Monday, July 4, 2011

Benda yg baik, usah ditangguh.

Bismillahirrahmanirrahim.

Perkahwinan.

Apa itu perkahwinan????

Perkahwinan mengikut::
i) istilah bahasa: ikatan atau simpulan
ii) istilah syarak: Suatu ikatan atau akad yang menghalalkan pergaulan dan membataskan hak dan kewajipan serta bertolong-tolong di antara lelaki dan seorang perempuan yang diantara keduanya bukan mahram.

Berkahwin muda, berkahwin semasa belajar, berkahwin lepas belajar, berkahwin lepas dah kerja. Mana yang menjadi pilihan anda??? Ia perkara yang subjektif. Terpulang kepada individu. Tapi, seringkali kita lihat, individu yang ingin berkahwin semasa belajar kebiasaannya hasrat itu jarang dipersetujui ibu bapa. Kan??

Kahwin muda, harap panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari(fokus pd perceraian). Ye ke perceraian itu hanya melibatkan mereka yang berkahwin di usia muda? Sebenarnya kita kena lihat balik, apa matlamat dan tujuan kita untuk membina rumah tangga tu. Jika ia sekadar didasari oleh nafsu semata-mata. Susah la kalau camtu. Cuba kalau rumah tangga dibina atas dasar ketakwaan kita pada Allah. InsyaAllah apa ujian yg mendatang dapat diharungi bersama.






p/s:: Jika anda mampu, sudah bersedia, segerakanlah perkahwinan itu.
JIka belum mampu, berpuasalah.

Cinta itu fitrah manusia
yang Allah campakkan perasaan itu dlm hati insani
salurkanlah ia ke jalan yang halal melalui
ikatan PERNIKAHAN

perkahwinan= tanggungjawab + amanah

[tiba-tiba entri kali ini about perkahwinan :) ]

1 comment: