Thursday, April 28, 2011

Pameran Buku PWTC

Bismillahirrahmanirrahim...

Menghabiskan sehari suntuk dengan berjalan sakan..Nak sediakan bekalan sebelum cuti semester yang sangat panjang bermula! hehe

http://www.cute-smiley.com

Setengah hari suntuk pergi ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. Tapi, kesuntukan masa coz ada kawan yang nak pergi tempat lain dalam masa yang sama. Huhu terasa berat kaki melangkah keluar dari PWTC. Tak sempat nak pusing semua booth. Booth Iluvislam pun tak sempat nak pergi. Huhu T.T insyaAllah ada rezeki pergi lagi dan AKAN DIPASTIKAN tak ada program lain dalam masa yang sama. :P

Bercakap tentang pesta buku, em, memang ramai orang (biasalah tu..) Kemudian ramai budak sekolah. Dan yang paling menarik perhatian saya, ramai yang pakai tudung labuh dan berpurdah. Seolah dapat merasa ketenangan yang dialaminya kerana mereka memberati aurat mereka. Walaupun wajah itu bukanlah tergolong dalam kategori aurat seorang wanita tetapi mereka mengambil inisiatif untuk memelihara sebaik mungkin apa yang ada pada diri mereka. Pernah juga terbaca, orang yang semasa di dunianya memberati auratnya, di akhirat kelak Allah sendiri yang akan datang bertemu dengannya. Subhanallah. Sungguh besar ganjarannya.

Iye.., saya faham. Kita tak boleh menilai seseorang dari segi luaran berdasarkan pemakaian mereka. Kita sama sekali tidak berhak untuk menilai keimanan dan ketakwaan seseorang itu. Hanya ALLAH yang tahu apa yang ada dalam sudut hati setiap hambaNya. DIAlah yang MAHA MENGETAHUI. Tapi, kita perlu meletakkan usaha serta berusaha untuk menjadi seorang wanita yang solehah. :))

Sangat tertarik dengan buku hasil nukilan Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni. Rasa macam nak beli semua je. Tapi, kena tengok bajet jugak! hehe. InsyaAllah beli sedikit-sedikit.
Yang penting kena::
  • baca habis
  • fahamkan
  • hayati
  • amalkan
Sekian~

mood:: reading books :)) http://www.cute-smiley.com


Monday, April 25, 2011

Mahu pulang....

Bismillahirrahmanirrahim....

Semalam mak call. Jadi macam biasa saya akan menanyakan khabar semua ahli keluarga yang ada kat rumah. Termasuk kucing. (erk~ kira sebahagian ahli keluarga jugak la tu..) Mak kata alhamdulillah semua sihat. Ayah sihat tak mak? Mak kata, ayah 2, 3 hari kebelakangan ini macam tak ada selera makan sangat. Dia nak makan bubur je. Tak nak benda minyak-minyak coz dia rasa loya nak muntah kalau makan benda berminyak. Harapnya, tak ada apa-apa berlaku.




Tak sabar nak balik rumah..huhu

Tapi, sekarang tinggal lagi 1 paper je lagi...paper subjek wajib "Pengurusan Emosi"...tapi sekarang emosi sendiri pun memang dah tak menentu...tak stabil..hopefully boleh buat yang terbaik rabu ni...Tapi.., ada lagi tapi, huhu lepas dah habis exam...masih tak boleh pulang ke rumah..1Mei nanti baru boleh balik...aduhhh.., terasa seolah lambat masa ini berputar.. T.T

"Ya ALLAH, moga Kau tenangkan hatiku dan
permudahkan urusanku untuk menjawab
final exam Pengurusan Emosi pada hari Rabu ini.
Moga segalanya berjalan lancar...
Kau kuatkan semangatku..aku juga bermohon,
agar Kau kurniakanlah kesihatan serta kesejahteraan
yang baik buat diriku, kedua ibu bapaku serta adik beradikku
"

~Amin~

Sunday, April 24, 2011

Masihkah kau ingat?

Bismillahirrahmanirrahim...

Perasan tak??? Semakin hari kita semakin dekat dengan kematian serta hari di mana bumi, langit, gunung-ganang semua hancur atau dalam kata lainnya, itulah hari Kiamat...

Jom kita tengok masyarakat hari ini pulak??

Erk~ Batasan pergaulan tak dijaga, yang haram dihalalkan...aduhh.., kita sudah jauh dari landasan yang disarankan oleh syarak. Masihkah kau ingat? Pada asalnya peranan seorang manusia itu adalah untuk menjadi khalifah di muka bumi. Tapi peranan itu kian terhakis. Mana perginya keadilan seorang pemimpin?? Sifat amanah?? huhu..Cuba kita ambil iktibar dari ayat ini::


"Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanat kepada langit, bumi, gunung-gunung; akan tetapi semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir tidak akan melaksanakan(berat), lalu dipikullah amanat itu oleh manusia..."
(Surah Al-Ahzab: 72)


Marilah wahai sahabat, muslimin dan muslimat, kita renung kembali apa tujuan kita berada di muka bumi Allah ini. Kehidupan duniawi ini bukanlah panjang. Ianya hanya persinggahan sementara bagi mengumpulkan bekalan untuk dibawa semasa bertemu denganNya nanti. Di sini jugalah tempat untuk Allah menguji hamba-hambanya. Usah kita leka atau tertipu dengan kesenangan duniawi dek kerana bisikan nafsu dan syaitan. Kuatkan benteng pertahanan imanmu. Jangan kau biarkan bisikan-bisikan yang boleh membawa kehancuran pada dirimu membolosi hatimu. Tingkatkan amal, terus berharap berdoa hanya padaNya.

Di samping itu, kita juga perlu ikhlaskan hati dalam melakukan segala amal ibadah serta amalan kebaikan hanya kerana ALLAH. Rasanya sebelum ini juga saya ada menyatakan tentang ini. Yakinlah, apabila kita luruskan niat kerana Allah, pasti Dia akan mendekati kita dan takkan biarkan kita terjerumus ke lembah kemurkaanNya. Cuma sesekali pasti akan diuji. Sesungguhnya ujian yang didatangkan Allah itu adalah untuk menguji keimanan hambanya.


"Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, 'Kami telah beriman,' dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta"
(Surah Al-'Ankabut: 2-3)


Apabila ada hambanya yang cuba mendekatiNya dengan berjalan, Allah akan menjemputnya dengan berlari. Janji ini sepatutnya dijadikan motivasi bagi kita untuk selalu menjaga diri kita serta keluarga kita sebaik-baiknya. Yakinlah janji Allah itu benar. Pahala, Dosa, Syurga, Neraka itu benar.



Mari tingkatkan amal menjadi muslim yang lebih baik. Moga bersama kita dapat redha serta keberkatan dari-Nya.

Wednesday, April 20, 2011

Suka tak upload gambar??? JOM BACA ni... :)


Sebelum saya memulakan entri ? Saya ingin mengajukan satu soalan.

Perempuan suka bila lelaki ghairah tengok dia. Betulkah?

Reaksi penulis:
"Bodohnya....jika dalam dunia realiti mereka harap sebegitu daripada lelaki-lelaki..."


Sekarang telah menular satu fenomena 'pemujaan diri sendiri' di kalangan anak-anak gadis Melayu Islam kita. Maksud mudahnya ialah kegemaran meng-upload gambar peribadi sendiri ke dalam laman sosial dan blog agar boleh dilihat ramai orang. Kadangkala gambar itu diselitkan pula kata-kata yang memuji kecomelan dan kecantikan diri sendiri. Berbekalkan wajah yang dianugerahkan Allah ayu dan cantik serta potongan badan yang memikat, mereka sedar akan ramai pengunjung terutamanya lelaki seronok menatap gambar mereka. Kesannya, anak-anak gadis ini rasa bangga diri dengan kecantikan fizikalnya. Akibatnya, mereka akan meng-upload lebih banyak gambar dengan aksi posing yang lebih memikat.



Malangnya, bagi anak-anak gadis Melayu Islam kita, trend 'pemujaan diri sendiri' adalah satu aktiviti suka-suka dan mendapatkan keseronokan semata-mata. Mereka tidak sedar akan bahaya apabila gambar-gambar cantik dan manja mereka di-upload secara bebas di ruang internet. Terdapat ramai lelaki gila seks, miang, mata keranjang dan stalker di luar sana yang setiap hari menyelongkar blog-blog kepunyaan perempuan dan akaun Facebook perempuan cantik, kemudian melihat foto-foto yang mencuci mata dan menaikkan nafsu mereka. Apabila mereka berminat dengan gambar-gambar tertentu, mereka akan 'save' ke dalam PC mereka untuk dilihat-lihat pada masa hadapan.

Ada akibat yang lebih teruk dan jijik dari itu semua. Majoriti lelaki mata keranjang ini kebarangkalian besar akan menggunakan gambar-gambar cantik, seksi dan manja anak-anak gadis Melayu Islam yang telah dicuri itu sebagai bahan rangsangan untuk *ber 'masturbasi'. Anda pasti tahu apa itu *'masturbasi', tidak perlu diterangkan. Bayangkan betapa murah dan hinanya harga diri anak-anak gadis dalam gambar yang telah dijadikan bahan cuci mata ini. Bagi lelaki-lelaki sedemikain, pakaian seksi tidak semestinya perlu, wajah yang comel dan lawa pun sudah cukup membuatkan mereka berfantasi liar.

Maka, berhati-hatilah. Blog ini hanya mampu menasihat.


* maaf, perkataan sedikit kesat

..........................................................

Stupidity #1


Pergi sekolah bertudung. Di tempat kerja pun bertudung. Kebanyakan masa dia bertudung
Apa yang bodohnya: Bila dalam bilik dia tanggal tudung, boring-boring dia pergi ambil kamera digital /kamera handphone, 'snap' gambar sendiri yang tak pakai tudung, lepas tu upload dalam Facebook atau blog peribadi. Dalam album online dia, secara sengaja telah memberi perbandingan percuma gambar dia bertudung dan tak bertudung, mana yang lebih cantik.

Stupidity #2

Allah memang anugerahkan dia rezeki muka yang lawa. Ditambah pula dengan susuk tubuh yang cantik. Rezeki halal untuk suaminya yang sah suatu hari nanti, (bukan untuk ditayang-tayangkan) . Apa yang bodohnya: Mentang-mentang dia tahu dia perempuan lawa dan dia perasan ramai lelaki minat tengok dia. Dia mula jadi GEDIK iaitu menunjuk-nunjuk tarikan kecantikan dan kewanitaannya agar lelaki-lelaki lebih berminat melihatnya. Dia berani pakai baju sendat, jeans sendat dan fesyen Mulismiah pelik, selepas itu posing dalam gaya yang manja dan kemudian upload gambar-gambar tersebut dalam Facebook atau blog peribadi supaya ramai orang dapat tengok.


Stupidity #3


Muka yang comel dan lawa Allah anugerahkan kepada dia. Ramai lelaki yang melihat memang akan terpersona. Pakaian dia tidaklah sendat dan seksi, tetapi masalah dia ialah gemar 'snap' gambar wajah sendiri yang comel cun itu dan upload ke dalam Facebook dan blog peribadi supaya ramai orang tengok. Lelaki-lelaki gila seks pun tengok muka juga, mereka memang suka yang cantik dan comel, yang hodoh mereka tak ingin. Awas !

Stupidity #4

Wanita Melayu Islam kategori ini adalah yang paling melampau dan juga paling hipokrit. Bertudung sebab nak pergi sekolah dan ke tempat kerja sahaja. Apa yang hipokritnya: Bila keluar jalan-jalan di bandar, dia buka tudung, pakai jeans sendat atau legging, baju sendat siap boleh nampak lurah buah dada. Pergi clubbing dan berparti sosial, lepas tu ambil gambar sendiri dalam keadaan begitu dan upload dalam Facebook dan blog peribadi supaya ramai orang tengok.


Stupidity #5


Lelaki dan perempuan jika sudah berkahwin sudah halal pegang-pegang dan peluk-peluk. Itu memang diakui. Apa yang bodohnya: Banyak kes, suami isteri berposing dalam keadaan manja bermesraan, pakaian si isteri tersayang pula sendat dan ketat di dalam baju persandingan, kemudian diambil gambar mereka. Jika untuk tatapan diri sendiri dan keluarga terdekat memang OK. Tetapi, ada juga pasangan yang gatal meng-upload gambar romantis mereka itu ke dalam Facebook dan blog. Kalau pakaian si isteri imej 'ala-ala alim agama', mungkin selamatlah, tetapi yang ini baju kain satin, potongan sendat dan jarang pula tu. Alamat, stalker curi dan kena fantasi lah !

Jika berbalik kepada Islam, Islam ternyata melarang wanita-wanita Islam bermegah-megah dengan daya tarikan seksual dan kecantikan yang mereka ada. Allah memberikan nikmat kecantikan wajah dan tubuh badan kepada wanita-wanita tertentu sebagai ujian kepada nafsu kaum lelaki dan juga ujian terhadap wanita-wanita terbabit. Ini kerana Allah mengarahkan wanita-wanita Islam agar memelihara aurat sepenuhnya dan memastikan kecantikan fizikal dirinya hanya dapat dinikmati dengan sangat seronok oleh lelaki yang halal baginya iaitu sang suami suatu hari nanti.

Menunjuk-nunjuk kecantikan, membawa padah pada harga diri sendiri.

Renung-renungkan. Selamat beramal.


SUMBER:: Bertudung Tidak Semestinya Menutup Aurat


p/s:: Kadang-kala wanita itu boleh menjadi fitnah dunia. Oleh itu, peliharalah dirimu wahai wanita. Tak rugi pun. :))

Kita SENTIASA SIBUK???? huhu T.T

Gambar Hiasan : Tsunami Jepun

Oleh : MRK albanjari


Baru-baru ni saya berkesempatan bertemu dengan seorang sahabat dari Hebron yang kini menyambungkan pengajianya di UIAM. Dalam pertemuan ringkas itu pelbagai topik perbincangan dapat kami bualkan bersama terutamanya yang berkaitan dengan Jihad untuk membebaskan Palestin dari cengkaman regim Yahudi laknatullah.

Saya agak terkedu dan terpukul dengan satu kenyataan dari beliau, katanya : " AWAS!! Enta dan orang Islam di Malaysia, tunggu azab dan bala dari Allah! " Adoii mak ! Apahal pulak ni ? Saya merungut sendirian dan bertanya kembali kepada teman tersebut kenapa dia cakap macam tu. Dia menjelaskan bahawa dia telah dipenjara selama 3 tahun oleh Israel kerana menunaikan solat lima waktu di masjid dan menurutnya lagi teman-temanya ada yang dipenjara lebih dari itu bahkan ada yang dipenjarakan selama 27 tahun hanya kerana pergi ke masjid untuk mendirikan solat. Mengejutkan !!

Dia juga mengatakan amaran tersebut wajar kepada orang islam di Malaysia kerana masjid- masjid di sini kosong dan tidak dipergunakan serta di manfaat sewajarnya untuk mendirikan solat. Apabila masuk waktu solat ramai kebanyakan orang-orang islam Malaysia tidak memperdulikanya bahkan tidak mahu mendirikan solat di masjid walaupun masjid itu terletak dihadapan matanya. Mereka hanya sibuk dengan urusan dunianya sahaja, ujar sahabat tersebut.

Dia juga menceritakan bahawa dia telah dipenjara selama 3 tahun itu dah dikira terlalu singkat dan dia tidak puas dengan ujian tersebut kerana orang lain sanggup dipenjara kerana menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah biarpun mereka terpaksa melintasi pelbagai ujian dan sekatan oleh regim Israel untuk mereka melangkahkan kaki ke masjid.

SEDARLAH wahai saudaraku di negara kita sememangnya masjid-masjid dibina dengan cantik dan mewah, bahkan kini kebanyakkan masjid sudah dilengkapi dengan hawa dingin tetapi jemaah yang datang menunaikan solat fardhu adalah terlalu sedikit berbanding dengan kepadatan penduduk islam di bumi Malaysia ini.Kita memang dilingkungi dengan urusan dunia yang amat sangat hingga tidak mampu untuk melangkah kaki ke masjid dari waktu solat subuh hingga ke solat Isya', kita sentiasa sibuk.

Sibuk dengan urusan dunia kita masing2, sibuk dengan keluarga dan anak-anak, sibuk dengan bisnes, politik, blog, sibuk dengan MLM, sibuk menonton rancangan TV dan sibuk yang bermacam -macam lagi yang dicipta sendiri.Jauh dari negara kita umat islam lain berhempas pulas mahu menjejakkan kaki mereka ke masjid untuk mendirikan solat berjamaah tapi kita???

Apa yang paling mendukacitakan kita ialah perbuatan menghalang dan menutup masjid kepada orang-orang islam di Hebron, dan Palestin itu juga sudak menular ke dalam negara kita bila kita dapati masjid telah dikunci pintunya, tak percaya..hangpa pi periksa masjid di qariah hangpa, pasal apa yg tak bagi orang islam tunaikan solat walaupun ketika itu waktu solat telah hampir masuk, bahkan lebih parah lagi ada masjid dan surau yang dikunci berminggu-minggu lamanya bahkan berbulan-bulan lamanya hanya kerana pertelagahan dalam pemilihan AJKnya dan lebih parah lagi masjid dan surau itu dikunci oleh talibarut yahudi kerana masjid dan surau itu terlalu aktif dengan jadual pengajiannya dan para penceramahnya yang berani mengatakan yang benar itu benar dan yang salah itu salah.

Mengatakan yang halal itu halal, yang haram itu haram, yang benar itu benar yang salah itu salah yang sesuai dengan kehendak al-Quran dan sunnah menjadi kesalahan besar kepada sesetengah pihak kerana kebimbangan mereka ummah ini cerdik dan terbuka mindanya dengan kesyumulan islam terhadap sistem kehidupan manusia, maka tindakan mengunci masjid dan surau adalah penyelesaian terbaik bagi mereka. Sebab itu dalam Adun Idham Lim, ada surau yg tak aktif, maksud kata - surau closed for operation !

Cerita lanjut nantilah..!! Masih ingat? Satu ketika dahulu pihak penguatkuasa agama menjadi terlalu berani dalam tindakannya memantau semua aktiviti-aktiviti di masjid-masjid dan surau dan jika ada yang menjemput penceramah-penceramah yang tiada tauliah dan penceramah itu datangnya dari parti yang berlawanan dengan pemerintah maka tindakan segera akan diambil bahkan ada surau yang telah runtuhkan, ada masjid yang disita dan bermacam-macam tekanan lagi.

Tetapi kelab-kelab malam, disko, spa-spa, rumah-rumah pelacuran tidak pula di pantau secara bersepadu untuk mencegah kemungkaran. Begitulah dahsyatnya apabila umat islam sendiri yang memusuhi agamanya. Tidakkah kita takut dengan apa yang menimpa terhadap saudara - saudara kita di Palestin dan di Hebron itu akan berlaku pula kepada kita ?

Oleh itu marilah kita bermuhasabah diri dan kembalilah kepada petunjuk al-Quran dan Sunatur Rasul SAW untuk kembali mengimarahkan masjid dengan semaksimum mungkin untuk memperkasakan jati diri kita sebagai muslim yang baik dan berkualiti.

Takbir !!

SUMBER:: Suatu Perjalanan Maya

Monday, April 11, 2011

salam imtihan!!!

Bismillahirrahmanirrahim...

Hai kawan2...apa khabar... (berwajah ceria+gaya ala2 dlm rancangan kanak2.. :PP)

Adakah tabiat2 pelik yg dilakukan menjelang exam itu dinamakan STRESS???
mungkin..haha

Erm.., apa-apa pun study week dah habis..maksudnya?
Maksudnya.., exam sedang berlangsung!!!! :)

Makanya, di sini, saya ingin menyampaikan ucapan pendek (erk~). Walaupun mungkin lambat sedikit, tapi tak apa la ea...Coz tengah bersemangat nak buat short speech ni..hihi :P
SEMOGA BERJAYA and ALL THE BEST kepada kawan-kawan saya semua yg sedang berjuang dengan final exam. Moga segala ilmu yang telah kita pelajari diberkati olehNya..

Study, study jugak. Tanggungjawab pada Allah, jangan buat-buat lupa or dilengah-lengahkan pula ya! Sayang, kalau study bagai nak rak, tapi tanggungjawab pada ALLAH diambil mudah. Macam mana nak datang keberkatan tu. Kan? Lagi satu, amatlah diharapkan pada rakan-rakan semua, senior2, junior ke (eh, saya mana ada junior lagi..sayalah yg junior..hehe) janganlah kita hanya menuntut ilmu kerana nak exam je. Ikhlas kan niat menuntut ilmu kerana Allah. Bila kita ikhlaskan hati menuntut ilmu kerana Allah dan memang kita nak dapatkan ilmu, insyaAllah ilmu itu akan lebih mudah untuk kita fahami dan bertahan lebih lama dalam minda.

Salah satu contoh yang boleh saya ambil, ada seorang rakan saya, pandai. Kalau lepas kuliah, kalau saya minta dia terangkan balik apa yang lecturer ajar sebentar tadi pun dia boleh terangkan dengan baik dan tak pernah nampak dia mengantuk or terlelap dalam kelas. Jadi saya pernah bertanya pada dia, apa tips-tips dia (cewaah, nak korek rahsia dia ni..hehe). Then, dia menjawab, learn through your heart. Wah, sangat simple jawapannya. Maksudnya, dia belajar sebab dia memang nak ilmu tu dan bukan setakat untuk exam sahaja.



Jelas???

Rumusan::
  • Walau busy macam mana pun, hubungan dgn Maha Pencipta amat perlu dipelihara
  • Hubungan sesama manusia juga perlu dipelihara
  • Ikhlaskan niat menuntut ilmu kerana Allah
  • Learn through your heart

~SEKIAN~

Thursday, April 7, 2011

surat tawaran...

Bismillahirrahmanirrahim,

just now my mom call..

mak: assalamualaikum.
ana: waalaikumsalam.
mak: tgh buat apa tu?
ana: nga main komputer sket (erk? baca blog sebenarnya..hihi)
mak: dah makan ke?
ana: dah makan dah. kenapa mak? (gaya mcm suspen sket)
mak: tak da, ni ha ada surat untuk ida dari kangar, Perlis.
ana: haaa??? surat dari kangar??? surat apa plak tu?? surat org tanya nak datang meminang ke?? hihi :PP
mak: aisyhh, x abis2..entahlah, boleh buka x?
ana: erm.., buka je..tak pe..

*maka bunyi sampul surat dikoyakkan serta dibuka kedengaran* :P

mak: ni ha, surat tawaran belajar. diploma farmasi..
ana: erk~ surat tawaran belajar? diploma farmasi??? erm,, tak pela...ana sudah bahagia dengan kos yang ana pilih sekarang ni..hehe..engatkan dapat surat tawaran sambung belajar g overseas ke.., boleh gak dipertimbangkan..hehe
mak: (tergelak) So, tak de pe lagi la..cuma nak inform tu je..



Rumusan:: Terima kasih pada pihak kolej yang menawarkan tawaran itu pada ana. Tapi sungguh, ana bahagia dengan pilihan kos ana sekarang. Jadi, tiada sebab untuk ana menukar haluan. :)))



OT coursemates badge 7~!!!!


*membahasakan diri dengan kata ganti nama diri 'ana'* :))

Wednesday, April 6, 2011

Manusia, Malaikat, Syaitan...

Manusia: Eh, dah subuh dah?
Malaikat: bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan: Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz


Manusia: Nak makan, laparlah ??
Malaikat: Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan: Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..


Manusia: Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat: Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan: Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!


Manusia: Alamak, dah lewat!
Malaikat: Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.....
Syaitan: Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?


Manusia: Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat: Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan: Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.


Manusia: Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat: Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan: Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..


Manusia: Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat: Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan: Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..


Manusia: Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat: Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu..
Syaitan: Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?


Manusia: aku telah berdosa..
Malaikat: Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan: Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .... (kalau sempatla)


Manusia: Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat: Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ....
Syaitan : Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?


Manusia: Uuhhh? letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat: Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan: Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1... Anda - Patutke aku biarkan teks ini tetap di sini..
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (sebarkan ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2 biar je disini..kalo boleh delete je..

SUMBER:: dari page tazkirah KTSN

Saturday, April 2, 2011

Kita Sebenarnya Apa???





KEBANYAKKAN::


KITA SEBENARNYA..
lebih gembira menyambut 1hb. Januari daripada 1 Muharram.

KITA SEBENARNYA..
lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal.

KITA SEBENARNYA..
lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat.

KITA SEBENARNYA..
lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar azan.

KITA SEBENARNYA..
lebih suka lepak, tidur, tengok tv daripada solat.

KITA SEBENARNYA..
lebih suka menyebut helo atau hai daripada Assalamualaikum.

KITA SEBENARNYA..
lebih suka menyanyi daripada berwirid atau bertasbih.

KITA SEBENARNYA..
lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri.

KITA SEBENARNYA..
kita sebenarnya lebih suka membaca majalah daripada buku-buku agama dan al-quran.

KITA SEBENARNYA..
lebih suka pergi ke konsert daripada ceramah agama.

KITA SEBENARNYA..
lebih suka memaki,mengumpat orang daripada mendoakan dan menasihati mereka.

KITA SEBENARNYA..
lebih suka mencarut daripada menyebut MasyaAllah.

KITA SEBENARNYA..
lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikan.

KITA SEBENARNYA..
lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita.

KITA SEBENARNYA..
lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat.

tapi, bila ada orang tanya arah tujuan kita,
kita lebih suka menjawab..

KITA SEBENARNYA..
lebih suka menuju ke syurga daripada neraka..



p/s:: sentiasa bermuhasabah diri serta bertaubat padaNya...
sebaik-baik manusia adalah apabila melakukan kesilapan, dia kembali bertaubat pada ALLAH.