Tuesday, February 21, 2012

KESILAPAN KERAP WANITA tentang AURAT

Bismillahirrahmanirrahim.

Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini?? Jawabnya seperti berikut :-

KESALAHAN PERTAMA
Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA
Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA
Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT
Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan yang mudah ‘menggoda'.

KESALAHAN KELIMA
Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM
Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH :
Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN
Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Ada sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :


" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. "
(Surah An-Nur 24:31)


p/s:: Wahai golongan Hawa, tutup lah auratmu dengan sempurna. Kepada golongan Adam pula, jika kamu masih punya ibu, adik-beradik perempuan yang belum berkahwin, isteri atau anak perempuan (bagi yang sudah berkahwin) yang pada pandanganmu masih belum menutup aurat dengan sempurna. Nasihatilah mereka dengan cara yang berhikmah agar mereka dapat menutup aurat dengan sempurna. Dalam surah At-Tahrim juga Allah telah berfirman

" Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. "
(Surah At-Tahrim 66:6)

Dan sesungguhnya di akhirat kelak, seorang lelaki itu akan dipertanggungjawabkan ke atas 4 orang wanita iaitu:
  • Ibunya
  • Adik-beradik perempuan yg belum berkahwin
  • Isteri
  • Anak-anaknya yg perempuan

Oleh itu, didiklah mereka dengan penuh kasih-sayang. Bila kita sudah mendidik, memberitahu, menyampaikan ilmu dan kefahaman kepada mereka antara dia mahu ikut atau sebaliknya itu terpulang. Sekurang-kurangnya kita telah menjalankan tanggunggjawab kita sebagai seorang Muslim dan kita telah berlepas diri daripada mereka. Yang muslimah juga perlu juga saling mengingati antara satu sama lain.




@cahaya.yang.satu@

"aku sayang ayah.
jadi aku akan sedaya upaya 
memelihara diri, aurat 
serta akhlak ku"

No comments:

Post a Comment