Tuesday, June 28, 2011

At last!!!!

Bismillahirrahmirrahim.

Pertama-tama kali, aku ingin mengucap syukur alhammdulillah kerana berjaya juga menyiapkan report Bakti Siswa. Hoooraaaaaaaaaayyyy!!!!! At last!!!!! DONE!!
http://www.cute-smiley.com
Rasa seronok sangat bila yahoo tulis "MESSAGE SENT". Tak taw kenapa. Huh. Penat sekejap
http://www.cute-smiley.com
(emoticon over plak..haha)


Macam2 plak. Lepas habis program kena buat report. Sebenarnya standard la kan. Mana ada program yang dah berlangsung kemudian tak de buat report kn??? Diri ini je, yang tak pernah nak buat report. Tula, dulu selalu je jadi S/U tapi laporan aktiviti besar2 cikgu yang selalu buat. Kejenye buat minit mesyuarat je. Hihi. :P Tak pa tak pa, la ni cek da blajaq da cmna nak buat report yang betul. Hehe. Terima kasih la untuk program mesra sihat 1 malaysia ni. Disebabkan program ni la cek da blajaq byk benda. Hehe.

p/s:: Cuma nak mengekspresikan kegembiraan setelah siap report. :P

Thursday, June 16, 2011

new mission!!!!

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum, selamat sejahtera, salam 1 Malaysia, dan selamat malam. ^-^

Sebenarnya aku ada beberapa misi untuk cuti panjang ini. Tak tahulah boleh selesaikan semua atau tak. Untuk belajar bahasa Mandarin, kalau tak bulan 5 hari itu dah mula dah belajar di Kolej Komuniti (kat Kolej Komuniti murah sket bayarannya. 10 hengget untuk 2 bulan. Siapa yang tak mau! Hehe). Tapi masa tu register secara on phone je. Bukan secara bertulis, jadi dia tak terima coz mereka utamakan yang berdaftar secara bertulis. Isk3...Sedih2.. T.T Jadi, nak cuba register lagi sekali untuk bulan Julai. Hopefully dapat. Nak register tulis borang banyak2 kali hantar kat dia. Baru dia nampak nanti. Haha~

Ok la ambil kesempatan kejap untuk mempromosikan kursus pendek di Kolej Komuniti. Sebenarnya kolej komuniti ni tawarkan macam-macam kursus untuk disertai tak kira had umur. Siapa je yang berminat boleh join! Macam dulu lepas habis matrikulasi, aku ada join tapi kursus tu under lembaga kemajuan penduduk luar bandar. Itu lagi macam-macam kursus disediakan and bayarannya FREE! :)) Laman web dia tak ingat la plak. Coz kat laman web dia kita dah boleh register and check jadual kelas semua. Macam dulu, aku sempat join kursus menjahit selama 5 hari kat politeknik, JB. Cerita lanjut di bahagian 3 Jun to 7 Jun 2010..... :))

Memandangkan kelas bahasa Mandarin ditangguhkan, nak belajar buat cross sticthes la plak.

orang kata:: Cross sticthes????!!! Mcm outdated je?
saya kata:: A.A.K (ada aku kesah??) haha~

Dulu masa cross sticthes ni berada di zaman puncak kegemilangan tak terdetik plak rasa nak belajar. Huhu, sekarang baru tiba-tiba rasa nak belajar. Tak pe, biar lambat asalkan nak jugak belajar. Haha apa benda kata-kata hikmat la yang aku buat ni. :PP

Siang tadi keluar pergi hospital dengan mak melawat orang baru lepas bersalin. Kiuuuuuuuuuuutnya baby dia!!! Nak pegang! Tapi baby tu di balik cermin. Huhu. Ok kembali pada cerita asal cross sticthes. :P Yes!!!!! Lepas dah pergi melawat tu, ada ternampak kedai bunga. Singgah di kedai bunga, misi mencari cross sticthes dimulakan!! Jumpa dan beli! Ok, misi menyiapkan cross sticthes akan dimulakan esok. :))


1. Masukkan benang bulu kambing ke dalam jarumnya.
2. Jahitlah dengan hati yang tenang dan tidak serabut.
3. Ikut dan kira kotak yang disediakan itu betul2 supaya tak tersalah buat!
4. Selesaikan cross sticthes dengan senyuman. Hihi :P
5. PALING PENTING! Pastikan anda telah photostat kertas kiraan cross sticth itu. Boleh dijadikan back up in case, kertas yg asal tu lunyai dek kerana ditanda dan dibulat-bulatkan oleh anda untuk mengira kotak-kotak tu tadi.



Ni contoh cross stitch yang dah siap.


"Ya Allah, Kau lapangkanlah hatiku agar mudah untuk menerima dan mempelajari ilmuMu"

Wednesday, June 8, 2011

Back from bakti siswa


Bismillahirrahmirrahim...

Alhamdulillah program tamat. Sekarang kena buat laporan pulak. Semasa tempoh persediaan sebelum berangkat pergi, kami seolah-olah berada di bawah tekanan yg memuncak. Mujur segalanya masih dapat diselesaikan.

Perjalanan dari Bangi ke Pahang sahaja sudah mengambil masa 5 jam (9.30am - 2.30pm). Tiba sahaja di sana kami di sambut meriah oleh penduduk kampung Ganchong. Sebenarnya program terbahagi kpd 3 kawasan (Ganchong, Bukit Kenau, Pulau Manis). Jadi, pameran dan klinikal kami juga akan berada di 3 kawasan tersebut mengikut hari yang telah ditetapkan. Pemeriksaan dari rumah ke rumah juga turut ada. Seronok dapat turut serta pemeriksaan kesihatan rumah ke rumah. Sedikit sebanyak dapat melatih serta memberi pengalaman buat diri sendiri untuk berurusan dengan pesakit.

Banyak yang dapat dipelajari sepanjang tempoh berada di sana. Banyak juga ragam manusia dapat dilihat. Antaranya::
  • Setiap orang itu perlu untuk bekerjasama terutamanya pabila dalam pasukan yang besar di mana ia menuntut kita untuk memberi komitmen yang lebih. Dalam pasukan yang kecil juga kerjasama itu perlu ada. Tidak perlu untuk kita saling menunjuk siapa hebat. Ikutilah slogan 'wonderpets', "apa yang penting??? KERJASAMA."
  • Kena cepat dan pandai menyesuaikan diri dan membawa diri dengan situasi yang baru. Bagi yang tak biasa dengan suasana kampung, makanan orang kampung, kenala pandai-pandai adjust diri.
  • Kemudian kalau dah tahu kita datang tempat orang tak tahu selok belok jalan di tempat orang, pandulah dengan cermat ingatlah orang yang tersayang.(ibubapa)
  • Bagi mereka yang sebelum ini tak biasa bawak basikal ke tak ada lesen motosikal atau kereta ke, tak perlu la pulun nak bawa basikal/motosikal/kereta keluarga angkat. Dikhuatiri apa-apa terjadi macam rosak ke apa ke kan nanti sendiri jugak yang susah.
  • Kalau nak minta tolong/bantuan dari orang lain cakapla dengan cara yang elok. Kan lebih manis. Tak ada la orang lain sakit hati atau kita cuba menambah dosa untuk orang lain.

Tidak kurang juga dengan berbagai hal yang berlaku sepanjang program berlangsung. Kesabaran diuji. Kadang diri ini tertewas. Arrgggh....Moga apa yang berlaku dan apa yang aku lihat dapat membuka mata serta mematangkan aku tentang ragam dan fi'il manusia.

p/s:: Sesungguhnya orang yang menang adalah mereka yang dapat mengawal kemarahannya ketika dia sedang marah.