Thursday, September 29, 2011

Bergema laungan azan.

Bismillahirrahmanirrahim.

Waktu maghrib.

"Allahuakbar, Allahuakbar..." (2x)
"Asyhadu allailahaillallah" (2x)
"Asyhadu anna Muhammadar rasulullah" (2x)
"Hayya a'lassolah" (2x)
"Hayya a'lalfalah" (2x)
"Allahuakbar, Allahuakbar" 
"La ilaha illallah" 




Alhamdulillah, akhirnya untuk kesekian kalinya semenjak semester baru ini bermula, azan dilaungkan melalui corong speaker di kolej selepas mengalami kerosakan.


p/s:: Bersama-samalah kita 
apabila mendengar laungan azan dilaungkan:
  • cepat-cepat ambil wudhuk
  • tunaikan solat fardhu dengan segera. 
Tapi kalau ambil wudhuk sebelum masuk waktu adalah lebih baik. 

"Seseungguhnya solat yang baik adalah solat diawal waktu."

Dan solat juga yang akan dihisab terlebih dahulu. 
Maka peliharalah solat anda.
Belajar tentang ilmu solat itu betul-betul 
walaupun kita dah belajar
time sekolah rendah dulu, agar solat kita 
menjadi solat yang sempurna & diterima Allah. 


Terutamanya bagi MUSLIMAT. Disebabkan kaum hawa diberi keistimewaan serta keringanan oleh Allah dari sudut uzur syarie' maka janganlah dilewat-lewatkan solat itu. Dan ingat, apabila anda melambat-lambatkan solat fardhu dan kemudian anda haid. Maka anda PERLU mengqada' kembali solat itu tadi (solat yang dilambat-lambatkan itu tadi).



**juga peringatan untuk diri sendiri.

Monday, September 19, 2011

Indahnya hidup bersyariat.

Bismillahirrahmanirrahim.



Indahnya hidup bersyariat.

Kenapa hidup itu terasa indah bila kita mengikuti syariat?

Syariat itu apa?

Dalam bentuk penakrifan yang mudah, syariat itu adalah suatu undang-undang/peraturan yang PERLU atau dalam kata nama lain WAJIB dipatuhi oleh setiap individu. Sebagai contoh, cuba kita lihat undang-undang jalan raya. Kenapa diciptakan undang-undang jalan raya tersebut. Pasti ada sebab kan? Sebabnya apa? Untuk mengelakkan atau mengurangkan kejadian yang tidak diingini seperti kemalangan daripada berlaku. Betul tak? Oleh itu, undang-undang jalan raya PERLU dipatuhi oleh semua golongan. 

 Sama juga apabila kita beragama. Dalam agama terutamanya agama Islam ada syariatnya yang tersendiri yang mahu atau tidak ianya PERLU dipatuhi oleh setiap insan yang bergelar MUSLIM. Mana datangnya pulak syariat itu? Ia datang dari Allah Yang Maha Esa. Ia perintah dari Allah. Beranikah kita untuk melawan atau enggan mematuhi syariat Allah Yang Maha Besar? Sedangkan pada Dia juga kita akan kembali. Renung-renungkan. Andai kita telah tersasar dari jalanNya, masih belum terlambat untuk kita kembali padaNya. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun dan Maha penerima taubat.

Lagi satu, hidup ini perlu ada MATLAMAT. Dengan matlamat atau tujuan ia akan mendorong kita berusaha untuk menggapainya bukan? Muhasabah kembali. Sematkan di hati dan minda bahawa tujuan kita hidup adalah untuk menjadi hamba Allah serta mencari keredhaanNya di dunia dan di akhirat.


Hidup tanpa tujuan. 
Umpama main bola tanpa tiang gol, main golf tanpa lubang golf.


p/s:: Usah Islam hanya pada nama. 
Umur makin hari makin dekat dengan kematian. 
Dunia makin tua makin dekat dengan hari pengakhirannya. 
Moga Allah memberi hidayahNya buat seluruh muslimin muslimat
serta memelihara hati dan iman kita sentiasa.

Monday, September 12, 2011

I got juniors!!!

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Hari pertama kembali ke kampus berjalan dengan lancar.
Paling seronok bila dapat jamuan free yang disediakan staff dan para pensyarah. Kira merangkap jamuan raya sekali.
Perut kenyang = save duit untuk lunch. hehe. Seronok dapat bertemu balik semua rakan-rakan seperjuangan, seniors dan pensyarah setelah terpisah sementara selama 4 bulan yang lepas. Tapi, ada seorang dari rakan seperjuangan kami tak dapat bersama. Moga dia dalam keadaan baik-baik dan diindungi Allah selalu. Alhamdulillah ada akak senior yang melangsungkan majlis pertunangan masa cuti yang lalu. Moga Allah permudahkan urusan mereka dalam mendirikan rumah tangga.


Dan bahawasanya, saya sudah ada junior. Hihi. Intake tahun ini pun sama macam badge yang lepas. 16 orang je. Sedikit je kan??? Tak apa. Quality is most important than quantity.


Ok. Need to swicth on back study mood, campus mood yang dah blackout kejap coz cuti yang lama.
Carilah ilmu sebab kita memang nak kan ilmu tu dan sebab nak belajar. Bukan kerana orang lain atau untuk peperiksaan semata.



"Ya Allah,bukakanlah pintu hatiku untuk menerima ilmuMu,
tambahkanlah bagiku ilmuMu dan berkatilah hidupku didunia dan akhirat."

Hope we will be the best OT. Serve for the community.




**perlu terima hakikat bahawa di aras blok
tak ada wash machine. Huhu

New Semester Begin!!

Bismillahirrahmanirrahim.

Bangun tidur.
Bersihkan diri.
Kemas lagi sedikit apa yang patut.
Bersiap.
Solat Zohor.
Pergi rumah kawan buat openhouse.
Drive dengan agak laju terus balik ke kolej.
Jam 4.00pm pendaftaran kolej tutup.

Alhamdulillah, 3.50pm arrive at kolej. Hehe

Moral of the story:: Jangan bawa kereta laju-laju. Kalau tak nanti kena saman. (Harap-harap tak ada saman yang sampai kat rumah.hihi)

Sampai kolej.
Daftar untuk check-in.

Haaaaaa?????

C-225??? (Reaksi agak terkejut + kecewa sket coz tak dapat blok sama macam semester lepas.)

Angkat barang.

Laaaa.....rupanya dekat je biliknya. Hehe nasib baik.
Apabila masuk ke dalam bilik.
Waaaaaa......, semua perabot tukar baru. (berwajah ceria)

Patutla yuran penginapan naik. Hehe. (tapi kira berbaloi la tu. )

Moral of the story::Yuran penginapan kolej naik itu bersebab.


p/s:: Rasa berat hati juga masa mula-mula nak kemas barang nak balik kolej. Maklum la, cuti yang diberi lama sangat. Hehe tapi, aku kena ingat aku masih dalam perjuangan.

Perjuangan aku belum lagi selesai. 
Teruskan bersemangat dalam perjuangan. 
Jangan sekali-kali putus asa. 
Ingat Allah selalu.






"Kuatkan semangatku dan kurniakan aku 
kekuatan untuk fokus dalam menuntut ilmu.
Kurniakan juga aku keberkatan dan 
kefahaman dalam menuntut ilmu"




Sunday, September 4, 2011

Buat dirinya yang sentiasa dalam peliharaan Allah...

Bismillahirrahmanirrahiim.

Alhamdulillah. Allah masih memberi nikmat iman dan islam dalam diri kita sehingga harini yang jarang-jarang kita zahirkan kesyukurannya. ^_^
Buat dirinya yang tidak kuketahui siapa. moga Allah sampaikan nukilan ini, isi hati ini kepadanya.

Doa tidak putus2...mengadu kepada ALLAH...merayu...agar dia adalah sayap kananku... juga berharap..diri ini adalah sayap kirinya...dan penghulu bidadarinya di syurga ALLAH yang kekal abadi kelak...insyaALLAH...amiin...amiin...amiin....ya Rabbal Alamin....
 
***********************************
 
 

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi, aku juga punyai keinginan seperti gadis lain dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu.Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf a.s. yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat.

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di luh mahfuz, ALLAH SWT pasti akan mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu, kali pertama kita berpandangan. Itu janji ALLAH SWT. Akan tetapi selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaan itu kepadaku, kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara'. Aku takut perlakuan itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.
Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfaq seluruhnya pada mencari redha Ilahi. Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri atau sandaran perjuangamu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi, kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan ALLAH SWT dengan kemenangan atau syahid itu. Akan kukesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku.

Aku pasti berendam air mata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku. Bukan itu yang ku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku keranaNya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibu bapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan aku dan kau lupa akan tanggungjawab kita. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan ALLAH SWT sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku...


********************************


ya ALLAH....pelihara dirinya untuk ku...tetapkan dirinya untuku.....satukan hati kami ya ALLAH....satukanlah kami...sebagaimana Kau menyatukan saidina Ali bersama siti fatimah az-zahra.....amiin ya Rabb.....



p/s:: Moga Kau pelihara hati & iman kami.
Moga Kau pertemukan kami dalam keadaan yang diredhai olehMu.