu kita jaga.

Selamat hari raya aidilfitri. Moga segala salah-silap dimaafi.


p/s:: Moga segala amalan kita sepanjang Ramadhan ini diterimaNya dan dikurniakan keampunan untuk kita semua.
Moga kita masih diberi kesempatan untuk bertemu
dengan Ramadhan yang mendatang.
:))


** Moga dikurniakan kepadaku kekuatan dalam mentaatiNya.

Friday, August 12, 2011

Bacalah dengan tertib


Bismillahirrahmanirrahim.




Situasi:: Ketika bertadarus

Penyemak: Awak baca sedap. Tapi bila tang panjang tu, panjangkanlah ye. Kalau macam tu, automatik bunyi nye pun jadi tak sedap.


Konklusinya, apabila kita membaca AlQuran tu, bacalah dengan tertib. Bukannya sebab kita nak baca cepat, sampai habis semua tajwid bacaan tu kita langgar. Sesungguhnya AlQuran tu sendiri akan memberi syafaat kepada pembacanya. Oleh itu, istiqamah dalam membaca AlQuran itu. Bacalah AlQuran itu setiap hari. 1 muka surat pun ok. Tak pun, kalau rasa diri tu busy sangat, baca 1 ayat pun dah memadai. Islam itu mudah. Kita je yang kadang kala pandang agama Islam tu seolah-olah rumit. :)) Bila baca, bacalah mengikut panjang pendeknya, bila perlu didengungkan, kita dengungkan. Sementara kita masih diberi peluang dan ruang untuk bernafas di muka bumi Allah ini laksanakanlah kebaikan dan kebajikan kepadaNya sehabis baik. Untuk dijadikan bekalan untuk diri kita sendiri jugak! Bukan untuk orang lain. Betul tak??? Ikhlas kan hati dalam mengerjakan kebaikan moga segala apa yang kita kerjakan mendapat keredhaan dari sisiNya



p/s:: Bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun.
Dan kerjakan ibadahmu seolah-olah kamu akan mati esok hari.
Hanya di dunia ini sahaja tempat untuk kta mengumpulkan bekalan kita. Sesudah kita mati dan pabila berkumpulnya kita di padang mahsyar, tiada langsung ruang atau peluang yang akan Allah beri untuk kita kerjakan ibadah/kebajikan bagi meraih pahala di sisiNya.
:))