Tuesday, February 14, 2012

Pakaian Solat

Bismillahirrahmanirrahim.


Entri kali ini saya nak fokuskan tentang pakaian solat untuk wanita. Berikut merupakan dialog antara si ibu bersama anak perempuannya yang berumur sekitar 10 tahun. Di suatu pagi yang nyaman,...


Ibu: Anak ibu, apakah pakaian solat untuk wanita?
Anak: Mestilah TELEKUNG ibu! 
Ibu: Pandainya anak ibu. Tapi, anak ibu tahu tak. Tak semestinya kalau kita nak mendirikan solat, kita perlu memakai telekung. Kalau pakaian yang kita pakai tu suci dari sebarang najis, dapat menutup aurat kita dengan sempurna pun kita sudah boleh terus mendirikan solat. Sebagai contoh yang mudah, kakak pakai baju kurung, tudung yang mengikut syariat yang digariskan dalam Islam seperti tidak jarang, menutupi dada, kakak dah boleh mendirikan solat. Jangan lupa kaki pun kena tutup. Kakak boleh pakai stoking tebal atau pun pakai kain yang labuh yang dapat menutupi kaki. 
Anak: Ooooo....Boleh ea ibu?
Ibu: Iya sayang. Boleh. Sebab aurat seorang wanita itu adalah keseluruhan tubuhnya kecuali wajah dan tapak tangan.
Anak: Jadi, maknanya kakak boleh pakai apa-apa aje lah untuk solat kan ibu?
Ibu: Iya, boleh selagi pakaian yang kakak pakai tu menutup aurat dengan sempurna, suci daripada hadas serta tidak terlalu menarik perhatian orang lain. Ini supaya kita tidak mengganggu jemaah lain yang ingin mendirikan solat.


Kesimpulan:: 
- Untuk mendirikan solat tak semestinya wajib memakai telekung
- Jangan pandang pelik serta meletakkan seseorang itu salah dan tidak sah solatnya jika dia solat tidak mengenakan telekung
- Kalau nak tahu pakaian kita tu tutup aurat dengan sempurna ataupun tidak. Cuba 'check' pakaian yang kita pakai tu dah boleh terus digunakan untuk solat atau tidak. Kalau boleh, maknanya anda sudah 'pass' dalam menutup aurat dengan sempurna. Jikalau tidak, usah khuatir. Masih ada masa dan ruang untuk kita perbaikinya. Persoalannya adalah antara kita mahu lakukan perubahan atau pun tidak. 

:))


- Gambar sekadar hiasan-



@cahaya.yang.satu@

No comments:

Post a Comment