Monday, January 9, 2012

Tahu, Mahu, Tak Mahu, Tak Tahu


Bismillahirrahmanirrahim.


Ada orang tahu, tapi tak mahu.
Ada orang tak tahu, tapi mahu.
Sesungguhnya yang terbaik adalah yang tahu dan mahu.


Maksudnya:: 


(Ada orang tahu, tapi tak mahu)
Jikalau dilihat dari konteks Islamnya, ada orang dia tahu, dia ada ilmu dan kefahaman agama. Tapi, dia enggan untuk berkongsi dengan orang lain. Pada dia ilmu dan kefahaman itu hanya untuk dia seorang. Moga kita bukanlah termasuk dalam golongan ini. 


"Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat"


Dan kadang-kala jika kita ingin sampaikan, tak semestinya kena or wajib untuk keluarkan dalil atau hadis. Jika perkara yang kita sampaikan itu boleh membawa manfaat dan kebaikan untuk orang lain, itu pun sudah memadai. 


Contohnya, kita menerangkan bagaimana nak meningkatkan Endorphin dalam tubuh badan. Endorphin itu adalah hormon dalam tubuh yang membantu untuk kita fokus dalam melaksanakan sesuatu. Tambah-tambah dalam minggu exam ini. Nak tingkatkan Endorphin???? Cara-caranya::

  • Makan coklat
  • Bersenam
  • Senyum dengan senyuman paaaaaaaaaling terbaik yang boleh anda lakukan

(Ada orang tak tahu, tapi mahu)
Lantaran sikap orang seperti ayat di atas, kasihan orang yang berada di ayat bawah. Di mana dia mahukan, dahagakan ilmu agama. Namun jika orang yang tahu dan faham itu tidak berkongsi, bagaimanakan mungkin untuk orang yang tak tahu, tapi mahu ini untuk memahami agama. Lantas, tiada atau sukar untuk perubahan berlaku dalam diri mereka. Atau mereka sekadar mengamalkan agama kerana orang lain pun buat sebegitu tanpa benar-benar memahaminya. Contohnya, mereka solat kerana orang sekeliling solat tanpa mengetahui mengapa kita perlu mendirikan solat sehari lima waktu. 


 Si A, "Pergilah beli buku atau pergi dengar tazkirah, bla, bla bla...". Ya. Memang mereka boleh cari buku, pergi dengar tazkirah. Tapi bukankah itu juga memerlukan untuk seseorang yang TAHU dan FAHAM untuk menulis buku tersebut serta orang yang TAHU serta FAHAM yang perlu memberikan penyampaian agar maklumat, info atau hukum yang diberi tidak bercanggah dengan apa yang telah Allah tetapkan. 


(Sesungguhnya yang terbaik adalah yang tahu dan mahu)
Golongan ini adalah yang sebaiknya kerana mereka bersama-sama ingin berkongsi ilmu serta kefahaman yang mereka ada. Tiada apa yang kita rugi jika kita berkongsi. Malah, Allah pasti akan menambahkan kebaikan dan keberkatan dalam hidup kita. Boleh rujuk surah At-Tahrim: ayat 6:


"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu...... "


Tak seronok la kalau kita masuk syurga sorang-sorang. Alangkah indahnya~ Jika mereka yang sentiasa di sisi kita sekarang ni macam mak, ayah, abang, kakak, adik, kawan-kawan, sahabat, semua mereka ni kita bertemu semula dalam syurga.  


:))


*Moga bermanfaat*


-cahaya.yang.satu-

No comments:

Post a Comment