Sunday, August 28, 2011

Ramadhan sudah di penghujung.



Bismillahirrahmanirrahim.

Ramadhan kian melabuhkan tirainya. So amacam Ramadhan anda??? Harapnya Ramadhan kali ini mampu mengubah diri kita ke arah yang lebih baik. Tak banyak, sedikit pun dah memadai.

"Sesungguhnya Allah memberi hidayah pada mereka yang Dia kehendaki"

Biarlah amalan kita tidak berapa banyak, yang penting istiqamah. Jika kita istiqamah melakukannya amalan yang sedikit itu, InsyaAllah ada ganjarannya. Juga minta dijauhkan diri kita daripada sifat riak, takbur dan ujub. Moga-moga amalan diterima olehNya.

Ketika berhari raya nanti, semua saudara-mara berkumpul. Seronok memang seronok tapi jangan kita lupa batasan-batasan antara lelaki dengan perempuan pulak ye.
  • Elakkan bertepuk tampar dengan saudara-mara yang bukan muhrim.
  • Dan bersalamlah hanya dengan mereka yang muhrim dengan kita.
Jangan sebab kita nak jaga hati manusia, menyebabkan kita lupa bahawa 'hati' Allah itu lebih perlu kita jaga.

Selamat hari raya aidilfitri. Moga segala salah-silap dimaafi.


p/s:: Moga segala amalan kita sepanjang Ramadhan ini diterimaNya dan dikurniakan keampunan untuk kita semua.
Moga kita masih diberi kesempatan untuk bertemu
dengan Ramadhan yang mendatang.
:))


** Moga dikurniakan kepadaku kekuatan dalam mentaatiNya.

No comments:

Post a Comment