Saturday, January 22, 2011

menimba ilmu di yayasan restu

pertama kali...ucapan assalamualaikum yang indah ingin ku ungkapkan terlebih dahulu...
cume ingin juga berkongsi cerita.....

pada hari jumaat(hari ni ler) 21jan2011..hehe
pihak kelab kesenian islam mengadakan lwatan ke yayasan restu...
antara aktiviti yg ada:
-taklimat
-tayangan video (sepatutnya ada tp ada masalah teknikal yg x dapat dielakkan)
-lwtan ke galeri
- canting batik



melalui program ini juga kami semua dapat belajar tentang jenis-jenis penulisan khat, bagaimana AlQuran itu dimushafkan...sebenarnya ada beberapa peringkat perlu dilalui sebelum AlQuran itu dicetak dan dijual di pasaran...hal ini adalah untuk memastikan tiada peyelewengan atau tersalah cetakan ayat sama ada dari sudut huruf mahupun baris. Aku berasa kagum dengan mereka yang terlibat dalam proses penghasilan alquran itu coz aku rasa bukan semua orang ada kemampuan itu. Untuk pengetahuan, alQuran yg lengkap mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun lebih untuk siap. Mula-mula ditulis guna pensel dulu di atas kertas putih, kemudia disemak, apabila siap disemak lagi, tiada kesalahan baru tulis guna pen n semak, siap tulis guna pen, alQuran itu dihantar ke KDN (maaf x ingat nama penuhnya) untuk disemak semula lagi. Apabila kesalahan kurang dari 90 alQuran itu boleh dicetak. Jika tidak, AlQuran itu perlu dilupuskan kerana tidak lagi boleh diguna.
Dan sebenarnya ukiran ataupun corak yang berada di dalam Alquran itu melambangkan isi tersirat disebaliknya. Ini juga satu perkara lagi yang saya kagum kerana mereka yang menghasilkan seni ini sungguh kreatif kerana boleh menggabungkan unsur seni yg mungkin dilihat biasa pada mulanya. Tapi sebenarnya ia membawa maksud tertentu. Boleh dikatakan setiap seni bina dalam bangunan ini juga mempunyai maksudnya.


(B)

(C)
Dalam gambar (C) tu sebenarnya pun ada maksud binaan itu. menggunakan konsep buluh. Dimana buluh tu kita boleh guna untuk pelbagai guna. dari rebung hingga buluh itu tua. Anak tangga itu juga menggambarkan kisahnya. Dan paling menarik ada pancutan air yang melambangkan rahmat dan kasih Allah untuk hambaNya tak pernah putus.

Bercerita tentang seni, kami dibawa ke galeri. Dalam galeri itu memang banyak seni lukis, seni khat yang dipamerkan. Ada beberapa lukisan itu sungguh membawa simbolik yang mendalam maknanya. Saya amat tertarik dengan 2 lukisan ini.

(1) lukisan yang mengaitkan tentang hidup manusia hingga ajal menjemput
Dalam lukisan itu ada gambar seolah-olah matahari yang merujuk pada kelahiran manusia pada awalnya.
Kemudian bahagian itu diwarnakan dengan warna hijau melambangkan kita meniti usia kanak-kanak & remaja.
Makin lama ia menghampiri pada warna merah merujuk pada umur kita yang semakin dewasa.
Di tengah pula warna merah seakan-akan coklat+bentuk keranda yang menandakan kita telah meniti usia tua dan ajal hanya menunggu untuk menjemput kita.
di bawah bentuk keranda terbahagi kepada 2 dimana satu melambangkan ajal telah menjemput kita dan sebahagian lagi menandakan kita sedang berada dalam soal jawab dengan malaikat.

[*maaf tak boleh nak upload kan gmbar lukisan ini coz kami tidak dibenarkan untuk memaparkannya]

(2) memaparkan keadaan kiamat
dalam lukisan itu ada warna biru,hijau, putih, coklat. Dalam lukisan itu warna biru, hijau menggambarkan keadaan langit runtuh menyembah bumi, bumi merekah dan terbelah. Kebiasaanya, warna coklat merujuk kepada kematian. Dimana seperti yang kita tahu kematian itu suatu yang pasti.

Seni yang dipamerkan memang sangat kreatif dan mempunyai makna tersendiri. petang itu pulak baru canting batik. Semua nya excited termasuk aku. Haha, maklumla da lama tak mewarna. :P





**mushaf: AlQuran yang telah siap ditulis menjadi buku

No comments:

Post a Comment