Tuesday, February 22, 2011

CINTA...

perempuan yang suci
adalah perempuan yang dijaga oleh Allah...
tidak sedikit pun Allah benarkan mana-mana lelaki
menyentuh dirinya, walaupun hatinya...
kerana ALLAH amat mencintainya...

tetapi andai kita bergelumang,
dengan cinta lelaki,
di mana ALLAH untuk menjaga kita???
ALLAH seperti melepaskan kita kepada
seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita...

jika ALLAH datangkan kesedaran dalam diri
supaya meninggalkan cinta seorang lelaki
bermakna ALLAH mahu ambil kita kembali untuk dijagaNya...
mengapa masih ragu-ragu???
kekuatan usah ditunggu tapi ia harus dicari...
hargailah di atas kesempatan yang ALLAH berikan...

"sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan
ketika kita rasa berdosa melakukannya"

wahai wanita,
aku bangga melihatmu derita dalam perjuanganmu,
dari melihatmu gembira daalm kelalaian...

wahai wanita,
aku bangga mendengar tangisanmu
kerana pengorbanan,
dari melihat tawamu daalm pengkhianatan...
aku bangga andai dikau mati di medan kebenaran,
dari hidup dalam kesesatan

kerana jangan lupa,
muliamu bukan pada pangkat dan harta
tapi kerana ISLAM


No comments:

Post a Comment