Saturday, October 5, 2013

Resepi Ayam/Daging Briyani Johor

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum dan selamat petang kepada dato/datin/tuan/puan/cik sekalian. Hari ini kita berada dalam entri masak memasak pulak ye. Hehe. Hari ini wa nak kongsi resepi ayam/daging briyani dengan u'ouls. Ok mari kita mulakan kelas pembelajaran kita ye. =)


Bahan-bahan:

  1. Bawang merah (10 biji - hiris)
  2. Bawang putih (6 biji - hiris)
  3. Halia (1 inci - hiris)
  4. Ayam/Daging (500g ada kot)
  5. Pes Ayam/Daging briyani (1 paket) 
  6. Susu cair (1/2 tin)
  7. Air masak (1 cawan)
  8. Lemon (1/2 biji tapi part nak masam macam mana tu pun ikut suka)
  9. Daun saderi (ikut suka)
  10. Daun sup (ikut suka)
  11. Garam
  12. Gula 
  13. Minyak masak

Sebahagian bahan-bahan yang diperlukan. Tula pes briyani yang wa gunakan. 
Nak bagi nama tapi tak dak tulis nama brandnya la plak kat situ. 
Tapi yang pasti ni pes dari johor punya. Dapatkan di Giant.


Cara-cara memasak:
  1. Sediakan periuk. Masukkan minyak masak mengikut kadar bahan-bahan yang digunakan.
  2. Bila minyak dah panas, tumiskan bawang merah dahulu.
  3. Agak dah naik bau, masukkan bawang putih dan halia. Kacaukan.
  4. Bahan tumis da nampak kuning or garing, boleh masukkan ayam/daging.
  5. Bila ayam/daging dah keluarkan jus nya, masukkan pes briyani dan kacau.
  6. Bagi pes masak sket sambil kacau, kemudian boleh masukkan susu cair diikuti dengan air masak. *Masukkan air lebih sket pun tak pa sebab nak bagi ayam/daging empuk dan boleh dimakan. Kepekatan kuah tu depands pada individu. Macam wa, wa suka pekat sket. So., wa biar lama sket*
  7. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  8. Perahkan lemon ikut ke’masam’an yang anda mahu. 
  9. Masukkan daun saderi dan daun sup yang dah dipatah-patahkan (rasa macam tak sesuai guna words patah tapi korang fahamkan? hehe)
  10. Biarkan seketika. Bila ayam/daging dah empuk, tadaaaaa!!!!!!!!! Briyani dah pun siap dan sedia untuk dihidang. 
TAKE NOTE:
* Hidangan ni kalau guna 1 paket paste boleh dapat setengah periuk kecil
* Kebiasaannya, pes briyani yang wa guna ni, wa dapatkan kat Giant area frozen food tu. So far hypermarket or supermarket lain tak ada jumpa benda ni. 


Konsep masak lauk-lauk ni memang ikut suka campak je. Ikut gerak hati. Berbeza kalau buat kuih, kek or roti. Ada sukatan kena ikut. Kalau tak, alamatnya tak menjadi la gamaknya. So, wa sebenarnya lebih prefer masak lauk –lauk dari buat kuih, kek or roti. Boleh buat jugak, tapi kurang minat sket. Hehe. Ada jugak belajor dari mak. Belajor tetap kena belajor. Kot la nanti teringin nak makan sendiri ke boleh jugak buat sendiri kat rumah ye dak? Tak payah beli kat kedai. 

**Mungkin lepas ni boleh consider untuk belajar buat kerepek pulak. <3 p="">

Soooo., harap dapat membantu sedikit sebanyak untuk mereka yang teringin nak buat ayam/daging briyani. Good luck and all the best guys! Kalau dah berjaya buat tu, mai la hantar sket kat wa. Sangat dialu-alukan okayh. =P

Kalau dah buat lauk briyani ni, i'ouls biasanya masak nasi bukan nasi briyani pun. Tapi nasi hainan. So, kalau nak resepi nasi briyani memang i'ouls tak ada buat masa ni. Resepi nasi hainan ada. Nanti wa bagi dalam entri baru ye. Will be updated as soon as possible. =) 



@ cahaya.yang.satu @

No comments:

Post a Comment