Sunday, February 26, 2012

Perkahwinan itu suatu amanah.

Bismillahirrahmanirrahim.


' bertunang ialah perjanjian untuk berkahwin '


Tapi, sebelum nak nikah, baiki dan tingkatkan iman dahulu. Penuhkan dulu hati dengan iman dan persediaan-persediaan penting sebelum melangkah ke alam rumah tangga. 

Suka untuk saya nukilkan kata-kata dari seorang sahabat:

" Kalau Subuh pun liat nak bangun, solat pun hujung waktu, mengaji pun jarang-jarang sekali, dakwah pun entah kemana lagi. Ada berani nak pimpin orang lain sedangkan diri sendiri tak terpimpin lagi? Muhasabah. ^_^ "

Kalau kita ni tak de la bagus sangat. Tak mengapa. Tak salah untuk kita nak memimpin. Tapi rasa-rasanya bagaimanakah rupa bentuk organisasi pimpinan kita nanti? Pincang? Atau bahagia? Mana yang kita inginkan? Rumah tangga laksana sebuah taman syurga yang dapat memberi ketenangan atau sebaliknya. 


Kalau tahu kita kurang dari sudut iman, perbaikilah. Jangan biarkan ia lapuk dan terus usang dan gersang tanpa disirami dengan baja iman yang baru. Cari ustaz atau orang yang lebih arif agar iman kita dapat disuburkan. Sentiasa berdamping atau mendekatkan diri dengan masjid/surau, solat berjemaah, menghadiri majlis ilmu. Dan yang paling penting AlQuran jangan ditinggalkan. Kalau kita inginkan sesuatu kita perlu berusaha bukan? 


Tanpa ilmu, kefahaman serta persediaan mengenai ilmu rumah tangga agak sukar bagi membentuk rumah tangga seperti sebuah taman syurga yang barakah. Bagaimana kita ingin menjadi nakhoda/pembantu nakhoda berkualiti jika asas agama dalam diri belum lagi mantap. Bila kurang ilmu dan kefahaman, itu yang ada dalam rumah tangga yang suami tak bagi nafkah kepada isteri, memukul atau mendera isteri/suami, anak-anak terabai tanpa kasih sayang dan agama. Kenapa ini berlaku? Kerana mereka tak benar-benar faham mengenai peranan dan tanggunggjawab masing-masing. Mereka tidak menganggap bahawa perkahwinan itu sebagai suatu amanah. Amanah itu perlu dipikul dan dilaksanakan sebaik yang mungkin kerana kelak kita akan dipersoalkan oleh Allah.


Oleh itu, mantap kan diri dengan ilmu + kefahaman mengenai Islam dan munakahat (perkahwinan). Agar kata-kata

  " rumahku, syurgaku

itu dapat diterjemahkan ke dalam layar kehidupan. Moga bersama kita meraih redhaNya.




" Perkahwinan itu bukan sekadar
kita hanya ingin memiliki dirinya.
Tetapi kita ingin membawa 
dia serta zuriat-zuriat 
ke syurga bersama. "



@cahaya.yang.satu@

No comments:

Post a Comment