Monday, July 30, 2012

Aku di perantauan.

Bismillahirrahmanirrahim.

Sedang mengemas laci, ternampak beberapa helai kertas yang aku simpan kemas dalam sebuah fail ini. Dalam helaian kertas itu ada tertulis tawaran kemasukan belajar, pelan tempat belajar dan borang perjanjian semua sekali. Semua tentang kolej matrikulasi ku dulu!

Tiba-tiba, rasa kerinduan terhadap matrikulasi membuak. Rupanya hidup merantau itu seronok dan nikmat.

Semasa mengisi borang matrikulasi dulu, berbekalkan result spm, aku menyenaraikan matrikulasi perak, melaka dan negeri sembilan sebagai pilihan (boleh senaraikan 3 je). Tak berapa lama selepas itu, keputusan penempatan matrikulasi dibuka. Huh berdebar sungguh ni.

Buka komputer --> on streamyx --> taip laman web utk cek keputusan.

"Tahniah, anda ditawarkan untuk menyambung pengajian di Kolej Matrikulasi Kedah, Changlun." (lebih kurang camni lau tak silap ayatnya)

Terkedu. Gembira. Sedih.

Changlun? Kat mana tu? Tak pernah tau pun ada changlun? (nampak sangat tak amek tau geografi malaysia) Arrrrgggghhhh! (tension sekejap)

"Mak, angah dapat kolej matrikulasi kedah, changlun." (time tu tak tahu nak kata nada ceria or sedih)

Terus google map di manakah lokasi kolej matrikulasi kedah (kmk) itu. Berdasarkan sumber google earth tu aku tengok gambar pokok je banyak kat sekeliling tu. Aduhh, dalam hutan ke tempat ni..huhu. Bila dah pergi rupanya kmk tu dekat je dengan pekan changlun. Bukanlah seperti apa yang disangkakan. Nak ke jitra boleh naik bas (hanya 30 minit dari pekan changlun tu). Nak ke alor setar plak 1 jam naik bas. Di sini jugak aku belajar adanya TEKSI SAPU. Haha.


Tadaaa!!! Inilah dia Kolej Matrikulasi Kedah, Changlun. 
(kena mention Changlun tu sebab kat kedah ada matrikulasi lain seperti di kuala nerang.)

Di bangunan Jerai on last day of exam semester 2.

Kan betul cakap pokok-pokok je semua.

"Hijau".

Sunset ke Sunrise? 

Dataran dan Firedrill. 
(Hanya student KMK badge 2009/2010 je yang tahu 
kisah di sebalik sebuah firedrill)
*bajet* haha

Masjid Khulafa Ar-Rasyidin. 
Rumah kedua selepas hostel.

Hostel blok C Sri Laka. (Girls only ok)

Biology.

In Operation theatre. 
(Actually tengah jerebu. Tu yang beriya pakai mask.)

Yahh, i'm a touch rugby player, once upon a time.
Group name: Chocolairs. (feminin giler! ke childish? erk.)

Orienteering time!

Sudah-sudah la tu. Meh turun.

En Suhery pensyarah untuk Kokurikulum kami!

Haa, teropong dan lukis cepat Dr fhaisol dan Dr azhar. 
Cek nak pinjam lepas ni.

Berpinor mata cek menengoknya.

KAMI di semester 1.

Selama ini, aku hanya bersekolah di sekolah harian biasa. Sekali, hambek ko! Dapat sambung belajar nun jauh di utara.

Tapi, serius cakap, lepas dah pergi merantau di negeri orang. Seronok. Memang seronok. Baru aku tahu nikmatnya. Rasa homesick, ketiadaan famili di sisi tatkala diri dilanda masalah, kesedihan (biasa mereka ada depan mata), naik bas lama-lama (walaupun sakit pinggang duduk lama-lama), orang sambut kita balik kat terminal bas dengan berwajah ceria. Paling best harga makanan kat sana murah-murah. Ice-blended yang besar biasa kat tempat korang jual berapa harga? Almost RM4 kan? (ni dekat area rumah saya la). Betul tak? Tapi kat sana, dengan berbekalkan RM2 dah boleh dapat beli yang besar. Best, best, best. Pengalaman yang tak kan dapat dijual beli. Rasa macam tak puas pula sebab hanya belajar di sana selama setahun je.

Dan di sana juga, aku mula mempraktikkan Islam yang sebenar sebagai cara hidup. Alhamdulillah.

-----------------------------------------

P/s: jika dapat peluang belajar jauh-jauh, jangan takut untuk pergi. Pergilah kerana hidup merantau di negeri/negara orang itu seronok walaupun mungkin tak seindah yang disangka. Namun, itulah yang akan menjadi sebahagian daripada pengalaman yang berharga dalam hidup anda.




@ cahaya.yang.satu @

Jom SOLAT!

Bismillahirrahmanirrahim.

Solat fardhu itu ada 5.
- Subuh,
- Zohor,
- Asar,
- Maghrib dan
- Isyak.


5 je. Bukannya 50 pun kawan. =)

Oleh itu, peliharalah solat fardhu itu sebaik yang mungkin. Tunaikanlah solat itu di awal waktu. Adalah lebih baik jika didirikan secara berjemaah.

Kenapa kita perlu jaga solat kita?

Sebab itu adalah perintah Allah dan sebagai tanda kita patuh pada perintahNya. Dan melalui solat juga dapat membentuk diri agar lebih disiplin dengam masa. Solat juga adalah perkara pertama yang akan dihisab.


"Akak, abang, pakcik, makcik, atok, nenek dan semua yg bergelar Muslim jangan tinggal solat fardhu tau. Nanti Allah marah.", kata adik ini.

Same goes to solat Jumaat. Solat jumaat adalah solat yang wajib didirikan bagi LELAKI terutamanya yang perlu ditunaikan dalam waktu solat zohor setiap hari Jumaat. Sangat menyedihkan apabila melihat ramai lelaki yang memandang ringan perkara ini. Ada lelaki tanpa segan silu+tanpa rasa bersalah pergi membeli-belah semasa solat jumaat sama ada secara bersendirian mahupun bersama keluarga! (sedangkan masjid tu ada kat depan pusat beli belah itu sahaja). Hal ini berlaku tanpa mengenal usia. Yang muda, yang dah berumur pun turut sama tidak menghadirkan diri untuk ke solat Jumaat. Sibuk sangat ker? Kalau anda nak kata diri anda tu sibuk sangat, cuba muhasabah. Adakah insan yang lebih sibuk daripada nabi Muhammad saw? Baginda memperjuangkan isu ummah dan jihad untuk Islam. Anda? Sibuk lagi? Nak kata baginda tu nabi. Aku ni hanya insan biasa. So? Tak nak cuba challenge diri untuk mengikut personaliti nabi? Tak nak ikut jejak langkah baginda? Dah tau diri kita ni tak sehebat nabi dan tidaklah dijanjikan syurga seperti baginda, masih ingin tinggalkan solat yang wajib? Sesibuk mana pun diri anda, luangkan sedikit masa untuk pergi tunaikan solat Jumaat itu. Bagi negara lain saya kurang pasti. Tapi di Malaysia ini, nak kata company/sekolah/institusi pengajian tak bagi rehat, rasanya rehat untuk hari Jumaat adalah lebih lama berbanding hari yang lain. Betul tak? Jadi, tak ada alasan untuk tak pergi solat jumaat ok.

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila telah diseru untuk melaksanakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahuinya (9). 

Apabila solat telah dilaksanakan, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak agar kamu beruntung (10). 

Dan apabila mereka melihat perdagangan atau permainan, mereka segera menuju kepadanya dan mereka tinggalkan engkau (Muhammad) sedang berdiri (berkhotbah). Katakanlah, 'Apa yang ada di sisi Allah lebih baik daripada permainan dan perdagangan,' dan Allah pemberi rezeki yang terbaik (11)." 
[Surah Al-Jumuah: 9 - 11]

Solat fardhu itu WAJIB. Peliharalah ia. Tunaikan ia kerana Allah Taa'la.


"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan."

* Maaf jika ada yang kurang. Mohon teguran dan tunjuk ajar. TQ. =)

Monday, July 16, 2012

"Terima kasih."

Bismillahirrahmanirrahim.

Situasi: si A datang ke sebuah kedai untuk menukar duit rm50 daripada si B dan rakannya (orang kedai). Keadaan ketika itu pula tengah ramai pelanggan. *
letakkan diri anda sebagai si B dan rakannya*

"Ada duit tukar tak?" *
nada tergesa-gesa*

"Maaf, kami pun tengah kumpul sebab hari ini banyak orang bagi duit rm50. Nanti kami tak ada duit tukar."

"Tu sebelah tu ada tu. Aduhh korang ni."
*mendesak*

"Cepatlah, nak tukar ni. Aduhh kat mana plak aku nak tukar lagi. Habislah aku!" *marah-marah*

Selepas beberapa ketika,

"Kalau tukar campur dengan rm1 boleh tak pak cik?"

"Boleh la., ada pun!" *masih marah-marah*

Selepas sesi pertukaran berlangsung, pak cik tadi hanya berlalu pergi begitu sahaja.

Si B dan rakannya ---> erk! Sabar jela~

Ok, apa perasaan anda?? (sila jawab sendiri aaa)

-------------------------------

"Terima kasih." (diiringi dengan senyuman)

Adakah terlalu sukar untuk mengungkapkan dua patah perkataan tu? (2 patah perkataan je pun!)

Adakah kerna ego terlalu menebal membuatkan anda sukar katakannya?

Atau anda tak faham apa itu "terima kasih"? 

Bayangkan anda bekerja. Tak ada kerja yang tak penat ok. Bila dah penat, mood pun kadang ok, kadang tak. Tengah dalam kesibukan menguruskan kerja, ada kawan minta pertolongan anda. Walaupun tengah sibuk, anda masih cuba membantu dia.

Situasi A:
Lepas dah tolong, orang tu just pergi macam tu. Seolah-olah dia tak minta apa-apa daripada anda.

Situasi B:
Lepas dah tolong, kawan mengungkapkan penghargaannya kepada anda. Walaupun pertolongan anda itu hanya kecil.

Which situation do u prefer?
---------------------------
Jika seseorang telah lakukan kebaikan ke atas diri kita, ucapkanlah terima kasih. Saya ulang kembali, dua patah perkataan je pun. Dalam konteks ini, bukan kata insan tu mengharapkan balasan. Tapi hanya dengan kata-kata kita sebegitu mampu membuatkan insan itu rasa gembira kerana kita menghargai kebaikannya ke atas diri kita. 

can u see that? only 2 words.

Usah kedekut dalam mengungkapkan terima kasih atau kata-kata penghargaan yang lain.

Sama jugak dalam konteks ibu bapa dengan anak, adik-beradik, suami isteri. Jangan malu. Jangan ego untuk ungkapkan kata-kata penghargaan kepada mereka agar sama-sama saling menghargai antara satu sama lain.

Ini pun antara perkataan yang sukar untuk diungkapkan walaupun memang betul kita yang salah. Betul tak?

Sorry kalau saya ada salah silap dengan awak.

Sekian, TERIMA KASIH. =))



@ cahaya.yang.satu @