Friday, December 2, 2011

Kasih Ibu

  ENTRY ke-100!!!! :)) (dah berapa tahun, baru hari ini entry ke-100. hehe)
 
Orang kata aku lahir dari perut mak ! (Bukan Org kata , memang betul pun)

Bila dahaga , yang susukan aku = Mak .
Bila lapar , yang suapkan aku = Mak .
Bila keseOrangan , yang sentiasa di sampingku = Mak .
Kata mak , perkataan pertama yang aku sebut = Mak .
Bila bangun tidur, aku cari = Mak .
Bila nangis , Orang pertama yang datang = Mak .
Bila nak bermanja, aku dekati = Mak .
Bila nak bergesel , aku duduk sebelah = Mak .
Bila sedih , yang bOleh memujukku hanya = Mak .
Bila nakal , yang memarahi aku = Mak .
Bila merajuk , yang memujukku cuma = Mak .
Bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah = Mak .
Bila takut , yang tenangkan aku = Mak .
Bila nak peluk , yang aku suka peluk = Mak .
Aku selalu teringatkan = Mak .
Bila sedih , aku mesti telefOn = Mak .
Bila serOnOk , Orang pertama aku nak beritahhu = Mak .
Bila bengang , aku suka luah pada = Mak .
Bila takut , aku selalu panggil = " Mmaaakkkk ! "
Bila sakit , Orang paling risau adalah = Mak .
Bila nak exam , Orang paling sibuk juga = Mak .
Bila buat hal , yang marah aku dulu = Mak .
Bila ada masalah , yang paling risau = Mak .
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni = Mak .
Yang selalu masak makanan kegemaranku = Mak .
Kalau balik ke kampung , yang selalu bekalkan lauk pauk = Mak .
Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku = Mak .
Yang selalu berleter kat aku = Mak .
Yang selalu puji aku = Mak .
Yang selalu nasihat aku = Mak .

Bila nak kahwin , Orang pertama aku tunjuk dan rujuk = Mak .

Aku ada pasangan hidup sendiri .

Bila serOnOk , aku cari , Pasanganku .
Bila sedih , aku cari , Mak .
Bila berjaya , aku ceritakan pada , Pasanganku .
Bila gagal , aku ceritakan pada , Mak .
Bila bahagia , aku peluk erat , Pasanganku .
Bila berduka , aku peluk erat , Emakku .
Bila nak bercuti , aku bawa , Pasanganku .
Bila sibuk , aku hantar anak ke rumah , Mak .
Selalu , Aku ingat pasanganku !
Selalu , Mak ingat kat aku !
Bila-bila , Aku akan telefOn pasanganku !
Entah bila , aku nak telefOn mak !
Selalu , aku belikan hadiah untuk pasanganku !
Entah bila , aku nak belikan hadiah untuk emak !

Renungkan :

" Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja , bOlehkah kau kirim wang untuk mak? Mak bukan nak banyak , lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah . "

Berderai air mata jika kita mendengarnya .

Tapi kalau mak sudah tiada .

" MAKKKKK ! RINDU MAK ! RINDU SANGAT ! "

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya !
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya !

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu . Si ibu segera mengesatkan tangan di aprOn menyambut kertas yang dihulurkan Oleh si anak lalu membacanya . KOs upah membantu ibu :
1) TOlOng pergi kedai : RM4.00

2) TOlOng jaga adik : RM4.00

3) TOlOng buang sampah : RM1.00

4) TOlOng kemas bilik : RM2.00

5) TOlOng siram bunga : RM3.00

6) TOlOng sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca , si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya . Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama .
1) KOs mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) KOs berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) KOs air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) KOs kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) KOs menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu . Si anak menatap wajah ibu ,memeluknya dan berkata ,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya .
 p/s:: Life is nothing without my family

No comments:

Post a Comment