Monday, September 19, 2011

Indahnya hidup bersyariat.

Bismillahirrahmanirrahim.



Indahnya hidup bersyariat.

Kenapa hidup itu terasa indah bila kita mengikuti syariat?

Syariat itu apa?

Dalam bentuk penakrifan yang mudah, syariat itu adalah suatu undang-undang/peraturan yang PERLU atau dalam kata nama lain WAJIB dipatuhi oleh setiap individu. Sebagai contoh, cuba kita lihat undang-undang jalan raya. Kenapa diciptakan undang-undang jalan raya tersebut. Pasti ada sebab kan? Sebabnya apa? Untuk mengelakkan atau mengurangkan kejadian yang tidak diingini seperti kemalangan daripada berlaku. Betul tak? Oleh itu, undang-undang jalan raya PERLU dipatuhi oleh semua golongan. 

 Sama juga apabila kita beragama. Dalam agama terutamanya agama Islam ada syariatnya yang tersendiri yang mahu atau tidak ianya PERLU dipatuhi oleh setiap insan yang bergelar MUSLIM. Mana datangnya pulak syariat itu? Ia datang dari Allah Yang Maha Esa. Ia perintah dari Allah. Beranikah kita untuk melawan atau enggan mematuhi syariat Allah Yang Maha Besar? Sedangkan pada Dia juga kita akan kembali. Renung-renungkan. Andai kita telah tersasar dari jalanNya, masih belum terlambat untuk kita kembali padaNya. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun dan Maha penerima taubat.

Lagi satu, hidup ini perlu ada MATLAMAT. Dengan matlamat atau tujuan ia akan mendorong kita berusaha untuk menggapainya bukan? Muhasabah kembali. Sematkan di hati dan minda bahawa tujuan kita hidup adalah untuk menjadi hamba Allah serta mencari keredhaanNya di dunia dan di akhirat.


Hidup tanpa tujuan. 
Umpama main bola tanpa tiang gol, main golf tanpa lubang golf.


p/s:: Usah Islam hanya pada nama. 
Umur makin hari makin dekat dengan kematian. 
Dunia makin tua makin dekat dengan hari pengakhirannya. 
Moga Allah memberi hidayahNya buat seluruh muslimin muslimat
serta memelihara hati dan iman kita sentiasa.

No comments:

Post a Comment