Wednesday, July 27, 2011

Bersyukurlah...

Bismillahirrahmanirrahim.

Pada Ahad yang lalu (24/7/2011) ada ceramah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam. Ceramah pula disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus. Alhamdulillah dan rasa bersyukur sangat dapat menghadiri ceramah itu. Sebelum ini, hanya mengikuti ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus dalam youtube, page shahirul.com. Tak sangka dapat peluang ini. :))

Pada mulanya saya pun tak tahu tentang ceramah itu. Kebetulan hari tu, tengah memandu, ternampak gambar banner Ustaz tu. Dalam hati pun terdetik, "eh, Ustaz Azhar Idrus nak datang sini ke??? Kat mana?? Bila??" Yela, tengah memandukan, jadi tak boleh nak tengok banner tu lama2. Tak pasal2 excident pulak nanti. Hehe. Hanya perasan ada ceramah dekat Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz pada 24/7/2011. Masanya????? Alamak, tak sempat nak tengok. Huhu. Daripada hari itu, ingat nak war-warkan benda ni kat orang ramai. Tapi, saya tak pasti bila masanya. Huhu. Tu tak berani nak war-warkan takut tersalah info.

Sampailah hari yang dinantikan itu tiba pun saya masih tak tahu ceramah tu akan diadakan jam berapa. Ish3.....Bila nak dekat2 sampai masjid tu, baru nampak yang ceramah tu akan diadakan selepas Solat Maghrib. Alhamdulillah, masih berkesempatan untuk mendengar ceramah dari ustaz tu. Tak kurang dengan muslimin muslimat yang hadir. Memang sangat ramai!!! :)))

Penyampaian dari ustaz memang sangat seronok. Rasa macam tak nak ustaz tu berhenti. :)) Kesimpulan dari ceramah yang disampaikan itu adalah perbanyakkan menyebut 'Laa ilahaillallah' yang bermaksud tiada Tuhan melainkan Allah. Kerana ayat itu begitu hebat. Ayatnya pendek dan tak susahkan untuk kita selalu menyebutnya??? Jadi, mari kita perbanyakkan menyebutnya.

Lagi satu, sebagai menzahirkan rasa syukur kita kepada Allah melalui nikmat melihat yang telah Dia beri kepada kita adalah dengan melihat dan menghayati alam flora dan fauna ciptaan Allah. Perbanyakkan membaca Al-Quran juga sebagai salah satunya. Moga kita digolongkan dalam golongan orang yang bersyukur dengan nikmat melihat itu.


p/s:: Moga diriku dan kalian semua sentiasa
dalam lindungan rahmatNya.
Janganlah Kau palingkan hati kami
setelah Kau memberi hidayahMu kepada kami.

No comments:

Post a Comment