Wednesday, February 2, 2011

kerisauan melanda....

sejak dari minggu lepas, politik Mesir dlm keadaan yang bergolak...hingga kan ke hari ini juga keadaan itu masih belum reda..bahkan ia seolah-olah makin meruncing...keadaan seperti sudah tidak terkawal....baru-baru ini, ada pelajar yang diacukan pistol ketika hendak pergi membeli barang keperluan(ketika di luar perintah berkurung), banduan yang terlepas, pergaduhan, perarakan demonstrasi....keadaan ini amat membimbangkan..sudah pasti ibu bapa pelajar disana bimbang akan keselamatan mereka...termasuk juga diri ini...aku bimbangkan rakan-rakanku serta semua pelajar Malaysia yang menuntut ilmu di sana....

ya Allah aku bermohon padaMu agar Kau lindungilah mereka, jauhkan mereka dari segala bahaya dan moga urusan untuk membawa mereka pulang ke tanah air dlm keadaan yg selamat dipermudahkan...

Bekalan makanan juga makin sedikit..semua kedai-kedai ditutup,, semua kemudahan disekat...semalam aku menelefon ayah kepada kawanku bertanyakan khabar tentang rakan ku disana...

aku: assalamualaikum..ni pak cik hussin ea? ayu apa khabar?
ayah dia: alhamdulillah ayu ok...dia dok dalam rumah jela sekarang ni...
aku: bekalan makanan dia mcm mana pak cik?
ayah dia: hari ahad ritu dia baru je beli barang dapur semua..
aku: alhamdulillah la...
ayah dia: tapi ayu kata dia boleh nampak orang gaduh-gaduh gak kat bawah rumah dia..kedai pun sekarang semua tutup..kira sekarang ni pakcik selalu cuba 'call' dia la untuk tahu perkembangannya

huhu talian internet, telefon semua terputus...bahaya terutama nya bagi wanita..kerana orang-orang Arab ni lain sikit fiil nya..sungguh hatiku risau tentang mereka...aku hanya mampu untuk berdoa agar keadaan di Mesir kembali reda...dan amat-amat diharapkan mereka segera dibawa pulang.....pihak berkenaan sila ambil tindakan yang cepat dan pantas...jangan tunggu sampai semuanya sudah tidak terkawal langsung dan membahayakan pelajar kita disana...

*** saya juga menyeru dan berharap pada semua rakyat Malaysia agar bersama-samalah kita melakukan solat hajat dan terus berdoa dan berharap agar mereka semua dalam keadaan selamat dan segera dibawa pulang.... ***

No comments:

Post a Comment